Salam,
Demikian adalah satu hadis beserta terjemahan berkenaan dengan niat.
Di kisahkan bahawa setiap amal perbuatan itu bergantung pada niatnya. Didalam Shahih Bukhari karangan Imam Bukhari, Riyadus Solihin karangan Imam Nawawi dan beberapa lagi kitab utama yang menjadi rujukan umat Islam, bab pertama yang dibincangkan adalah berkisar mengenai niat. Ini menggambarkan betapa pentingnya niat itu sendiri.
Entry kali ini bukan hendak membincangkan mengenai hadis itu secara khususnya kerana perihal yang demikian memerlukan pengetahuan yang mendalam dan terperinci mengenai hadis itu sendiri. Hanya sekadar membincangkan perihal niat dari satu perspektif.
Tetapkan niat
Ramai orang sedar dan mengetahui akan pentingnya menjaga niat itu tapi amatlah sedikit bilangan di antara yang betul-betul menjaga ketulusan niat mereka itu. Disitulah pentingnya untuk kita sentiasa memperbetulkan niat kita.