Mari ikut blog ini

Thursday, 15 July 2010

Cuti Winter yang bermakna

Salam,

Dah dalam dekat 2 minggu tidak menulis di blog. Bukannya apa, cuma busy sedikit dengan urusan keduniaan sepanjang dalam 2 minggu yg lepas. Macam2 dah berlaku sepanjang cuti winter nih. Tapi the main event adalah Winter Trip 10 (WT10) dimana kami mengadakan road trip Adelaide-Sydney-Canberra-Perisher Valley(main salji)-Melbourne-Great Ocean Road(GOR)-Adelaide. Walaupun tahun ni macam kurang sambutan, xseramai tahun lepas, tapi aku rasa bahawa WT kali ni lah yang jauh lebih bermakna dari tahun lepas.

Ye, orang memang akan cakap, jadi AJK mana best.WT untuk bdk2 1st year je. WT ni buat letih je, baik dok umah goyang kaki, dsb. Pada mulanya aku ada la jugak sedikit berat kearah itu, lagi2 time dipilih jadi AJK. Then dapat tau ramai pulak seniors/kawan2 yang xjadi pergi/xleh pergi, lagi la down.Rasa macam xnak pergi jugak. Bukan tu saje, dah la tengah gawat sangat ekonomi ni. poket besar tapi ada satu dua sen je di dalam. Nak bayar duit WT ni (AUD230) pon xde duit. Memang time tuh sedikit je lagi untuk tidak pergi, tapi ikhtiar jugak untuk cuba pergi.

Program WT ni bukan hanya untuk diri, tapi untuk yang lain jugak. Cuba fikir, tahun lepas, aku pergi WT semata-mata untuk bersuka, jalan2, makan angin, shopping2, bergembira. Tapi seniors yang dah pergi 3,4 kali tu kenapa diorang pergi jugak?xbosan ke? Dulu pikir ikut logik memanglah rasa pelik, buat susah badan je. Lagi2 jd AJK, bknnye dapat apa, nak jalan2 pon bukannya dapat sangat, dah la kene jaga budak2 lagi, nak pikir pasal tu lagi, pasal ni lagi, kan xseronok tuh.

TAPI, tahun ni aku bersyukur sebab Allah bagi aku kesempatan untuk rasa apa yang diorang rasa. Prog2 seperti ini sebenarnya adalah sbg tarbiyah utk diri. Yang buatkan WT ni seronok bukan sebab dapat jalan2, bukan sebab dapat shopping sakan, bukan sebab puas makan, apa yang seronoknya adalah kebersamaan itu. Dapat buat benda bersama, susah senang bersama. Biasalah kalo wat road trip tu mestilah ada je masalah dia, tu rosak, ni rosak, tayar bocor, tayar pecah, langgar sana sini, langgar kangaroo,koala and wombat (kesian mereka yang terkorban), dan macam2 lagi. Then bile benda2 ni dah berlaku, biasalah kita manusia. Kadang2 pon mesti rasa marah, tension, nak nangis. Even Nabi-nabi pon pernah marah(wpon xke tahap kita manusia biasa ni marah). Tapi bak kata ustaz Halim, kalau kita faham apa ideologi, apa target, apa sasaran kita di hujung sana, benda2 kecik macam ni 'no hal lah'.

Bagi aku, tahun ni punya WT10 jauh lebih menyeronokkan drp WT09 in my own way. Maybe added with tahun lepas baru di-diagnose dengan penyakit yg kritikal, badan pon xbiasa. Sangat2 xsehat, nk buat apa2 pon xleh, cepat letih,cepat mengantuk, sikit2 nak g tandas dan macam2 lagi.

Wpon tahun ni xsempat pon nak g jalan mana, paddy's market x g, VICT market pon xsempat pergi, time kat sydney and melb dok kat tempat penginapan je. Tapi sebab i'm doing something that i enjoyed, i feel much much much more satisfied. Ye la, aku xsuka buat kerja sebab orang suruh. I do things, according to rules/ regulation/guideline but in my on way. Xsuka la paksa2 ni, nnt something yang should be enjoyable jadi x best. Kalau sesuatu itu yang pada hakikatnya pada menjadi suatu yang menyeronokkan, tapi kalau orang yang terlibat itu sendiri don't even take part in it, it won't be as enjoyable as it should be.

Great Ocean Road

Lagi satu WT10 ni mengajar satu pengalaman baru, bagaimana terlibat dalam planning sesuatu yang really big, involve people's life. Wpon kerja jadi route coordinator tahun ni sangat2 dibantu oleh dua seniors yg berdedikasi (Nik MM and Hakim Hamid), tapi rasanya dapat jugak feels bagaimana bekerja under pressure. Camne nak meet deadline. Camne nak corporate dengan orang2 lain, bahagian2 lain dalam sesuatu organisasi utk menyiapkan sesuatu. Benda ni sangat lah practical mcm apa yg belajar sbg engineering student ni. Soft skills sangat penting(wpon kat sini byk benda guna email je, agak lambat nak dapat replies, tapi ok la kot).

Sebagai contoh, kita dah siapkan benda dari A ke B. then tetiba ada pihak ni kata bahagian die ade pertukaran which affect kami punya planning, jadi kene la tuka sebelum ke B tu lalu C dulu ke. Dan macam2 lagi. Tiring but fun. Kadang2 tgk muka Nik tension tuh best jgk.:D

Itu citer pre-WT10, belum lg time event. Bile trip dah mula, lagi kelam kabut. Yela bukan sume orang reti tgk peta, and peta tu pon bila dah photocopy bknnye jelas sgt. Kalau mastercopy pon ade cacat cela, patah lg cetakan-cetakan beliau. Time dari satu tempat ke satu tempat, ada terlepas simpang la, xcaye kat map la, ade jugak lalu jalan lain, dan macam2. Kite yg buat maps ni tension la jugak, sebab rasa mcm orang xcaye je keje kita. Tapi bila dipikirkan balik, klaka jugak la. in the end, sumenye tercapai la dengan sedikit perubahan. Pastu kami ada jugak penasihat dan orang2 yg berpengalaman dengan kami. Jadi kalau rase mcm dah loss track tu bole refer kat beliau (akh Umar faruq). Lagi2 tahun lepas sume keta sewa ada GPS, tapi tahun ni unit pengangkutan xnak sewa GPS. yg ade cume individu punye.tu pon ade 2 je. jadi cuak jgk la sbb kalo sesat ke ape ke unit pandu-arah yg akan dipersalahkan.hehe

Pastu macam bila sesuatu tu dah terkeluar dr landasan, cth mcm tayar delay sampai berjam-jam sbb suatu berlaku, then tolak ansur mmg sgt penting. Musyawarah pe nak buat, then pilih the best solution utk sume. Itu yang nabi ajar, berbincang. jangan nak ikut sedap je, masing2 nak ikut pendapat masing2. Alhamdulillah byk bende yg boleh dibawa berbincang dan selesai dgn tolak ansur time trip nih.

Kesian Faruq terlepas tuk pergi ke GOR, kene teman ustaz Halim naik flight dr Melb ke Adelaide. Tapi xpe, iA tahun depan ada lagi.

Apa-apa pon, xkesah la apa orang lain nak kata, apa orang lain cakap, bagi aku, Winter Trip 2010 is a once in a life time experience. Dulu tanya seniors, xbusan ke g WT tiap2 thn. tp apa yang diorang cakap? Tiap tahun benda2 lain yang berlaku, pengalaman lain, bersama orang2 yang lain. It is not going to be the same as the previous 1. Yes, i now understand what they said.

I'm glad to be part of the history.

wassalam

1 comment:

  1. yup, agreed. lepas dah 4 ke 5 kali pegi jaulah, this is the best so far yang akak penah pegi.
    utk merasa manis tarbiyyah tu perlu pengorbanan. u've did a good job berkorban dalam byk perkara to deserve more than what u've spent.
    moga kamu lebih rancak beramal dan lepas ni lagi serius utk gi program inshaAllah.

    ReplyDelete