Salam,
Sekitar penghujung bulan Ramadhan 1432Hijrah (2011), aku telah berpindah ke rumah baru. Lokasinya amatlah berdekatan dengan rumah aku yang sebelum ini.
Sekiranya rumah yang lama dikenali sebagai Day, rumah baru ini dikenali sebagai Robert atau nama glamour-nya Roberto. Kenapa Day? Kenapa Robert? Kebiasaannya pelajar-pelajar lelaki yang belajar di Adelaide menggunakan nama jalan untuk menamakan rumah mereka. Misalannya alamat rumah aku sebelum ini 2 Day Avenue, jadi Day di ambil sebagai nama rumah. (Tak kreatif kan?)
Berbeza dengan kebanyakan pelajar perempuan yang berada di Adelaide, mereka menggunakan nama-nama yang unik dan jauh berbeza dari apa yang di buat oleh pelajar lelaki. Nama-nama ini kadangkala kita boleh dapatinya di Malaysia sendiri. Sebagai contoh, Baitul Mawaddah (tiada kena mengena dengan rumah sesiapa pon).
Perpindahan ini berlaku secara sangat ad-hoc. Pada asalnya, aku (dan housemates yang lain) telah pun menandatangani perjanjian untuk menduduki rumah Day sehingga ke bulan 8, 2012. Namun pada sekitar bulan 7-8 Peter Doukas, agent dari 21 Century (Agent yang menguruskan rumah Day) memberitahu kami bahawa tuan rumah (Day) telah berjaya menemui pembeli yang berminat untuk membeli rumah Day.