Mari ikut blog ini

Saturday, 6 September 2014

Seronoknya halaqah! : Pemuda Al-Qassam

"Anne, roti kosong 1, roti telur 1", ujar abang kepada seorang pekerja restoren mamak di tepi stesyen Petronas itu.

"Hah,korang nak makan apa? Tak yah nak buat-buat malu sangatlah dengan saya", dengan nada bergurau kepada Emir, Tajul, Izzat dan Hariz.

"Haaa. bagi sama macam abang la", sahut Tajul.

"Saya pon bagi sama macam abang", Izzat menambah.

"Err, say pon lah kalau macam tu", kata Hariz selamba.

Emir kelihatan sedang asyik leka dengan telefon bimbit ditangan sehinggakan tidak perasan namanya dipanggil.

"Abang taiko, mau makan apa?", sinis abang kepada Emir.

Sambil tersengih, "Abang makan apa? korang makan apa?"

"Adalah!", Hariz, Tajul dan Izzat menjawab serentak sambil tergelak kecil.

"Tu la, orang suruh 'order' makan, dia pergi layan 'henset'"

Mata Emir meliar ke beberapa pelusuk di dalam restoren kemudian berhenti. Hah!

"Anne, bagi ini roti", sambil menunjuk ke arah gambar roti arab daging kambing yang terletak di atas meja

Seperti biasa, abang memulakan sesi halaqah kali ini dengan bacaan surah Al-Fatihah.

Seusai membaca Fatihah, abang menyambung bicara, "Alhamdulillah, tadi kita dapat solat maghrib secara berjemaah di masjid. Untung! Dapat 27 kali ganda pahala dari solat bersendirian. Tambah lagi dengan beriktikaf di masjid, perjalanan ke masjid lagi. Meletup-letup pahala.

Cuba teka harini kita nak cerita pasal apa?"

"Hurm... susah la nak fikir. Letih dah fikir nak jawab exam semalam. Dah la banyak mukasurat yang kosong", Izzat mengeluh.


"Ha ah la bang, letih perah otak. Kering dah ni tak boleh nak fikir", ujar Tajul sambil tersengih.

"Mana ada, aku rilek je", Hariz menyampuk.

"Yela, kau tu tingkatan empat. Mana ada Trial SPM!", Emir membalas. 

"Ok la disebabkan masa kita terhad malam ni, tak mau la teka teki lama-lama. Nanti tak sempat pulak", abang mencelah meredhakan suasana yang tak berapa nak riuh itu.

"Hari ni saya nak kongsi berkenaan Pemuda Al-Qassam. Pembebas Al-Aqsa, simbol kebanggaan Umat Islam"

"oooo...!"

"Siapa pernah dengar mengenai Al-Qassam? Siapa Al-Qassam ni?", abang memulakan perkongsiannya dengan soalan.

Forget Captain America, behold, Captain Gaza!

"Al-Qassam ni skuad tentera yang kat Palestin tu kan? Diorang ni la yang lawan Israel tu kan bang?", Izzat menjawab dengan lebih banyak soalan.

"Erk, krik krik. Orang tanya dia, dia tanya orang balik"

"Betul la tu. Al-Qassam ni sayap ketenteraan kepada HAMAS...kot", jawab Hariz separuh yakin.

"Aik, tadi punya yakin bunyinya. Kenapa ada kot kat hujung", ujar abang.

Hariz tersipu-sipu malu. 

"Betul la tu Hariz. Briged Al-Qassam ini merupakan tentera elit yang ditubuhkan pada tahun 1992 mengambil nama sempena nama Syeikh Izzudin Al-Qassam, tokoh perjuangan Islam dari Syria [klik sini]. Bermula dengan kuantiti yang sedikit serta kelengkapan yang minima, briged Al-Qassam berkembang dengan pesat sekali sehinggalah sekarang dengan mempunyai keanggotaan sebanyak 10,000 orang hanya di bandar Gaza! [klik sini]"

Izzudin Al-Qassam - perjuangannya menjadi ikutan


"Siapa tahu apa syarat kelayakan untuk jadi ahli briged Al-Qassam?"