Mari ikut blog ini

Showing posts with label pengajaran. Show all posts
Showing posts with label pengajaran. Show all posts

Tuesday, 26 July 2011

Ramadhan : Dahulu dan kini

Salam,

Semalam ada banyak perkara yang menggembirakan. Alhamdulillah. Dan dua perkara besar, sempurnanya satu hari puasa sunat dan keputusan supplementary exam keluar. Alhamdulillah.

Dahulu ketika berada di tingkatan 5, aku merupakan seorang yang kerap berpuasa.  Di bulan Rejab dan Syaaban, aku berpuasa hampir setiap hari, 7 hari seminggu. Jika ada hari yang tidak, hari itu adalah hari Jumaat. Tiba di penghujung bulan Syaaban, seorang teman berkata padaku, "Jangan puasa banyak sangat bila dah dekat dengan Ramadhan, nanti kurang/hilang nikmat berpuasa di bulan Ramadhan". (Nu'man Basyir, Syaaban 2006) Wallahualam, betul atau tidak. Tapi selepas dari itu aku pon berhenti berpuasa, kerana aku merasakan ada benarnya kata-katanya.

Allah menguji kita dengan banyak perkara. Kadang-kala kita hanyut kerana kita ingat kita boleh melakukan segalanya bersendirian. Sekali bila Allah tarik pertolongan ke atas kita, terkapai-kapai kita. Kelemasan, tak berdaya. 

Buat apa mesti selalu beringat. Mungkin kita tidak berniat pon untuk melakukan sesuatu itu, tapi perbuatan kita menunjukkan sebaliknya. Sebagai contoh, dalam hati kita tahu exam itu susah, tapi kita sendiri tidak berusaha untuk mengulangkaji pelajaran. Hati kata lain, badan buat lain. Kedua itu mestilah seiringan, senada. Barulah kena iramanya.


Monday, 20 June 2011

Flashback: Exam Zaman Muda

Salam,

Peperiksaan hanyalah another bit of your life that you need to go through no matter what is your feeling toward it. Semakin meningkat umur, semakin banyak garam yang kita makan (literally true). Sejak dari tadika lagi, kita dah lalui zaman peperiksaan ni.



Sewaktu aku berada di darjah 5, aku agak blur sebab melalui peralihan dari darjah 3 ke darjah 5 (budak lompat/langkau kelas). Time tu aku sangatlah aktif (bermain). Belajar ni macam menyemak je. Pergi sekolah adalah untuk bermain dengan kawan. No more, no less. Satu masa ni, minggu pendidikan Islam. Jadi time minggu tu ada pelbagai aktiviti berkaitan dengan Islam. Salah satunya kuiz. Siapa dapat jawab paling banyak betul dari setiap kelas akan dapat hadiah. Time tu budak meja depan aku ni memang seorang yang alim (alim itu maksudnya banyak ilmu ok, tak semestinya warak) dengan ilmu agama. Bila cikgu yang jaga tu keluar, hampir semua budak lelaki dalam kelas kerumun si Amar ni. nak tiru jawapan dia. Aku pon tak terkecuali, lagi-lagi aku agak rapat dengan dia. Habis semua jawapan dia aku copy bulat-bulat.

Lepas tu, minggu depannya ketika perhimpunan, hari Isnin diumumkan pemenang kuiz dari setiap kelas. Kebetulan hari Isnin tu aku ponteng kelas, tak ingat sebab apa. Esok harinya, hari Selasa, aku pergi ke kelas. Lepas tu tiba-tiba kawan-kawan aku datang kat aku dan cakap aku memang kuiz tuh. Terkejut beruk la aku. " Ait, aku yang tak tahu apa-apa pon boleh menang?". Fikir-fikir balik baru ingat minggu lepasnya aku copy jawapan si Amar tu. Aku pon pelik, kenapa Amar tak menang.

Monday, 30 May 2011

Sejarah silam sebagai guru

Salam,

Umur meningkat dewasa, tapi adakah hari ini lebih baik daripada semalam? Adakah diri kita pada tahun-tahun yang lepas masih sama, bahkan lebih teruk lagi? Cuba kita fikirkan. Jika kita dahulu adalah perokok tegar, adakah hari ini kita masih lagi tegar? atau 'twice' the tegar?

Jika dahulu kita sering mengikuti pengajian-pengajian ilmu tanpa perlu orang paksa, adakah hari ini kita mampu melakukan perkara sedemikian? Renung-renungkan lah.

Jawapan hanya ada 3, Ya, Tidak, atau Sama sahaja.

Kita mungkin dahulu adalah seorang yang peramah, suka senyum, manis budi bicara namun mengapa kita kini berubah?

Kita mungkin dahulu adalah seorang 'kaki masjid', namun mengapa kini tidak lagi?

Kita mungkin dahulu adalah seorang yang pemarah, adakah kini kita masih sama?

Sejarah diri

Aku ada seorang abang, dan kami sangat-sangatlah rapat. Mungkin kerana kami hanya berbeza umur sebanyak dua tahun. Kemana dia pergi, aku pasti mahu mengikuti. Pak turut la katakan. Pada hari raya, pasti aku akan mengikuti abangku pergi beraya. Sehinggakan sampai ke satu tahap abang aku menjadi rimas.

"Asyik-asyik ikut orang je, pergi lah raya sendiri". 

Terkejut aku, tak pernah dia cakap macam tu. Lepas tu aku balik rumah dan monyok sepanjang hari. :D