Mari ikut blog ini

Tuesday, 24 August 2010

Peristiwa Selasa malam Rabu

Salam,

Hari ini ada perkara yang mengingatkan saya pada zaman persekolahan ketika di MRSM Kuantan pada tahun 2005 yang lepas.
Pada hari tersebut, pada kesejukan malam, seperti biasa 'junior' diwajibkan untuk solat berjemaah di mosalla. Ketika itu solat Maghrib. Seperti solat-solat yang lain, kami memenuhkan saf-saf solat dan memenuhi ruangan-ruangan dihadapan. Memendekkan ceritanya, tiba di rakaat kedua. Selepas sujud selepas duduk antara dua sujud, imam terus berdiri untuk memasuki rakaat kedua, terlupa untuk melakukan tahiyat awal.

Ketika itu, dapat saya perhatikan suasana menjadi sedikit pelik, makmum pon hanya mengikuti sahaja. Beberapa ketika, imam kembali turun untuk ke keadaan tahiyat awal. Hampir keseluruhan makmum (termasuk saya) yang ketika itu seakan-akan 'blur' pon hanya menuruti sahaja perbuatan imam itu. Ketika solat dalam keadaan 'blur' itu, aku melihat sebahagian makmum yang seperti solat bersendiri.

Selesai solat, seorang daripada makmum bangun (kalau tak salah ketua Biro Agama, Syazwan,f5) dan membuat pengumuman. Beliau mengatakan bahawa solat kami (yang mengikut imam) adalah tidak sah dan kami perlu solat balik. Saya yang ketika itu, berasa sungguhnya cetek ilmu (sekarang pon sama) hanya menjadi pak turut, tanpa pemahaman yang benar tentang situasi itu.

Keesokan harinya, dengan perasaan penuh ingin tahu aka curious bergegas mencari ustaz yang mengajar kelas saya, Ustaz Hariz. Selesai menceritakan perkara yang berlaku pada malam hari kelmarin, Ustaz pon menjelaskan tentang perkara tersebut. Di antara huraian beliau adalah (tak ingat sangat ayat, lebih kurang seperti berikut):

1)Kita tak boleh patah balik dari satu rukun ke rukun yang sebelumnya.(seperti situasi diatas). Dimana jika berlaku perkara tersebut, maka terbatallah solat itu.
Tetapi jika imam itu terus sahaja menyambung solat seperti biasa dan menambah dengan sujud sahwi dihujung solat, maka sahlah solat tersebut,
2)Disebabkan imam itu telah patah balik, dari berdiri kembali ke tahiyat awal, jadi sebagai makmum kite kenalah niat putus dari imam (tak ingat istilah dalam bahasa arab), dan menyambung solat secara bersendirian.

Ketika itu, barulah saya faham mengapa sebahagian makmum kelihatan bersolat secara bersendirian.

Sesungguhnya benarlah pepatah yang selalu didengar ini:

"Ilmu tanpa amal memang adalah sia-sia. Akan tetapi yang jauh lebih bahaya adalah beramal tanpa ilmu."

Kembali kepada perkara yang berlaku pada malam tadi, ada dua perkara yang mencuit hatiku. Ketika solat tarawikh sebentar tadi, pada rakaat yang ke 5, imam telah duduk tahiyat akhir dan memberikan salam, disini sebagai makmum, tiada seorang pon yang menegur imam. Saya yang duduk di saf belakang sekali tidak dapat melihat perbuatan imam itu, jadi tidak sempat menegur imam, beliau telah pun memberi salam. Tetapi bukan perkara itu yang ingin diperkatakan disini, tetapi tentang segolongan makmum. Ketika imam di posisi tahiyat, ada sebahagian makmum yang dah terlajak (termasuk saya) ke posisi berdiri. Tetapi, ada sebahagian dari mereka ini yang telah melakukan seperti apa yang berlaku pada 5 tahun yang lepas pada saya, iaitu patah balik rukun (tak tau apa istilahnya), iaitu mereka kembali ke posisi duduk tahiyat akhir.

Perkara kedua, solat witir. Ketika imam mengumumkan bahawa kita akan bersolat witir, 3 rakaat, 2 salam, suasana menjadi sedikit kelam-kabut. Sebahagian orang tertanya-tanya macam mana nak solat witir macam tu? Sedangkan sebenarnya bak kata ustaz saya, tu la solat witir yang selalu kita buat, Two plus 1 (2+1). Mungkin niat imam berkata itu baik, kerana terdapat sebahagian imam yang lebih gemar menunaikan solat witir dengan satu salam, jadi beliau berkata begitu untuk memberitahu makmum tentangnya. Tapi sebahagian orang telah 'confuse' dengan perkara tersebut.

Sekian perkongsian cerita/ilmu yang sedikit ini. Kalau salah minta betulkan.

Wassalam,

Pelajaryangbelajar