Pelbagai ragam, itulah manusia.
Kebelakangan ini banyak perkara yang berlaku. Ada yang melibatkan aku secara langsung, ada yang secara tidak langsung.
Terimalah sesuatu perkara itu dengan rasa redha. Marah pada pesalah laku, apa yang akan kita perolehi?
Tetapi jika kita mampu untuk memaafkan maka itulah yang lebih baik bagi kita. Tidak mahukah kita menjadi orang yang kuat?
Bukanlah orang yang KUAT yang mampu menjatuhkan lawannya… sebaliknya orang yang KUAT ialah orang yang mampu menahan dirinya ketika sedang marah.
Menurut Imam Al-Ghazali lagi, 10 punca menyebabkan sifat marah:
1) rasa bangga diri (sombong)
2) takjub kepada peribadi sendiri
3) suka bergurau senda yang berlebihan dan melampaui batas
4) suka bercakap perkara sia-sia
5) suka membuat fitnah
6) suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7) khianat
8) tamak kepada harta dan pangkat
9) tidak dapat mengendalikan nafsu
10) emosi dengki dan irihati.
Oleh yang demikian marilah kita mengawal sifat marah kita sebagaimana hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.