Mari ikut blog ini

Tuesday, 24 June 2014

Perjuangan yang belum selesai

Assalamualaikum.

Pada malam Jumaat yang lepas, aku menumpang seorang rakan sekerja untuk balik ke kampung. Lebih kurang sejam perjalanan, kama singgah di RnR untuk mengalas perut.

Kebetulan ketika itu aku memakai baju yang mempunyai lambang ISMA.

Selesai mengalas perut, kami kembali menyambung perjalanan. Beberapa minit di dalam kereta, beliau yang sedang memandu kereta memulakan bicara.

'sejak bila kau join ISMA?'

Terkedu sebentar, aku membuka mulut menjawab pertanyaannya, 'waktu aku belajar dulu (Australia) '

'Eh time tu pon dah ada ISMA dah eh kat situ?

'Haah' [tekan sini]

Beliau bersuara lagi, 'Bagus eh ketua (Presiden) ISMA tu, apa namanya, Ustaz Abdullah? Aku nampak dia je yang berani bersuara. Aku tengok orang lain, UMNO ke PAS ke pon tak berani bersuara dengan orang-orang tu (Evangelist, Islam Liberal, anti-Islam, dll). Dia je yang lantang'

'Wah, bagus lah kau. Peka dan ambil tahu. Kau tahu tak, yang Ust Lah (Ust Abdullah Zaik) didakwa di bawah akta Hasutan dan haritu masuk mahkamah disebabkan kenyataannya di ismaweb? [tekan sini]'

'Oh tau. Kenapa? '

' Yang kelakarnya, di antara orang yang buat laporan polis tu, orang yang sama yang keluar kenyataan di media menyatakan tidak bersetuju dengan akta hasutan dikenakan ke atas Ust Lah. Ada pihak-pihak yang rasa terancam apabila ISMA membongkarkan agenda-agenda mereka [tekan sini]'

Beliau bertanya lagi. 'Apa beza ISMA dengan NGOs dan pihak yang lain macam UMNO, PERKASA dan lain-lain? [tekan sini]'

'ISMA meletakkan kedaulatan Islam sebagai yang paling utama di Malaysia. Di Malaysia, orang Melayu merupakan majoriti dan boleh dikatakan hampir kesemuanya Islam. Jadi bangsa Melayu itu sebagai tonggak untuk menegakkan dan menjaga kedaulatan Islam di Malaysia. Tapi kau jangan salah faham yang apabila meletakkan fokus pada bangsa Melayu, golongan seperti Cina dan India Muslim akan diabaikan. Bukan! Sebaliknya, mereka juga mendapat hak mereka yang sepatutnya mereka dapat. Sebab itu slogan ISMA - Melayu Sepakat, Islam Berdaulat. [tekan sini]'

Berborak berkenaan beberapa isu yang lain kemudian beliau beralih ke isu politik.



'ISMA masuk PRU13 yang lepas kan. Ada menang ke? [tekan sini]'

' yup. Tak ada yang menang pon. Tujuan ISMA masuk PRU13 bukan untuk menang, tapi untuk memperkenalkan (fikrah) ISMA kepada masyarakat.'

' Oh yeke. Aku tengok memang ISMA ni lain dari yang lain kan. Dulu aku ada tengok kenyataan dari Presiden ISMA semasa ISMA mengisytiharkan penyertaan dalam politik. Dia memang jelaskan apa tujuan ISMA menyertai politik. Tak macam sesetengah ahli politik, dari Johor pergi Kelantan, Singgah Perlis, makan di Ipoh, lepas tu baru sampai KL. Berbelit-belit dan selalunya tak sampai pon KL!'

'Betul tu. Antara sebab ISMA sertai PRU13 ialah untuk membetulkan pemikiran orang Melayu kita yang selama ini berfikir hanya boleh memilih sama ada pihak pembangkang atau pihak pemerintah. Sebaliknya memilih pihak yang pada akhirnya akan menguntungkan Islam di Malaysia. Jadi akhirnya, tidak kisah pihak mana yang menang, Islam akan tetap berdaulat dan tidak digugat. Sebagai contoh, sekiranya sebuah usul dibawakan oleh pihak pembangkang yang membawa kebaikan kepada Islam maka pihak kerajaan akan turut menyokong usul yang dibawakan tu!'

'Oh macam tu eh. Bagus juga idea yang ISMA bawa tu, last sekali orang Islam juga yang untung'

Tidak dapat melihat ekspresi wajahnya kerana beliau memandang ke hadapan dan aku pula duduk di belakang.

'Mana ISMA dapat duit eh? Ada dapat dana dari mana-mana ke?', soalnya dengan perasaan ingin tahu.

'Duit ISMA adalah dari poket ahli-ahlinya sendiri. Selain tu, ISMA pon ada badan koperasi yang turut menjana kewangan.'

Suasana menjadi senyap buat seketika. Kami pon hampir tiba ke destinasi yang ditujui. Aku menutup perbualan kami pada malam itu dengan satu soalan.

'Kau nak join (sertai) ISMA?'

-Daftar atas talian-