Salam,
Hidup ini penuh dengan pilihan. Pilihan yang dibuat itu dibuat berdasarkan pemilihan keatas setiap pilihan yang kita ada. Allah tidak menyediakan suatu persoalan itu dengan hanya satu jawapan dan penyelesaian. Namun, adakah pilihan jawapan mahupun penyelesaian kita itu adalah yang terbaik?
Ataupun sekiranya pilihan ataupun tindakan kita itu kurang tepat dan ahkirnya hasilnya kurang memberangsangkan maka kita akan menyalahkan takdir, mengungkit segala macam perkara, membicarakan segala macam asbab? menyenaraikan seribu alasan? Semuanya terletak pada kita. Kita boleh menanak nasi dengan hanya membasuhnya dengan air sebanyak sekali. Kita juga boleh membasuh beras itu sebanyak tiga kali dan disertakan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Tapi mana satu pilihan kita? Adakah kita akan memilih jalan yang pertama dan kemudian berkata aku tidak mahu membazir air? wajarkah pilihan kita itu.