Mari ikut blog ini

Thursday, 22 July 2010

X-Ray kaki

Salam

Beberapa hari yang lepas, atas nasihat dari mama di Malaysia maka pergi la jugak buat x-ray kat Memorial Hosp. Mak aih mahalnya, kena charge AUD110.70.Waduh2 dah mula kelam kabut dah time tu, dah la poket tengah kering, pastu malas la nak patah balik rumah pinjam duit sesiapa. Pastu tanya la akak kaunter, "kak hutang boleh?"

Dia pon berbincang dengan akak-akak kaunter yang lain. Kemudian beliau kembali lagi,"betul nih xde duit?"
Aku reply,"betul la kak, xkan saya nak main2 kot.Kalau ada dah lama saya bayar cash."
Akak kaunter:"ok la macam ni dik, kami boleh bagi hutang, tapi kami ada polisi 7 hari saman.Kalau xbayar dalam tempoh 7 hari kita dating di mahkamah"

-hamboi, dahsyat jugak.Xpe2 duit ni boleh ikhtiar. Yang penting buat dulu apa yang patut.

Dah merana sakit kaki dari awal tahun, cuak jugak kalau2 ada tulang retak/patah/berkecai/bengkok dan seangkatan dengannya. Haritu buat sekaligus kaki kiri n kanan n lutut kanan. Ingatkan nak buat lutut kiri skali tapi xpelah, simpan dulu.duit tarak.
Tunggu turn dalam 5 minit then ada nurse(lelaki, jangan salah sangka ye) datang dan jemput berdua-duaan dengan dia kedalam bilik. "How r u doing mate?", kabar beliau.
"i'm good!never been better.":jawab aku.

Kemudian borak punya borak, beliau minta aku sinsing seluar belah kiri keatas,alamak!
time tuh dah la pakai jeans. sah sah la tak boleh. Nasib baik pakai boxxer kat dalam, jadi dengan tidak rela terpaksa bukak jeans tuh. Atas sebab yang tidak boleh dielakkan.

Then berbaring la atas katil sambil diperhatikan oleh beliau. Rasa macam xselamat je (haha). Lepas itu beliau suruh posing macam2 gaya, kekanan, kekiri, belok sana, belok sini,angkat kaki turun,silang2 dan macam2 lagi.walhal cuma mahu buat sinaran x-ray sahaja. Aku pon layan jela, berbayar kan, jadi buat je lah. Nurse itu agak friendly orangnya, senyum senantiasa, aku pon senyumlah senantiasa juga.

Selesai sudah, aku dengan kadar segera menyambar seluar aku yang tersidai di ampaian dan menyarungnya.

Kemudian mengucapkan perpisahan kepada beliau dan menuju ke basikal terchinta diluar yang kesejukan dan mengayuh pulang.
Sejuknya OZ!

Wassalam

No comments:

Post a Comment