Mari ikut blog ini

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, 1 November 2012

Dakwah di tempat kerja 5

Salam,

Semenjak aku mula bekerja di sebuah cafe pizza, banyak perkara yang aku pelajari, dan banyak perkara yang membuatkan aku berfikir.

Di tempat kerjaku, semua pekerja yang lain bukan beragama Islam. Bangsa juga pelbagai. Ada Philippine, Indian, Australian, Vietnamese dan Malay (Aku la tu).


***************************************************

Sambil membasuh pinggan mangkuk di dapur. John menegur aku.

John: "Do you know what is Y.O.L.O?"

Aizat: "What is that. Some word in Philippine?"

"No. It is international man. You Only Live Once"

"Oh ok. I thought it is something else"

kedengaran Alice memanggil John ke kaunter hadapan.

"So do you believe that Y.O.L.O?"

John tidak menoleh. matanya mencari-cari pemanggil namanya. 

"John, do you believe that Y.O.L.O?", aku mengulang soalanku. Malangnya, John masih tidak mendengarnya kerana Alice memanggilnya dengan lebih kuat. Dia bergerak ke hadapan mendapatkan Alice. "Aish, melepas nak tanya dia"




***************************************************

 "Have you ever kissed a girl?" tanya Rudel kepadaku. Dia baru berumur 18 tahun, dan masih lagi berada di high school.

Aku tersengih. 'Ish budak ni, pelik-pelik je soalan dia ni', ujarku dalam hati.

Sunday, 28 October 2012

Aku dan Usrah

Salam,

Ada apa dengan usrah? Ramai yang tertanya-tanya akan persoalan ini. Majlis ilmu? Majlis makan-makan? Masa untuk berjumpa dengan kawan-kawan? Bulatan gembira? Bulatan Alien?

Suatu masa dahulu, aku juga pernah berada di situ. "Usrah ni untuk budak baik-baik je"

Aku mula berusrah secara konsisten pada tahun pertama aku menyambung pelajaran di University of Adelaide, pada tahun 2009.

Bukannya aku tak pernah dengar apa itu usrah. Masa di sekolah dulu pon aku pernah usrah. Tapi main lari-lari. Setahun berapa kali sahaja. 'Bapak usrah' pon aku tak kenal.

Kemudian sambung belajar di Universiti Teknologi Petronas, sekali lagi aku terlibat dengan usrah. Aku di 'assigned' kepada seorang naqib ketika minggu orientasi, dan kemudian beberapa minggu, aku dihubungi oleh beliau. Di UTP, ada satu badan/organisasi yang dikenali sebagai Rakan Masjid. Mereka inilah yang menguruskan perkara-perkara yang melibatkan aktiviti kerohanian di UTP.

Namun perkara sama yang berlaku, aku hanya sempat hadir usrah beberapa kali. Naqib aku pada ketika itu pun tidak aku kenali. Sama juga dengan rakan usrah yang lain. Semuanya asing bagiku. Pendek kata, sekali lagi aku main lari-lari.

Bagi aku pada ketika itu, usrah itu buat mereka yang punyai masa lapang dan ingin menambah ilmu agama. Jika rasa bebas dari tugasan-tugasan universiti, maka bolehlah menghadirkan diri, itu pon, malas-malas. Jika tidak, jangan harap.




Di Adelaide, sekali lagi aku mendengar istilah usrah. 

"Ah, ada apa dengan usrah?"

"Apa aku peduli, asalkan aktiviti harian aku tidak diganggu. Asalkan kerja aku siap. Asalkan aku boleh main bola. Asalkan aku main game tidak ada orang ganggu. Asalkan aku boleh chatting dengan kawan-kawan aku seperti biasa. Kalau semua ni tak diganggu dan aku ada masa lapang, boleh la nak duduk sekejap dalam usrah"

Bermulalah episod, Aku dan Usrah.

Tiap-tiap minggu, mesti naqib aku at least sekali datang rumah. Selalunya mesti ada benda yang dibawa sama. Selalunya mesti buah-buahan. Patutlah sihat walafiat sahaja aku sekarang!

Kebiasaannya, tiap-tiap hujung minggu kami aku duduk bersama. Aku, ahli usrah dan naqib(-naqib). Kami berbicara dan berkongsi tentang banyak benda. Berpesan dengan perkara-perkara, beraktiviti bersama, bertanya pendapat, berkongsi pandangan. Kadangkala kami ke pantai, kadangkala kami mendaki bukit, kadangkala kami berbarbeque.

"Seronok juga begini kan"

Walaupun ada masa aku tertidur dalam usrah. Bangun-bangun je, "eh,dah habis usrah rupanya."

Ada masa, rasa malas sungguh nak pergi usrah. Tapi mengenangkan masakan sedap menunggu, aku pergi jua.

Ada masa aku rasa menyampah dengan usrah. "Apa ni, tak nampak ke orang tengah sibuk ni?"

Tapi sebab satu rumah aku semua ikut usrah, aku pon ikut la berusrah. Ala biasa la, baru nampak macam budak baik bila ikut usrah.

Bila jumpa kawan yang usrah lain, 

"naqib kau siapa?"

"minggu ni kau usrah tentang pe?"

"Kau usrah hari apa minggu ni?"

Masa berlalu. Sampai suatu ketika, muncul suara-suara. 

"Siapa bapak usrah kau? Dia tu ustaz ke? Belajar agama kat mana? Umur berapa?Kau ingat kau nak jadi ustaz ke? Kita datang untuk belajar engineering, bukan belajar agama"

Apabila berlaku pertembungan antara majlis-majlis ilmu dengan usrah dan aku memilih untuk menghadiri usrah. Muncul suara-suara di belakang.

"Mana lebih aula', kau menuntut ilmu dengan tok syeikh yang berkelulusan dari Al-Azhar dalam bidang syariah ke menuntut dengan naqib kau yang belajar ilmu tak habis, umur baru setahun jagung tu?"


Persoalan mula timbul. Aku mula keliru. Adakah apa yang aku buat ini salah? Betul juga kata-kata mereka. Siapa la naqib aku jika dibandingkan dengan ustaz-ustaz. Rasanya dia tak pernah belajar dalam bidang syariah atau apa-apa. 


Tuesday, 1 February 2011

Bersangka buruk vs berhati-hati

Salam

Allah swt mengingatkan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Ramai orang keliru mengenai larangan bersangka buruk termasuklah aku.

Dulu, aku berpendapat, memang benar bersangka buruk itu tidak baik tetapi bagaimana pula kesnya apabila kita rasa tidak senang dengan perbuatan seseorang itu?

Friday, 21 January 2011

Mentaliti sesetengah umat Islam diMalaysia (intern mode)

Salam,

lama tak menulis. sibuk dengan kerja baru.

Tadi apa yang diceritakan oleh senior2 yang dah berpengalaman bekerja ketika sesi perkongsian di Program Jalinan Ukhuwah. Apa dia bendanya?

Kene cop 'ustaz'. Aha. Ok not to be proud, bangga diri or whatever it is. Just mahu berkongsi.

Tak tau la sebab aku berjanggut, atau fizikal aku, perwatakan aku, blaja oversea, hensem, bergaya atau lain2 sebab.

Wednesday, 12 January 2011

Besarnya ganjaran mengajak. Dosa atau pahala?

Salam,

tadi lepas solat maghrib aku stay sebentar untuk mendengar kuliah agama.

Ustaz di depan membacakan sebuah hadis. Hadisnya berbunyi lebih kurang begini:

“Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang buruk lalu ia diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun.

Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1017 (Kitab Zakat, Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar…).

Ustaz punya kuliah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai bahagian pertama hadis ini dimana kelebihan melakukan sesuat kebaikan itu dan kemudian diikuti oleh orang lain. Subhanallah. Mudahnya nak buat 'duit', nak melabur saham, nak jadi businessman. Cukup mudah.

Kata beliau lagi, usahawan yang berjaya adalah mereka yang goyang kaki pon duit masuk. Apatah lagi kalau kita kerja, berganda-ganda lagi ganjarannya. 

Tuesday, 14 December 2010

Berbicara mengenai Fikrah

Salam,

Beberapa hari yang lepas, aku menghadiri majlis makan-makan yang bertajuk 'Makan ketam dan Tazkirah Maal Hijrah'. Majlis ni bersifat tidak formal, dan Person In Charge (PIC) adalah aku. Majlis ini adalah kesinambungan dari program menangkap ketam di Port Parham beberapa hari sebelum itu.Diadakan di Asquith (SQ), hampir kesemua pelajar undergraduate yang masih belum pulang ke Malaysia hadir. Kehadiran telah melebihi jumlah yang dijangkakan dan mereka yang hadir tidak dapat menambah nasi kerana telah habis.

Selesai tazkirah oleh Dr Duwe, maka semua orang memenuhi ruang disekeliling talam-talam yang telah disediakan oleh pihak tuan rumah. Selesai makan, aku mengambil tempat berdekatan dengan sudut belakang ruang tamu rumah berkenaan. Aku menggunakan masa yang ada untuk berbual dengan beberapa orang rakan. Selang beberapa minit, tiba-tiba aku didatangi oleh salah seorang tetamu yang hadir. Beliau seorang tabligh. Aku menghormati mereka-mereka yang terlibat dengan tabligh kerana mereka kebanyakkannya mempunyai kemahiran bercakap yang tinggi, pandai mengambil hati, berani mendekati seseorang yang tidak mereka kenali, dan sanggup pergi ke destinasi-destinasi asing untuk berdakwah. Mungkin ada banyak lagi kelebihan mereka, tapi cukup sekadar itu aku katakan.


Monday, 29 November 2010

Sedih lagi menyedihkan

Salam,

sekarang ini seringkali kita dengar akan masalah2 yang timbul di merata-rata pelusuk dunia. Perangla, tsunami, gempa bumi, buang anak, gejala sosial, dan macam-macam lagi. Ok, maybe for some of us as long as benda2 ni berlaku di tempat lain, it is fine. Although it is not, tapi bukan itu yang ingin diperkatakan disini.

Apa yang menyedihkan aku baru-baru ini adalah mengenai mereka yang bertudung hanya apabila berada di tempat-tempat tertentu. Ok ni mainly akan cakap tentang wanita. Yes. wanita. Apabila aku sedang mengemas facebook aku, terlihat akan aku news feed yang aku memang kurang gemari. wanita yang tidak bertudung. Apatah lagi, mereka yang sudah bertudung namun apabila berada di tempat lain membuka tudung mereka dan tambahan lagi memakai pakaian yang menjolok mata. Oh,azabnya, parahnya.

Tidak mahu aku menyebut nama, kerana itu akan menimbulkan kemarahan sesetengah pihak dan mungkin mengaibkan sesetengah yang lain. Mungkin itu perkara yang baik tapi tidak ingin aku timbulkan disini. Perkara ini berlaku terhadap ramai orang, tidak kira dimana mereka berada. Sebagai contoh, si Z adalah seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia memang adalah orang yang tidak memakai tudung dan gemar mengenakan pakaian yang kurang kainnya. Panas katanya.

Setibanya dia di Negara A, dia telah mengalami 'culture shock' kerana hampir kesemua orang melayu di Negara A bertudung. Jadi mungkin dengan kejutan budaya itu, dia memilih untuk bertudung dan menampal pakaiannya yang sebelum ini tidak mempunyai kain yang cukup. Disini pentingnya biah solehah. Suasana atau biah itu amatlah mempengaruhi seseorang itu, walaupun sifat tidak kekal dan boleh diatasi dengan dzatiyyah diri yang kuat aka tolakan dalaman. Sebagai contoh, Abu adalah seorang sangat warak. pada suatu hari, beliau diajak oleh kawannya untuk ke disco. Abu berfikir, mungkin aku boleh mendakwah beberapa orang supaya menginsafi perbuatan mereka ini.

Itu apa yang Abu fikir. Maka suatu malam itu Abu pon mengikuti kawannya ke Disco. Pada mulanya, memang Abu bersemangat untuk mendakwah pengunjung2 disco itu. Namun, setelah beberapa kali pergi kesitu, Abu mula rasa selesa dengan suasana disana. Abu yang pada asalnya memakai serban kini tiada lagi berserban, alasannya, susah untuk mendekati orang muda di disco. Hari silih berganti, sekarang kelihatan Abu pulak yang turut sama menari di situ. Abu sudah terpengaruh dengan biah jahiliyyah itu. Dzatiyyah dirinya yang pada asalnya meluap2 kini sudah pun redha, kalah dengan pengaruh suasana itu.


Monday, 1 November 2010

Mistakes done during performing the prayer

Salam,


Taken from youtube. Someone shared it on Facebook. Take your time to watch it. May Allah reward us for our deeds.

Sekarang enggak punyai masa untuk menulis. Banyak di minda, tapi sekali dah menaip, mahu berjam-jam terlekat di depan komputer. Jadi on hold dulu, bia habis exam dulu. Biar keadaan redha dulu.

Wassalam

Sunday, 24 October 2010

Kesungguhan/Bersungguh-sungguh

Salam,

Apa yang ada dengan kesungguhan ini, sehingga beliau menjadi tajuk entry aku pada kali ini?

Selama ini, seringkali aku mendengar akan perkataan ini, namun jarang sekali aku dalami makna perkataan itu apatah lagi cuba mengamalkannya.


Tuesday, 19 October 2010

Sedikit renungan untuk diri ini

Wahai orang-orang yang beriman!Janganlah sesuatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, kerana boleh jadi mereka yang diperolok-olokkan lebih baik dari mereka yang menggolok-olok, dan jangan pula perempuan-perempuan menggolok-olok perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang diperolok-olokkan lebih baik dari perempuan yang mengolok-olokkan. Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah panggilan yang fasik setelah beriman. Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Al-Hujurat, surah 49 ayat 11)

Sunday, 10 October 2010

Kenapa begitu?

Salam

"Xleh jadi ni, balik ni kena tulis jugak kat blog nih", bisik aku di dalam hati ketika melihat beberapa peristiwa dan ketemu beberapa orang melayu ketika berada di Pasar Tani aka Gepps X, Adelaide.

Semuanya bermula secara tidak dirancang oleh ku, namun ketentuan Allah siapa yang tahu?
Malam tadi ada usrah di Meredith (rumah Naqib aku). Kehadiran ahli usrah amatlah memberangsangkan. Tahniah La_Tahzanis. Arshad memberikan tazkirah pendek mengenai penciptaan manusia. Sound familiar? Yes, indeed it is. Antara tajuk awal yang aku pelajari ketika mula berjinak-jinak dengan alam usrah ini.

"Selama ni kita selalu berbicara mengenai benda-benda lain yang kita anggap besar seperti masalah ummah, politik di tanahair, kekacauan di Palestin, dll, jadi apa kata malam ni kita bercakap mengenai satu, satu perkara yang kecik sahaja bunyinya tapi adalah besar nilainya".Kata Arshad.


Friday, 8 October 2010

Menghadapi ujian?bersabarlah sahabat

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. 

Salam, 

tersenyum aku apabila terbaca ayat di atas. Benar sungguh jika hendak dibicarakan mengenai ayat ini. Kadang-kala kita diuji dengan sedikit kepayahan, assignment bertimbun-timbun, Bantal kucing yang kita peluk tiap-tiap kali kita tidur hilang, sakit sana sakit sini, Xreti nak jawab soalan tutorial dan berbagai-bagai lagi. Bagi yang kurang sabar sikit tuh, mula la nak meradang. Angin satu badan, mula la bertempik xtentu pasal. Habis orang-orang yang berada disekeliling menjadi mangsa.

Bagi yang penyabar sikit, mereka beristighfar, muhasabah diri. Cuba juga menyelesaikan masalah itu walaupun mengambil masa yang lama. Teringat pada artikel  yang aku kongsikan sebelum ini tentang golongan-golongan manusia dari segi tahap kemarahan (rujuk). 

Beruntung sungguh mereka yang berada di golongan yang aku rasa terbaik iaitu golongan yang dimana lambat marahnya dan cepat sejuk.

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir"  (Al Baqarah ayat 286)
Sungguh bertepatan sekali ayat diatas dengan maksud surah diatas. Selain itu, Allah mendatangkan sesuatu ujian tu bukannya kerana saja-saja je, ke nak main-main ke. never!.


Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji? (Surah Al-Ankabut ayat 2)

Jadi bersyukurlah disamping bersabar menghadapi sesuatu ujian itu, kerana itu tandanya bahawa Allah masih sayang pada kita. Diakhir ujian itu, pasti, akan kita berasa puas setelah kita berjaya menghadapi sesuatu ujian itu.

Jangan marah-marah. Live life to the fullest (betul ke?). Senyum sokmo! 

Wassalam

Saturday, 28 August 2010

Busana Muslim:Di mana Islamnya?

Di petik dari lawan web www.saifulislam.com

“Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh. Bye-bye!”

Bagaimanakah tatacara melabel sesuatu sebagai Islamik (HALAL)?

Apakah ada garis ukurnya, atau bergantung kepada intepretasi bebas masing-masing?

Ketika masyarakat berdepan dengan pelbagai ancaman ajaran sesat yang lazimnya berpaksikan sesuatu yang ritual, mistik dan terpencil daripada kehidupan massa, kita juga sedang mendepani kekeliruan-kekeliruan yang berada di dalam arus perdana. Sesuatu yang jarang dilihat sebagai ‘ajaran sesat’, tetapi cukup banyak memesongkan manusia daripada landasan hidayah.

Itulah BUSANA MUSLIMAH.

LANDSKAP 1990′AN

“Mak Fatih di Turki, purdahnya bukan sehelai kain tambahan yang menutup muka. Tetapi tudung yang dipakai, digenggam dengan tangan di bahagian hidung. Semua perempuan pakai seluar besar,” saya berbual dengan ibu tentang cara berpakaian wanita Anatolia yang saya lihat.

“Nak kenal mahasiswi Turki senang sahaja. Ramai di kalangan mereka suka memakai tudung dengan sanggul tinggi,” saya bersembang dengan rakan-rakan di Jordan.

“Bukan sanggul tinggi itu, bonggol unta yang Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam laknat dalam hadith tu ke?” tanya rakan saya.

“Betul dah tu. Tak apa, kita buang sanggul tu, kita ambil tudungnya sahaja. Buat hadiah. Bukan senang nak dapat tudung sutera Turki di Malaysia” saya menokok perbincangan.

Kelana saya ke pelbagai negara umat Islam di era 90′an, memperkenalkan saya kepada pelbagai bentuk pakaian yang disesuaikan dengan budaya, persekitaran dan keperluan, namun masih mengekalkan prinsip-prinsip asas berpakaian menurut Islam. Pelbagai bentuk seluar, abaya, tudung, malah pelbagai bentuk niqab, kesemuanya membentuk satu kesediaan pada diri saya untuk lebih dinamik dalam mendefinisikan apa itu fesyen dan seluas manakah ruang yang disediakan oleh Islam untuk ia berkembang.

Ketika itu, segala-galanya masih asing daripada masyarakat kita.

Baju kurung, masih kekal dengan potongan baju kurung yang biasa.

Tudung juga tidak banyak jenis.

Malah berpurdah masih asing dan pantas dikaitkan dengan Jemaah al-Arqam.

Saya juga boleh rancak bercerita tentang pengalaman saya di negara Arab kerana jarang-jarang sekali muka Arab ditemui di jalanan ibu kota negara. Malah Malaysia hampir-hampir tidak termasuk di dalam destinasi pelancongan warga negara Arab yang ketika itu masih berkiblatkan Eropah untuk percutian mereka.

LANDSKAP SEMASA

Hari ini, komunikasi, teknologi maklumat dan mobilisasi manusia mengalami perubahan yang besar. Globalisasi menghimpunkan manusia yang pelbagai di sebuah perkampungan antarabangsa. Masyarakat kita semakin terdedah dengan pelbagai bentuk budaya dan ekspresi diri termasuklah fesyen. Pelbagai idea datang untuk mengembangkan cara berpakaian kita, khususnya untuk wanita Muslimah.

Industri fesyen semasa berkembang maju. Ia sesuatu yang boleh dihargai pada sudut-sudut positifnya.

Baguslah begitu.

Dahulu kala, wanita yang berhijrah itu mendefinisikan HIJRAH bukan sekadar pada memakai tudung, tetapi terus kepada mengubah keseluruhan penampilan diri dan gaya hidup. Imej perubahan diri Hajjah Wan Chik Daud, Siti Fairuz, Rahimah Rahim juga Noorkumalasari, memperlihatkan hijrah itu benar-benar suatu hijrah.

Namun kini, dengan perkembangan fesyen yang begitu dinamik, HIJRAH boleh berlaku dalam format yang lebih mudah. Ia tidak menjadi satu revolusi ke atas diri, namun sekadar mengenakan tudung atau meletakkan sesuatu di atas kepala yang dianggap sebagai simbol perubahan diri. Semakin lama, ia semakin berkembang. Malah perkembangan fesyen alternatif ini sudah sampai kepada berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Antaranya adalah Fashion Show Busana Muslim 2010 di MIDF HALL, di ibu kota Kuala Lumpur tidak lama dulu.

Versi DUBAI!

PENTAKRIFAN

“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33]

Sejauh manakah pakaian itu boleh diterima sebagai Busana Muslimah?

Bagaimana dengan batas-batas Aurat?

Bagaimana dengan sifat bersederhana dan MALU yang menjadi tunjang ekspresi diri pada berpakaian itu?

Perkembangan semasa, memperlihatkan, apa yang dilabelkan sebagai Busana Muslimah itu, bukan lagi sekadar Tabarruj Jahiliah malah sudah menjadi al-Kaasiaat al-‘Aariyaat seperti yang diungkapkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud SEPARUH TELANJANG, atau BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “[Hadith riwayat Muslim]

Fesyen yang membiarkan leher keluar, telinga keluar, dada terdedah, jenis kain lembut yang rapat membalut tubuh dengan bentuk yang menonjol, semua itu diterima sebagai sebahagian daripada kriteria BUSANA MUSLIMAH. Malah tahun 2010 menyaksikan berleluasanya pemakaian tudung dengan bonggol yang sangat menonjol di bahagian atas kepala, sama ada oleh rambut sendiri yang panjang, atau dengan sanggul palsu yang dijual di kedai HIJAB?

Sekadar meletakkan sesuatu di atas kepala, atau melabuhkan top hingga ke bawah ala-ala jubah atau abaya, jadilah ia BUSANA MUSLIMAH!

Di manakah Islamnya?

Pakaian ini diberikan kepada artis-artis yang mungkin di hatinya memang mahu membuat perubahan diri. Saya tidak berada di posisi untuk menilai niat di hati sesama insan. Tetapi niat yang baik itu ditemukan dengan solusi yang sangat jauh daripada Islam. Apatah lagi, dengan status pemakainya sebagai ikon masyarakat (jika masih mahu mengikonkan artis), ia menjadi ikutan. Lalu berleluasalah segalanya.

Tidak sampai ke suku ketiga tahun 2010, penyelewengan cara berpakaian menurut Islam semakin menjadi-jadi.

Jika kalian yang tidak pernah bertudung, mula bertudung dengan fesyen sebegini, mungkin sukar untuk menghayati perubahannya. Namun bagi kalian yang dahulunya berpakaian secara sederhana tetapi mula memperagakan fesyen seperti ini, tanyalah secara jujur ke dalam hati, adakah kalian semakin malu di hadapan Allah atau semakin berani dan bijak mencipta justifikasi?

Islam menyediakan ruang yang secukupnya untuk seorang wanita Muslimah dan lelaki Muslim yang belum menutup aurat untuk segera mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapi menyambut kejayaan membuat perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yang sangat bercanggah dengan Islam ini, ia adalah suatu kesesiaan yang mengundang penyesalan.

BEBAS

“Inilah kata-kata orang agama. Semua salah” ulasan yang muncul.

“Semua itu hanya Male Chauvinism. Semua perbuatan orang perempuan mahu dikawalnya” tegas seorang yang lain.

Sesungguhnya kata-kata seperti itu sangat jauh dari kalam terbitan IMAN.

Islam memuliakan kaum lelaki dan perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat, Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yang tidak pernah berakhir itu. Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang menyeronokkan (lagi menguntungkan).

Jika demikianlah komen-komen yang timbul tatkala saranan ini datang, ketahuilah anda sememangnya bebas berpakaian sesuka hati anda dan kita tidak akan mengganggu kebebasan individu yang dibanggakan itu. Namun sebaik sahaja pakaian jelek itu kalian nisbahkan kepada Islam, kami bangkit menentangnya.

Kami cemburu dengan agama kami.

BUSANA MUSLIMAH yang tidak mematuhi Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzaab 33: 36]

FULL STOP!

Sunday, 25 July 2010

Jaulah di Mt Gambier!




Salam,

Sementara minda masih sedar, mata masih celik, ingatan masih segar, eloklah saya menulis agar dapat mengurangkan apa yang mungkin terlepas daripada di tulis di sini. Jaulah ini bermula dari rumah Naqib Usrah As-Shadad iaitu Nizam pada Jumaat malam Sabtu. Selesai solat Isyak, tazkirah pendek (part 1) oleh Zulhusmi (Zulus) dan taklimat perjalanan, dua kenderaan beroda 4 berlepas. 1 Mazda 626 dan 1 Hi-ace (seperti yang digunakan ketika WT10) digunakan.

Saya yang telah terpilih untuk memandu Hi-ace itu berasa bertuah kerana thrill WT10 masih lagi dapat dirasakan, tambahan pula waktu itu sudah malam. Sepanjang pengalaman memandu untuk Winter Trip sejak tahun lalu, takdir tuhan, semua kenderaan yang saya pandu adalah pada waktu malam. Di ketuai oleh Mazda 626 milik Nizam yang dipandu oleh Naim. Lupa pulak nak sebut, Ameer Jaulah kali ini adalah Safwan (Sob).

Seperti biasa, memandu diwaktu malam ini memang menguji ketahanan mental dan fizikal. It is exhausting if i may say. Kekuatan diperlukan untuk kekal berjaga dan menetapkan fokus pada jalan raya yang sunyi sepi, lengang kebanyakkan masanya melainkan kadang-kala ditemani oleh 1-2 kereta ataupun lori-lori besar yang memintas atau dipintas. Sejam pertama memandu, mata
dah mula nak mengecil. Tapi ditabahkan hati untuk terus berjaga. Ditemani Arif yang bertindak sebagai CO-D(pembantu pemandu). Jam tepat menunjukkan pukul 10, walkie-talkie berbunyi. Tut tut, "pukul 10,pukul 10, masa untuk tazkirah (part 2)". Muzakkir yang bertugas adalah Mojo-jojo (Mujahid).

Masuk ke 2 jam perjalanan, van yang dipandu sudah mula terhuyung-hayang sedikit, sekali-sekala melintas line jalan yang memisahkan antara dua lane. Ish!, ni tak boleh jadi ni. Kena ingat, nyawa anak-anak orang yang dibawa dibelakang ni. Arif sudah beberapa kali bertanya, "hang OK x Bandu?". Untuk mengaver line dan juga mengontrol macho, ibu jari tangan di angkat tanda OK.Walhal dah mamai2 dah. Asyik2 tengok jam di bawah speedo sambil berfikir "bila la nak tukar shift nih".

Masuk ke 3 jam perjalanan (more or less), seriously memang dah xtertahan dah. Tangan mula meraba-raba , mencari Walkie-talkie. zet zet, beliau berbunyi apabila ditekan. "Naim, next stop yang ada toilet kita berhenti ye dah xtahan dah ni". maka selang beberapa minit kemudian kelihatan sebuah perhentian yang mengandungi tandas dan kami pun berhenti disitu. Saya memasuki sebuah bangunan kecil tapi mewah yang tertera diatasnya "To-i-let" untuk khidmat diri.

Kemudian penukaran pemandu dan CO-D berlaku dan log rekod dari saat itu sehingga tiba di destinasi tidak dapat dicari kerana simpanan storage minda tidak melakukan proses recording kerana di dalam mode sleep .

"Bandu bangun bandu, kita dah sampai dah". Jam ditangan menunjukkan lebih kurang pukul 2 rasanya (log rekod kabur kerana dalam mode mamai). Mengambil bagasi-bagasi yang dibawa bersama diri, maka saya pon memasuki rumah yang tersergam dihadapan jasad ini. Kanta lens yang tidak digilap menyebabkan pandangan kabur menyukarkan lagi proses mengenal pasti tuan empunya rumah ini.

Masuk di dalam, dengan bantuan dari bebola yang tergantung di ceiling rumah, barulah wajah 'ikhwah Mt Gambier' yang menjadi tanda tanya selama ini terjawab. Masuk2 ke ruang tamu dan melihat ke kanan, sekeping sijil yang telah dikurung di dalam bingkai dengan nama Shaiful Aizad kelihatan. Tidak pasti malam ketibaan itu juga atau pun pagi keesokan harinya proses taa'ruf berlaku tapi sedikit latar belakang beliau diperolehi. Bekerja sebagai doktor di Mt. Gambier, beliau memegang jawatan sebagai presiden ISMA UNSW. Bekas pelajar Monash University di Melbourne. Sudah mendirikan rumah tangga tetapi memegang status bujang disitu kerana zaujah tiada disisi.

Sekali pandang, masih tidak terserlah lagi apa kehebatan yang ada pada beliau. Nak kata handsome, saya macam lebih sikit. Nak kata tinggi, saya macam tinggi sikit. Nak kata macho, saya macam macho sikit. [Astarfirullah, tak niat seperti apa ditulis hanya sekadar gurauan dan rekaan, walaupun mungkin ada fakta didalam ]. Orangnya sentiasa tersenyum, walaupun tidak kelihatan dimuka.


Selesai malam itu, kami pon tidur kerana banyak lagi aktiviti yang akan kami buat pada keesokan harinya. Selesai solat subuh membaca al-matsurat, saudara Arif memberikan tazkirah (part 3) yang agak panjang lebar dengan gaya yang saya dengar menyerupai Nizam (naqib beliau). Pembentangannya agak spontan dan ceria. Terserlah bakat, tahun depan boleh ganti Nizam nih. :D

Selesai sarapan, kami memulakan aktiviti. Ahli yang seramai 14 orang termasuk 'ikhwah Mt gambier' turut serta. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dan diberikan 50dollar per kumpulan. Beberapa tasks perlu kami selesaikan dalam tempoh 2 jam. Ahli kumpulan yang menaiki van hi-ace adalah tidak lain dan tidak bukan jejaka2 kacak dan macho lagi bergaya, yang diketua oleh Naim sebagai pemandu dan dibantu oleh Topek (Taufik), di tumpang oleh Arif, saya dan di supervised oleh Nizam.

Task 1: pergi ke Lady Nelson's Information Centre. Sungguh mudah dan senang secara hakikinya, hanya lebih kurang 2km dari rumah Aizad, tapi akibat kurang cekapnya CO-D bertugas pada waktu itu, kami telah pergi kearah yang 180 darjah bertentangan dari jalan yang patut kami lalui untuk ke destinasi. "Eh ni macam dah salah jalan ni, Topek mana jalan nih",kabar Naim. Topek dengan muka beliau yang selamba tetapi kaki terketar-ketar tidak mampu memberikan jawapan. Maka Naim pon membuat keputusan untuk patah balik. Kelihatan signboard yang kecil, seperti tidak mahu dilihat orang yang tertulis perkataan "Lady Nelson's Information Centre". "yes dah nmpk dah", kedengaran suara sayup2 dari tempat duduk sebelah pemandu.

Setibanya kami disitu, dua kumpulan yang tidak semacho kami telah pon tiba di lokasi sambil tersenyum girang, bangga dan puas. Topek pon, untuk menebus kesilapan beliau, dengan tenaga kuda yang hampir kepada kosong berlari kedalam bangunan yang ada. Semua yang dirasakan perlu di-grab (seperti peta) dan kami bergegas kembali ke Hi-ace. Task ke dua diberikan.

Task 2: Pergi ke Mt Gambier Hospital dan tulis 25 persamaan khusus yang ada antara ahli di dalam kumpulan.

Antara point2 yang ditulis:
-pernah jatuh basikal
-pernah tackle/ditackle awek
-masih bujang
-dll

Task 3: Pergi ke lokasi yang cantik dan beri tazkirah tentang alam untuk 10 minit.

Lokasi yang dipilih adalah *xingatnamaapa* cave. Secara pantas Topek dipilih untuk tugas ini. Hebat beliau berbicara sambil melihat jam dan menuding-nuding ke langit, gua dan daun.

Task 4: Beli salted butter dan 4 tin tuna dengan meminimakan kos seminima yang boleh.

Fikir tentang kos, Coles menjadi pilihan. Bertuah kami, lihat saja ke jalan, kelihatan papan tanda 'Coles' di hujung jalan. Naik van, dan terus bergerak ke Coles. Kami semua menyerbu kedalam dan mencari apa yang patut.Selesai tugas ke 4.

Task 5: Dengan jumlah maksimum sebanyak 25 dollar per kumpulan, beli apa-apa barang untuk diberikan kepada mad'u.

Van yang baru bergerak sejauh 100m di parking semula, tetapi kali ini kami memasuki
bangunan yang bersebelahan dengan Coles, yang mempunyai K-Mart di dalam. bertaburan seperti beruk kena api, kami mencari apa yan
g boleh dibeli dengan kos yang rendah. At first sight, sekeping piring berjaya menawan hati saya. Tambahan pula, hanya angka 2 sahaja apabila kos diambil kira. Piring di bawa ke ahli yang lain untuk ditanyakan pendapat, "Ni apa nih?". Pecah, hancur berkecai hati ini apabila beliau berkata begitu. Itu seolah-olah berkata " pergi letak balik, ambik la benda yang baik sikit".

K-Mart kembali diterokai. Masa hanya tinggal lagi 30 minit, tetapi tiada yang mampu mencuri kembali hati yang telah bertaburan diatas lantai ini. Lantas Arif menuding jari telunjuk ke satu sudut, "botol!". Itu apa yang kita cari!. Kata hati sambil kembali bercantum. Tanpa sebarang kelengahan, botol kaca segi empat berangka 2 diatas rak diculik dari rumahnya.

Kaunter bayaran menjadi sasaran, dan duit kertas 20 dollar dikeluarkan. kching kching, selesai pembayaran. Kami bergegas ke van yang baring di luar.

Task 5: Beli postcard untuk diberikan kepada seorang ikhwah di Adelaide.

Kali ini, tanpa mengejutkan van dari tidur, kami kembali kedalam bangunan di sebelah Coles itu, tapi bukan K-mart menjadi pilihan, tetapi sebuah pondok kecil disebelahnya. "yes, ada pun postcard", Topek berkata.

Selesai semua pembelian dengan masa tinggal hanya lagi 5 minit, kami meluru laju ke lokasi
terakhir penggambaran- the Blue Lake. Nice~~

Semua berkumpul, dan ga
mbar kenangan diambil. Memang 'blue' lah lake ni. Tapi mengikut kata Aizad, beliau (Blue Lake) lebih biru pada *tarikhtidakdiingatidenganbaik*. MashaAllah indah sungguh ciptaan Allah.


Gambar menggunakan kamera hp yang tidak seberapa, menghilangkan warna biru tasik*


Kemudian kami melawat jirannya, *apatahnama* lake, hanya bersebelahan dengan Blue Lake. Dan Aizad membawa kami menaiki Mt Gambier dengan menaiki kenderaan dipacu roda 4. Sampai ke satu tahap, kenderaan tidak dibenarkan lalu. Maka kami terpaksa menaiki kaki untuk tiba di puncak bukit. jaraknya tidak jauh, tidak sampai 1km tapi, dengan sudut 45darjah dan lebih, memang dengan mudah dan tersenyum kami menaiki hingga ke puncak.

Tapi semua 'mudah dan senyuman' ketika menaiki seolah-olah tertinggal di bawah setelah tiba ti puncak. Pemandangan dari atas situ, Subhanallah sangat cantik. menurut kata2 penjaga kedai diatas puncak itu yang turut dikenali sebagai Nikkon lady, "kamu bertuah hari ini, view hari ini sangat bagus, boleh lihat sampai sejauh 200-400km (kalau xsalah). Wallahualam, tapi memang jauh la boleh nampak. Boleh nampak the whole bandar Mt. Gambier nih. Lembu2 kelihatan seperti bintik2 hitam sahaja. Kereta2 yang bergerak kelihatan seperti kereta2 mainan yang dimain pada zaman muda2 dahulu. semuanya kecil2 molek. (Betapa kecilnya kita dari pandangan Allah?).

Kemudian selesai diatas, kami pon turun pula ke kaki gunung untuk ke lokasi yang ditunggu-tunggu. Bak kata orang OZ, tak lengkap sesuatu program tanpa BBQ. Jadi berbarbeque lah kami di samping tasik dan sekali-sekala ditemani dendangan orang-orang(yang tidak diketahui asal usulnya) menyalak dari dalam hutan. Cuba teka apa yang kami makan? Kambing, mee, strawberry, sayuran, dan ayam. Apa yang menjadi sasaran saya adalah kambing. Sudah lama xmakan kambing. Tahniah kepada AJK makanan iaitu Arif kerana berjaya menyedapkan daging kambing ini menggunakan proses marinatisasi.

Lama xrasa kenyang begitu (nafsu2), selesai makan, kami pon solat. Saat yang mendebarkan pon tiba, Masa untuk saya memberikan tazkirah telah tiba (part 4).Ouch!. Dah la angin sejuk+kenyang. Memang sesuai lah untuk tidur. Tapi xpe, tu semua ujian. Nak xnak, kena juga bagi.

Kemudian kami bergegas pula ke lokasi yang dicadangkan oleh Aizad, satu lagi gua yang terkenal di situ. Nama beliau (gua itu) tidak dapat dipastikan, tapi yang pasti memang unik sekali gua itu. Terletak di sebuah taman yang bersebelahan dengan padang bola dan kilang kayu, kami menjelajahi gua itu. Senang je sebab ada tangga. Didalamnya, kagum sungguh saya melihat ciptaan Allah ini,sungguh unik sekali.

Puas menatapi apa yang patut, Aizad mengajak kami bermain bola. Mungkin kerana sudah terlalu lama tiada teman bermain, saya dapat rasakan keinginan yang sangat kuat dihati beliau. Mungkin kerana saya juga bermain bola, jadi sedikit sebanyak saya dapat merasakan perasaan 'gian' itu.

Maka kami bermainlah pada petang itu. Disertai juga oleh Nizam dan Aie. Akibat terlalu rancak bermain, dua-dua doktor/doktor-bakal-jadi telah berjaya mengotorkan seluar mereka dengan kaler coklat tanah. Come to thing of it, saya rasa kelakar pon ada, senyum dan sengihan itu sudah pasti. Melihat Nizam menguis-nguis seluar beliau yang mempunyai corak baru itu menambahkan kelebaran senyuman saya. Gambar di ambil, dan kami menuju pulang ke rumah Aizad.

Keinginan untuk mandi meluap2 pada malam itu akibat rasa agak berpeluh dari bermain petang itu dan ketidakmandian pada pagi itu. Selesai khidmat diri, tiba masanya untuk 'pesanan ikhlas dari Mount Gambier' mengikut tentatif yang tertulis dalam buku aktiviti, yang akan diberikan oleh tuan rumah. Kagum saya, dengan kepetahan beliau, dan luasnya ilmu beliau. Barulah saya faham kenapa beliau menjadi presiden ISMA cawangan UNSW. Segala hujah-hujah di sertakan dengan dalil2 dan saya rasakan seperti berada di dalam kelas matematik tambahan di sekolah menengah sambil belajar sejarah, begitulah gambaran perasaan seronok yang saya rasakan.

Adalah dalam 1-2jam beliau menyampaikan pesanan ikhlas itu, dan kemudian diakhiri dengan video oleh beberapa seniors Adelaide yang bakal meniggalkan kami. Terasa seperti mereka-mereka ini menyerahkan amanah kepada kami, untuk meneruskan jalan ini, meneruskan tarbiyah di Adelaide ini. Walau masih mentah, setahun jagung pon xsampai lagi, tapi saya sangat yakin dan pasti inilah jalan yang saya cari selama ini. Walaupon masih banyak kekurangan, tapi barulah itu sebabnya kita adalah manusia. Saling melengkapi antara satu sama lain. Nasihat menasihati, bantu membantu.InshaAllah.

Kemudian kami disaji oleh tukang masak bertugas pada malam itu, iaitu saudara Nizam sambil dibantu oleh konco2 beliau. Memang tidak dinafikan, this is one of the best dinner i have had in OZ. pergh!meletup. Sedap. Dah la ada udang, banyak pulak tuh. kat OZ ni bukan senang nak makan seafood. mahal nya xterperi. ditambah dengan hidangan2 sisi yang menyelerakan, tapi tidak diketahui nama kerana belum diberi nama.

Malam itu semua orang tidur dengan perut yang bulat, ataupon separa, akibat dipenuhi oleh makanan2.

Akibat dari makanan yang terlalu sedap yang menjurus kepada kebanyakkan makanan yang dimakan, perancangan untuk berqiam pada pukul 4.30 agak gagal. Mungkin kerana semua tidur lena, kami kebanyakkannya telah bangun pukul 5 pagi. Selesai witir, kami subuh bersama dan membaca al-matsurat.Tiba masanya untuk bahagian terakhir dari tazkirah (part 5) - Wasiat Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqas. Muzakkir bertugas adalah saudara Sep (Saiful).

Dengan berbekalkan sarapan telur yang dihancurkan kepada serpihan2 kecil untuk dimakan dengan roti, kami menuju ke destinasi terakhir sebelum bertolak pulang. Tapi sedikit kekecewaan dirasakan kerana tidak dapat melihat kolam didalam gua dibawah bandar Mt. Gambier ini kerana pintu masuk kesitu ditutup.

Dalam perjalanan pulang, kami mengubah sedikit haluan ke Adelaide untuk melalui Kinston SE, dimana seekor ketam gergasi yang dikenali dengan nama 'lobster' oleh orang yang reti berbahasa inggeris berdiri gagah.
Besar sungguh beliau, sehingga bilangan kami yang seramai 13 orang pon masih muat untuk berteduh di bawah beliau. Lunch di sekitar kawasan itu dan juga solat jamak zohor-asar, akhirnya kami akan betul2 menuju pulang ke Adelaide untuk menamatkan jaulah kami ini yang sungguh bermakna.

Semoga segala yang diperolehi sepanjang keberadaan kami di dalam jaulah ini dapat dimanfaatkan dan dipraktikkan serta diamalkan, jua dijadikan rujukan dimana berguna.InshaAllah. Jzkk.

Kami, yang berukhuwah kerana Allah
Dari kiri,berdiri: Khairi (Aie), Aizad,Naim,Safwan(Sob),Nizam,Hakim,Rahimin,Mujahid,Zul
Duduk: Aizat (bandu), Saiful (Sep), Afifi, Taufiq (Topek), Arif

Wassalam