Mari ikut blog ini

Tuesday, 10 May 2011

Mari kita berbicara. raja dengan raja. hamba dengan hamba.

Salam,

Manusia ini berbagai ragam, kerana mereka tidak diciptakan unik, yakni hanya satu jenis, satu warna, satu bangsa. Apatah lagi perwatakan dan cara mereka berbicara.

Seronok apabila dapat memanjangkan pendapat dan ilmu kita kepada orang lain disamping berkongsi idea dan pengalaman. Namun, sesebuah perbualan itu boleh menjadi kurang enak atau menjadi tegang apabila berlaku 'clash of point-of-interest' atau pon sesetengah pihak memandang rendah kepada pihak yang lagi satu ataupun sekiranya tiada toleransi diantara kedua-dua pihak.

Ketika berbicara, kita perlulah pandai mengambil kira status 'audience' kita, adakah mereka sekepala dengan kita? Ataupun mereka mempunyai pendapat yang berbeza dengan kita. Ataupun mungkin juga mereka hanya disitu untuk menjadi orang ketiga, iaitu mereka yang hanya mendengar. Sama kepala, tiada masalah. Berbeza, disitu akan munculnya permasalahan. Adakah kita berbicara dengan kanak-kanak ataupun seorang yang dewasa? Itu turut memainkan peranan.



Jika seorang raja berbicara mahupun berbual dengan seorang hamba, adakah kan sama cara perbualannya diantara rakyat-rakyat jelata? Tentu sekali tidak. Suasana akan menjadi kekok, mungkin akan lebih kepada perbualan satu hala. Dimana si hamba hanya akan mendengar dan mengiyakan apa yang diperkatakan oleh si raja tadi. Masakan tidak, sekiranya si hamba menafikan walau sepatah kata bicara si raja, maka hilanglah nyawa dari jasad tadi. Itu apabila yang berbual itu adalah mereka yang 'tipikal'. Memandang nilaian yang ada pada seseorang itu melalui statusnya didunia, kekayaannya, dan segala apa yang boleh dipandang dengan mata kasar. Namun, bukankah nabi kita Nabi Muhammad SAW mengajar kita agar melayan semua pihak dengan baik, tanpa mengira siapa mereka? Hamba mahupun raja.