Mari ikut blog ini

Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Friday, 7 October 2011

Spring break 2011



Salam,

hanya ingin berkongsi cerita berkenaan aktiviti yang dilakukan ketika cuti pertengahan sem 2, 2011.

Barang lelongan pertama (RSP)
Tempoh cuti pada tahun ini adalah 2 minggu, bermula pada 24/9 sehingga 9/10. Banyak jugak events yang berlangsung samada dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu atau pun oleh individu-individu tertentu sepanjang tempoh cuti ini. Antaranya adalah Roadshow Palestin Adelaide 2011 (RSP), mentadabbur alam, perkhemahan, crab raking, Futsal ISMA CUP, Bowling UMNO CUP dan lain-lain.

Roadshow Palestin Adelaide 2011 berlangsung dengan jayanya pada 24 September 2011. Kehadiran para tetamu adalah agak memberangsangkan, memenuhi ruangan dewan yang disewa. Antara aktiviti yang berlangsung adalah ceramah mengenai Palestin oleh Dr. Zainur Rashid (perunding Aman Palestin), pameran, silent bidding, live auction dan ramah mesra bersama penceramah. Acara kemuncak adalah live bidding. 5 barang yang di lelongkan ketika itu. Lelongan bermula dengan agak suram, kerana mungkin ramai yang masih belum biasa dengan cara-cara membida barangan.

Masuk ke barangan kedua dan keatas, acara live bidding mula menjadi rancak. Jumlah bidaan meningkat dengan cepat. Ada yang membida atas kapasiti individu, tidak kurang juga mereka-mereka yang berpakat berkongsi duit supaya mampu membida dengan harga yang lebih tinggi. Barang bidaan terakhir yang dinamakan 'Kingdom of Faith' telah dibida dengan harga AUD 20,222 (approximately RM 62,595.656). Satu angka yang bagi aku adalah sangat tinggi.
Kingdom of Faith, dibida dengan harga AUD20,222

Saturday, 30 April 2011

Mempelajari sirah, mencontohi yang terbaik.

" Abang Ayit, kenapa kita masih buat sesuatu benda tu sedangkan semuanya dah tertulis di Lauh Mahfuz?", adik aku mengemukakan persoalan.

Aku tersenyum. "Agak-agak kenapa?", aku cuba membuatkan dia berfikir lebih jauh.

Dia terdiam. Lama juga. Wajahnya runsing. Dia kembali melihat kepadaku. "Alaa tak tau la"

Aku tersenyum kembali. "OK macam ni la, memang telah tertulis di Lauh Mahfuz akan segala-galanya yang akan berlaku sejak sebelum kita lahir lagi. Tapi, ingat ini satu perkara. Kita tak tahu apa yang tertulis di Lauh Mahfuz. Kita cuma tahu telah tertulis apa yang akan kita lakukan, apa yang akan berlaku namun pengetahuan itu adalah beyond our knowledge". Aku menerangkan. Aku bukanlah seorang alim yakni seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Namun aku berusaha menerangkan sebaik mungkin pada tahap pengetahuan aku.

"Oooo, betul jugak tuh. Bukannya kita dah tau apa yang tertulis disitu" katanya sambil mengangguk tanda faham.

"Tapi, ada sesetengah pihak yang menyalah faham akan perkara ini. Sebagai contoh, mereka mencuri dan apabila ditangkap dan ditanya mengapa mereka mencuri. Mereka berkata: Jangan salahkan aku kerana mencuri kerana aku telah ditakdirkan untuk mencuri", aku menambah dengan contoh supaya mudah dihadam olehnya.