Salam,
Hari ini aku melakukan beberapa perkara yang sedikit lain daripada biasa. Mungkin untuk menambah seri hari yang kurang serinya. Mahu sedikit perubahan daripada biasa.
Bermula dari pagi hari. Menyertai team bola sepak Adelaide yang akan ke Melbourne pada 29-30 April ni (KLIK SINI) . Aku berhajat untuk 'turun padang' untuk menyaksikan setakat mana kemampuan team tahun ni. Adakah mereka bakal mengulangi kejayaan kami pada tahun 2009? Perlawanan melawan Team UNISA B. UNISA itu shortform utk University of South Australia. Pertama kali dalam sejarah orang melayu menyertai league di Adelaide nih sebagai sebuah pasukan 'all-Malaysian'. Kalau sebelum2 ini ada saje seorang dua yang join leagues di Adelaide nih. Tapi tidak ramai.
Perlawanan di jadualkan sekitar 11 pagi. Lebih melayu dari melayu, opponent tiba lebih lewat dari team kami. Selalunya orang mesti kata biasala melayu lambat, tak punctual dll. Aku berasa bangga menjadi orang melayu. :D. Habis dalam sekitar pukul 1 tengahari. Sedikit postmortem oleh captain dan manager, dalam pukul 1.30 bergerak pulang. Eh wait, kami tidak terus pulang. Kebetulan pula pada hari yang sama ada satu rumah membuat 'housewarming', maka most of us directly headed there to had our lunch. Senang, lepas penat bermain boleh terus makan. Adat orang melayu, biasanya bila makan tu akan lepak-lepak dulu, borak-borak. Jadi kami beredar dari rumah tu agak lambat. Dan tiba di rumah aku dalam pukul 3 lebih.
"Tak solat lagi nih".