Salam,
hanya ingin berkongsi cerita berkenaan aktiviti yang dilakukan ketika cuti pertengahan sem 2, 2011.
Barang lelongan pertama (RSP) |
Roadshow Palestin Adelaide 2011 berlangsung dengan jayanya pada 24 September 2011. Kehadiran para tetamu adalah agak memberangsangkan, memenuhi ruangan dewan yang disewa. Antara aktiviti yang berlangsung adalah ceramah mengenai Palestin oleh Dr. Zainur Rashid (perunding Aman Palestin), pameran, silent bidding, live auction dan ramah mesra bersama penceramah. Acara kemuncak adalah live bidding. 5 barang yang di lelongkan ketika itu. Lelongan bermula dengan agak suram, kerana mungkin ramai yang masih belum biasa dengan cara-cara membida barangan.
Masuk ke barangan kedua dan keatas, acara live bidding mula menjadi rancak. Jumlah bidaan meningkat dengan cepat. Ada yang membida atas kapasiti individu, tidak kurang juga mereka-mereka yang berpakat berkongsi duit supaya mampu membida dengan harga yang lebih tinggi. Barang bidaan terakhir yang dinamakan 'Kingdom of Faith' telah dibida dengan harga AUD 20,222 (approximately RM 62,595.656). Satu angka yang bagi aku adalah sangat tinggi.
Kingdom of Faith, dibida dengan harga AUD20,222 |
Aku juga menyertai Futsal ISMA CUP 2011 yang dianjurkan oleh ISMA cawangan South Australia pada 28 September 2011. Penyertaan hanya dibuka kepada 8 pasukan. Antara pasukan yang menyertai adalah IRWAN FC, FAIZ FC, HANTU BONCENG, ALL WHITE, KICKERS, OLE, VARUKA dan TEAM ANEP. Nama team aku adalah OLE dan alhamdulillah kali ini berjaya mengekalkan kejuaraan. Dapat nombor 1 walaupun aku cuma score 2 gol. Alhamdulillah.
Team OLE 2011 (champion ISMA CUP 2011) |
2nd Place Bowling UMNO CUP 2011 |
Ber'posing' di papan tanda Morialta Falls |
Tema peperangan Mu'tah diambil untuk perkhemahan kali ini. Perang mu'tah berlaku antara tentera Muslim (ansar dan muhajirin) dan tentera Rom akibat daripada pembunuhan utusan Rasulullah SAW, Harith bin Umair yang dihantar bertemu Raja Basrah pemerintah kerajaan Rom oleh Syarahbil bin `Amr Al-
Camping site, Adelaide Hills,mukhayyam 2011 |
Berdasarkan pengalaman-pengalaman ber- crab raking pada tahun-tahun sebelum ini, setiap kali kami akan berjaya membawa pulang 100+ ekor ketam namun kali ini berbeza. Rupanya betul desas-desus yang aku dengari, musim ketam belum tiba. Rombongan kami hanya berjaya mengaut/menangkap dua ekor ketam sahaja dan lebih malang lagi, ketam-ketam itu belum cukup saiz untuk membolehkannya dibawa keluar dari laut secara sah (Ada peraturan mengenai saiz minimum seekor ketam). Sedikit hampa, namun tujuan ke sana bukan semata-mata untuk mendapatkan ketam, tapi juga untuk merapatkan ukhuwwah sesama kami.
Port Parham (gambar diambil dari internet) |
Yang terbaru sekali, aku bersama ahli-ahli rumah yang lain, Mujahid, Naim, Saiful, Rahimin dan Afifi berkelah (picnic) di sebuah pantai yang dinamakan Port Noarlunga. Terletak lebih kurang 40 minit perjalanan dari rumah. Pantainya sangat bersih dan aman. Pengunjung juga tidak ramai. Best! Perkara pertama yang kami buat setibanya disana adalah ber-BBQ. Selesai BBQ, kami menuju ke lokasi yang lebih sesuai di mana kami boleh makan dan mandi laut. yey!
Jeti yang agak panjang, menyebabkan orang di penghujung jeti kelihatan kecil |
Bersama housemates 2011 |
Wassalam
No comments:
Post a Comment