Salam,
baru pulang dari menghadiri majlis doa selamat sempena seorang jiran bakal melanjutkan pelajaran ke United Kingdom untuk menyambung Master (xtau dalam bidang apa). Selesai bacaan tahlil dan doa selamat, para tetamu disajikan dengan beberapa hidangan oleh tuan rumah.
Majlis bermula lebih kurang pukul 2 petang selepas solat zohor. 'Orang masjid' di jemput untuk bersama-sama bertahlil dan berdoa untuk tuan rumah. Sebelum solat zohor, aku telah pon menghadiri sebuah lagi majlis yang juga diadakan di kawasan kejiranan aku. Majlis pertunangan. Jadi selesai majlis doa selamat etc aku pon hanya duduk di luar melihat gelagat tetamu-tetamu yang hadir.
Sedang para hadirin beratur untuk mengambil makanan, terdengar perbualan beberapa orang yang berada di hadapan rumah.
"Kau ni baru lepas tahlil terus berasap"
"Tu la, dah la kat Selangor ni hisap rokok haram. Nasib baik kat Pahang tak haram", sambil menghembuskan kepulan asap putih dari mulut.
"Tapi kita kat Selangor ni Mat"
"Betul jugak tu kan...", asap di hembuskan lagi.
********************************************
Aku pon hairan dengan perbualan mereka. Nak kata tak tahu fasal fatwa, hukum merokok, dah tau. Tapi tetap hisap rokok jugak. Siap seolah-olah mempersendakan lagi hukum ni.
" ...kat Selangor ni hisap rokok haram. Nasib baik kat Pahang tak haram"
Aish, ada pulak macam tu kan?
Sudah gaharu cendana pula,
sudah tahu bertanya pula.
Oh Malaysia!