Salam,
Tidak dapat dinafikan stress adalah salah satu 'penyakit' yang common di dunia masa kini. Mengikut kajian, Stress adalah pembunuh no 2 selepas penyakit. Kemalangan pon kalah. So marilah kita menjauhi stress kerana kesan jangkamasa panjang maupun pendek adalah sama sekali tidak mendatangkan faedah buat kita.
Banyak sebab yang menjurus kepada stress ini. Berdasarkan pengalaman diri ini yang macam selalu la jugak stress, beberapa faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan tekanan ini adalah:
1)rasa tidak cukup masa/ tidak mempunyai waktu yang cukup
2)melengah-lengahkan tugasan yang diberikan
3)Apabila datang suatu bala/bencana/musibah secara tiba-tiba
4)Masalah hubungan sesama manusia
5)nafsu yang inginkan lebih dari apa yang dimiliki
6)Dikhianat/aniaya orang
7)Dan lain lain (cari sendiri)