Mari ikut blog ini

Friday, 8 October 2010

Menghadapi ujian?bersabarlah sahabat

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. 

Salam, 

tersenyum aku apabila terbaca ayat di atas. Benar sungguh jika hendak dibicarakan mengenai ayat ini. Kadang-kala kita diuji dengan sedikit kepayahan, assignment bertimbun-timbun, Bantal kucing yang kita peluk tiap-tiap kali kita tidur hilang, sakit sana sakit sini, Xreti nak jawab soalan tutorial dan berbagai-bagai lagi. Bagi yang kurang sabar sikit tuh, mula la nak meradang. Angin satu badan, mula la bertempik xtentu pasal. Habis orang-orang yang berada disekeliling menjadi mangsa.

Bagi yang penyabar sikit, mereka beristighfar, muhasabah diri. Cuba juga menyelesaikan masalah itu walaupun mengambil masa yang lama. Teringat pada artikel  yang aku kongsikan sebelum ini tentang golongan-golongan manusia dari segi tahap kemarahan (rujuk). 

Beruntung sungguh mereka yang berada di golongan yang aku rasa terbaik iaitu golongan yang dimana lambat marahnya dan cepat sejuk.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir"  (Al Baqarah ayat 286)
Sungguh bertepatan sekali ayat diatas dengan maksud surah diatas. Selain itu, Allah mendatangkan sesuatu ujian tu bukannya kerana saja-saja je, ke nak main-main ke. never!.


Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? (Surah Al-Ankabut ayat 2)

Jadi bersyukurlah disamping bersabar menghadapi sesuatu ujian itu, kerana itu tandanya bahawa Allah masih sayang pada kita. Diakhir ujian itu, pasti, akan kita berasa puas setelah kita berjaya menghadapi sesuatu ujian itu.

Jangan marah-marah. Live life to the fullest (betul ke?). Senyum sokmo! 

Wassalam