Mari ikut blog ini

Monday, 4 April 2011

Mampukah kita mengubahnya?

Salam,

hari ini hanya ada satu kelas sahaja, pukul 4-6 petang. Semalam, 3hb April daylight saving telah di 'off' kan. Ini bermaksud waktu diawalkan selama sejam (relatively). Apa yang berubah hanyalah waktu pada jam tangan(ataupun jam pada telefon bimbit, ataupun pada dinding, atau pada apa-apa jela!). Tapi waktu solat sebenarnya masih sama, hanya berbeza secara zahirnya. Kalau sewaktu daylight saving on (DSN), solat asar pada pukul 4.50 petang. Tapi bila daylight saving off (DSF) solat asar adalah pada pukul 3.50 petang.



Sedikit sebanyak perkara ini mempengaruhi perjalanan jadual kita. Sebagai contoh, subuh pada DSN adalah pada pukul 6 pagi, tapi subuh pada DSN adalah pada pukul 5 pagi. Jadi secara psikologinya gap between solat and class akan bertambah lama. Eh bukan secara psikologi kot.


Pada malam hari pulak, kalau kebiasaannya kita tidur pada pukul 11 malam, jadi bila DSF kita kena tidur pukul 10 malam. Tapi untuk membiasakan diri dengan perkara ini mungkin akan mengambil masa. Bukannya berbeza apa, cuma pada waktunya. Manakan tidak, badan sudah mahu tidur tapi bila tengok jam, baru pukul 10 malam, akan rasa awal padahal esok kena bangun solat subuh pukul 5 pagi. Begitu la gamaknya.