Mari ikut blog ini

Friday, 9 December 2011

Khutbah Jumaat vs Mengaji Al-Quran

Salam,


bila tiba hari Jumaat, sudah menjadi kewajiban para lelaki Islam yang cukup syarat untuk menunaikan Ibadah Solat Jumaat secara berjemaah. Di sunatkan untuk memakai wangi-wangian, memotong kuku, mandi, membersihkan diri dan datang awal ke lokasi solat Jumaat itu berdasarkan hadis Nabi berikut:


“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)


“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Aku menghadirkan diri ke Masjid sedikit awal sebelum masuknya waktu supaya berpeluang untuk berada di saf hadapan. Masuk waktu zohor, bilal pon melaungkan azan. Kebanyakan jemaah bangun untuk menunaikan solat rawatib. Tunggu seketika, khatib bangun memberikan salam dan bilal melaungkan azan kedua. Pada asalnya pada zaman Nabi Muhammad SAW dikatakan azan hanya dilaungkan hanya sekali namun perkara ini sedikit diubah pada zaman Saidina Uthman ketika mana orang sudah ramai dan berjauhan dengan masjid. Untuk rujukan: [KLIK SINI]




Sedang khatib membacakan khutbah, aku terlihat seorang pakcik ni sedang tunduk. Pada mulanya aku ingat pakcik ni sedang tidur namun apabila diperhatikan dengan betul, aku mendapati pakcik tersebut sedang mengaji Al-Quran. Hebat! Tapi malangnya, perbuatan itu kurang bertepatan aka tak kena masanya. Aik apesal pulak? Orang nak mengaji biar la. Bukan ke sunat ke mengaji Al-Quran? Jeng3x.