Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu yang bertelagah itu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu peroleh rahmat.Sewaktu aku menghadiri satu kuliah di suatu tempat pada suatu ketika dahulu, teringat seorang ustaz pernah berkata. Banyak perkara akan selesai sekiranya kita mempunyai sikap mengutamakan orang lain.
Al-Hujrat ayat 10
Pada ketika itu, aku agak kurang setuju dengan kata-kata ustaz tersebut namun aku tidak menyatakan pendapat aku itu. Perkara ini sering bermain di minda aku sehinggalah pada suatu masa dibuka dan diizinkan oleh Allah untuk mendalami akan perkara ini.