Menulis untuk merungkai, berkongsi dan mencari jawapan kepada persoalan agar dapat bersama berkongsi manfaat. “Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanfaat kepada orang lain. ” (Riwayat Al-Tabarani)
Mari ikut blog ini
Tuesday, 31 August 2010
Ramadhan yang penuh bermakna
Hari ini, sudah masuk fasa ke 3 puasa, iaitu fasa terakhir atau nama lain; 10 malam terakhir.
Malam semalam, aku seperti biasa, berbuka bersama ahli rumah dan bersolat tarawikh di Masjid Khalil. Sepanjang malam, teringat aku pada program yang telah diatur khas untuk membantu umat-umat Islam,melayu terutamanya untuk merebut bonus-bonus/jualan pahala murah yang hanya berlangsung selama sebulan, untuk satu tahun.
Program pada malam semalam adalah untuk beriktikaf di Masjid Khalil. Selepas solat tarawikh, kami serumah pulang untuk menyiapkan apa yang patut. Seperti aku, membuat assignment Engineering Math II yang telah tertangguh hampir seminggu kerana sifat malasku yang membuak-buak. Tak tau la, kenapa sekarang ni asyik malas je nak buat kerja-kerja sekolah, kalau membaca blog-blog, cerita-cerita dll yang tidak berkaitan dengan akademik rajin pulak. Astarfirullah. Sampai bila nak malas ni? Tak mau ke dapat HD macam orang lain? asyik on par je, cukup-cukup makan je.
Lebih kurang pukul 11.05, dah mula rasa resah dah. Assignment soalan satu pon tak habis jawab lagi ni, kalau ikut tentatif program dalam pukul 11.30 dah kena ada di Masjid Khalil. Ni la akibatnya melengah-lengahkan kerja, esok nak hantar malam ni baru nak buat. Mata memandang ke sehelai kertas di atas meja, tercatat jadual kuliah disitu. "Esok ada free sampai pukul 1, assignment kena hantar sebelum pukul 12, sempat kot kalau sambung esok", ujarku dalam hati. Itu la sifat-sifat biasaku, dah lewat pon masih mahu bertangguh. Seperti terjamin akan dapat melihat hari esok. Seperti mengetahui bahawa esok akan mampu terus sedar untuk menyiapkan assignment.
Siap punya siap, dalam pukul 11.45 kami serumah bertolak ke Masjid Khalil dari Day Avenue. Tiba lebih kurang pukul 12. Di bawa bersama satu sleeping bag dan satu beg mengisi barang2 seperti al-Quran, Kurma, roti, beg duit dan lain. Masuk ke dalam kawasan dalam masjid, kebanyakan lampu sudah ditutup, kelihatan ramai orang sudah tidur. Ada sesetengah yang sedang khusyuk bersolat, dan juga yang sedang membaca Quran. Malam pon sudah larut, jadi aku tidak membuang masa, terus mengibarkan sleeping bag dan masuk tidur.
3.05 pagi, aku tersedar dari tidur. Terdengar suara makmum-makmum mengaminkan bacaan Al-Fatihah Syeikh Amin, imam besar Masjid Khalil. Berasa agak berat kepala ini, duduk sebentar mengumpulkan fikiran-fikiran yang sedang bertaburan di alam mimpi. Tepuk-tepuk pipi, kemudian aku bangun untuk mengambil wuduk dan kembali ke dalam masjid.
“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim)
2 rakaat pertama solat tahajjud di tunaikan secara berjemaah. 6 rakaat kemudian aku bersolat tahajjud secara bersendiri, cuba untuk mendapatkan rentakku dan untuk mendapatkan lebih khusyuk kerana aku lebih selesa bersolat mengikut 'pace' aku.
Kenapa 8 rakaat?
Daripada Abi Salamah bin Abd Rahman, bahawa dia bertanya kepada Aisyah (semoga Allah meredhainya) bagaimanakah solat Rasulullah s.a.w. di malam Ramadhan? Maka berkatalah Aisyah: “Baginda tidak menambah lebih daripada sebelas rakaat, sama ada di bulan Ramadhan atau di bulan-bulan lain.” (Hadith riwayat Bukhari)
11 rakaat tu termasuk solat witir, 3 rakaat.
Selesai witir, aku menadah tangan berdoa kepadaNYA. Banyak benda yang aku minta, banyak benda yang aku perkatakan, banyak benda yang aku ulangi. Mengalir air mata aku keluar dari mata ini. Mata ini yang selama ini tak pernah menangis buat sekian lamanya kerana mengingati Maha Pencipta. Sebak aku di dalam hati, apabila difikirkan betapa keras dan hitamnya hati aku selama ini. Bila tah kali terakhir aku menangis memohon keampunan daripadaNYA. Tak ku sangka mataku yang sudah sekian lama, kering, telah mengalirkan air mata.
Cukuplah, hal dunia aku tinggalkan dirumah. Berilah aku peluang, untuk bersama yang Maha Esa, walaupun hanya seketika, bersendirian. Sebak rasanya, apabila difkirkan kejahilan-kejahilanku selama ini, kesilapan-kesilapan, dosa-dosa, kemaksiatan, dan perbagai lagi kemungkaran yang telah aku buat selama ini. Sebak juga hati ini, bila memikirkan permasalahan umat manusia sekarang, especially di Malaysia. Mungkin ramai orang akan berkata, siapa aku, untuk sebok-sebok berbicara dan risau perkara tersebut. Tapi jika tiada yang berfikir, tiada yang risau, maka selama-lamanya tak akan kembalilah zaman kegemilangan Islam, yang pada suatu masa dahulu tegak, gah berdiri.
Bertambah sebak rasa dihati, memikirkan permasalahan orang-orang tersayang di Malaysia. Masing-masing dengan ragam mereka sendiri. Keras kepala, degil tidak mahu bertolak ansur dan bawa berbincang. Tetap dengan pendirian mereka. Letih, letih aku melayan karenah mereka. Cukuplah aku memikirkan dan risau dengan perkara tersebut, maka pohonlah aku pada Tuhanku, perdamaian di antara mereka yang berselisih ini.
Maha Suci Allah, yang telah memberi aku nikmat untuk menangis, menangisi kesilapan-kesilapan dan kemungkaran-kemungkaran yang aku dan orang-orang disekeliling aku lakukan.
Maha Suci Allah, yang telah memberi aku peluang, untuk menangis.
Daripada Abi Hurairah (semoga Allah meredhainya), beliau berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Apabila berlalu setengah malam atau dua pertiga malam, turunlah Allah Yang Maha Tinggi ke langit dunia seraya berfirman: “Adakah sesiapa yang meminta untuk diberi (Aku perkenankan permintaannya), adakah sesiapa yang berdoa untuk dimakbulkan (Aku makbulkan doanya), adakah sesiapa yang beristighfar untuk diberi ampun kepadanya (Aku ampunkannya)”, sehinggalah terbit fajar.” (Hadith riwayat Muslim).
Sungguh dapatku rasakan walau sedikit, nikmatnya, berdoa, dan berqiam ini.
Bilakah kali terakhir aku, bangun sendiri, dengan inisiatif sendiri, untuk berqiam yakni beribadah kepada tuhanku.
Sungguh rugi rasanya diri ini, tanpa menyedari berapa banyak yang sudah aku terlepas.
“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim)
Maha Suci Allah. Semoga aku diberi peluang, untuk masih merasakan kemanisan berqiam ini.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Pelajaryangbelajar
Sumber rujukan: http://ustazhazizi.wordpress.com/2010/08/30/mengenai-solat-tahajjud/
Saturday, 28 August 2010
Busana Muslim:Di mana Islamnya?
“Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh. Bye-bye!”
Bagaimanakah tatacara melabel sesuatu sebagai Islamik (HALAL)?
Apakah ada garis ukurnya, atau bergantung kepada intepretasi bebas masing-masing?
Ketika masyarakat berdepan dengan pelbagai ancaman ajaran sesat yang lazimnya berpaksikan sesuatu yang ritual, mistik dan terpencil daripada kehidupan massa, kita juga sedang mendepani kekeliruan-kekeliruan yang berada di dalam arus perdana. Sesuatu yang jarang dilihat sebagai ‘ajaran sesat’, tetapi cukup banyak memesongkan manusia daripada landasan hidayah.
Itulah BUSANA MUSLIMAH.
LANDSKAP 1990′AN
“Mak Fatih di Turki, purdahnya bukan sehelai kain tambahan yang menutup muka. Tetapi tudung yang dipakai, digenggam dengan tangan di bahagian hidung. Semua perempuan pakai seluar besar,” saya berbual dengan ibu tentang cara berpakaian wanita Anatolia yang saya lihat.
“Nak kenal mahasiswi Turki senang sahaja. Ramai di kalangan mereka suka memakai tudung dengan sanggul tinggi,” saya bersembang dengan rakan-rakan di Jordan.
“Bukan sanggul tinggi itu, bonggol unta yang Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam laknat dalam hadith tu ke?” tanya rakan saya.
“Betul dah tu. Tak apa, kita buang sanggul tu, kita ambil tudungnya sahaja. Buat hadiah. Bukan senang nak dapat tudung sutera Turki di Malaysia” saya menokok perbincangan.
Kelana saya ke pelbagai negara umat Islam di era 90′an, memperkenalkan saya kepada pelbagai bentuk pakaian yang disesuaikan dengan budaya, persekitaran dan keperluan, namun masih mengekalkan prinsip-prinsip asas berpakaian menurut Islam. Pelbagai bentuk seluar, abaya, tudung, malah pelbagai bentuk niqab, kesemuanya membentuk satu kesediaan pada diri saya untuk lebih dinamik dalam mendefinisikan apa itu fesyen dan seluas manakah ruang yang disediakan oleh Islam untuk ia berkembang.
Ketika itu, segala-galanya masih asing daripada masyarakat kita.
Baju kurung, masih kekal dengan potongan baju kurung yang biasa.
Tudung juga tidak banyak jenis.
Malah berpurdah masih asing dan pantas dikaitkan dengan Jemaah al-Arqam.
Saya juga boleh rancak bercerita tentang pengalaman saya di negara Arab kerana jarang-jarang sekali muka Arab ditemui di jalanan ibu kota negara. Malah Malaysia hampir-hampir tidak termasuk di dalam destinasi pelancongan warga negara Arab yang ketika itu masih berkiblatkan Eropah untuk percutian mereka.
LANDSKAP SEMASA
Hari ini, komunikasi, teknologi maklumat dan mobilisasi manusia mengalami perubahan yang besar. Globalisasi menghimpunkan manusia yang pelbagai di sebuah perkampungan antarabangsa. Masyarakat kita semakin terdedah dengan pelbagai bentuk budaya dan ekspresi diri termasuklah fesyen. Pelbagai idea datang untuk mengembangkan cara berpakaian kita, khususnya untuk wanita Muslimah.
Industri fesyen semasa berkembang maju. Ia sesuatu yang boleh dihargai pada sudut-sudut positifnya.
Baguslah begitu.
Dahulu kala, wanita yang berhijrah itu mendefinisikan HIJRAH bukan sekadar pada memakai tudung, tetapi terus kepada mengubah keseluruhan penampilan diri dan gaya hidup. Imej perubahan diri Hajjah Wan Chik Daud, Siti Fairuz, Rahimah Rahim juga Noorkumalasari, memperlihatkan hijrah itu benar-benar suatu hijrah.
Namun kini, dengan perkembangan fesyen yang begitu dinamik, HIJRAH boleh berlaku dalam format yang lebih mudah. Ia tidak menjadi satu revolusi ke atas diri, namun sekadar mengenakan tudung atau meletakkan sesuatu di atas kepala yang dianggap sebagai simbol perubahan diri. Semakin lama, ia semakin berkembang. Malah perkembangan fesyen alternatif ini sudah sampai kepada berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Antaranya adalah Fashion Show Busana Muslim 2010 di MIDF HALL, di ibu kota Kuala Lumpur tidak lama dulu.
Versi DUBAI!
PENTAKRIFAN
“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33]
Sejauh manakah pakaian itu boleh diterima sebagai Busana Muslimah?
Bagaimana dengan batas-batas Aurat?
Bagaimana dengan sifat bersederhana dan MALU yang menjadi tunjang ekspresi diri pada berpakaian itu?
Perkembangan semasa, memperlihatkan, apa yang dilabelkan sebagai Busana Muslimah itu, bukan lagi sekadar Tabarruj Jahiliah malah sudah menjadi al-Kaasiaat al-‘Aariyaat seperti yang diungkapkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud SEPARUH TELANJANG, atau BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “[Hadith riwayat Muslim]
Fesyen yang membiarkan leher keluar, telinga keluar, dada terdedah, jenis kain lembut yang rapat membalut tubuh dengan bentuk yang menonjol, semua itu diterima sebagai sebahagian daripada kriteria BUSANA MUSLIMAH. Malah tahun 2010 menyaksikan berleluasanya pemakaian tudung dengan bonggol yang sangat menonjol di bahagian atas kepala, sama ada oleh rambut sendiri yang panjang, atau dengan sanggul palsu yang dijual di kedai HIJAB?
Sekadar meletakkan sesuatu di atas kepala, atau melabuhkan top hingga ke bawah ala-ala jubah atau abaya, jadilah ia BUSANA MUSLIMAH!
Di manakah Islamnya?
Pakaian ini diberikan kepada artis-artis yang mungkin di hatinya memang mahu membuat perubahan diri. Saya tidak berada di posisi untuk menilai niat di hati sesama insan. Tetapi niat yang baik itu ditemukan dengan solusi yang sangat jauh daripada Islam. Apatah lagi, dengan status pemakainya sebagai ikon masyarakat (jika masih mahu mengikonkan artis), ia menjadi ikutan. Lalu berleluasalah segalanya.
Tidak sampai ke suku ketiga tahun 2010, penyelewengan cara berpakaian menurut Islam semakin menjadi-jadi.
Jika kalian yang tidak pernah bertudung, mula bertudung dengan fesyen sebegini, mungkin sukar untuk menghayati perubahannya. Namun bagi kalian yang dahulunya berpakaian secara sederhana tetapi mula memperagakan fesyen seperti ini, tanyalah secara jujur ke dalam hati, adakah kalian semakin malu di hadapan Allah atau semakin berani dan bijak mencipta justifikasi?
Islam menyediakan ruang yang secukupnya untuk seorang wanita Muslimah dan lelaki Muslim yang belum menutup aurat untuk segera mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapi menyambut kejayaan membuat perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yang sangat bercanggah dengan Islam ini, ia adalah suatu kesesiaan yang mengundang penyesalan.
BEBAS
“Inilah kata-kata orang agama. Semua salah” ulasan yang muncul.
“Semua itu hanya Male Chauvinism. Semua perbuatan orang perempuan mahu dikawalnya” tegas seorang yang lain.
Sesungguhnya kata-kata seperti itu sangat jauh dari kalam terbitan IMAN.
Islam memuliakan kaum lelaki dan perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat, Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yang tidak pernah berakhir itu. Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang menyeronokkan (lagi menguntungkan).
Jika demikianlah komen-komen yang timbul tatkala saranan ini datang, ketahuilah anda sememangnya bebas berpakaian sesuka hati anda dan kita tidak akan mengganggu kebebasan individu yang dibanggakan itu. Namun sebaik sahaja pakaian jelek itu kalian nisbahkan kepada Islam, kami bangkit menentangnya.
Kami cemburu dengan agama kami.
BUSANA MUSLIMAH yang tidak mematuhi Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzaab 33: 36]
FULL STOP!
Thursday, 26 August 2010
Makan nasi vs makan roti
Sudah lebih kurang hampir sebulan aku tidak memakan nasi, melainkan jika ada keramaian, di tempat orang, atau sekali-sekala hendak memakannya.
Semalam, ada undangan berbuka puasa di SQ. Seperti biasa, seperti mana di rumah-rumah pelajar melayu yang lain, hidangan dengan nasi adalah menjadi kewajipan. Azan berkumandang, kami pon berbuka dengan kurma tanpa biji berjenama Coles.
Kemudian kami menyambung hidangan berbuka dengan murtabak yang disediakan khas oleh teman serumahku; Naim beserta Onion Ring, iaitu kentang kurus-kurus disalut tepung dan popia segera oleh Tuan-tuan rumah. Kemudian kami bersolat Maghrib berjemaah.
Selesai solat, tiba masa untuk hidangan utama. Kari ayam dan sayur lemak. Nasi diagih-agihkan kepada setiap mereka yang sudah mengambil tempat di sekeliling hidangan. Aku hanya mengambil sesenduk nasi, kerana berasa sudah agak kenyang dengan hidangan berbuka tadi. Selesai menjamu selera, kami serumah bertolak ke Masjid Khalil untuk menunaikan solat Isyak dan Tarawikh disana.
Kepala dah mula rasa berat, mata dah menangis-nangis pohon untuk ditutup langsirnya. Sepanjang bersolat Tarawikh, rasa sungguh mengantuk sekali. Sekali-sekala tersengguk, hampir-hampir terjatuh kehadapan. "Ni xboleh jadi ni",ujarku dalam hati. Habis 8 rakaat Tarawikh, aku bangun dari tempat solat dan keluar dari saf, menuju ke begku yang tersergam indah di tepi sebatang tiang yang menyokong masjid tempat umat Islam bersolat ini. Aku membaca Al-Quran,"ah, lega sikit kepala ni", kata-kata hatiku, lega.
Hari ini, aku berbuka dengan beberapa keping roti beserta lauk ayam yang dimasak oleh teman serumah sebagai juadah untuk berbuka. Kenyang pon kenyang, kepala pon xrasa berat, jauh sekali dari mengantuk. Alhamdulillah, sepanjang solat tadi tidak sekali pon aku menguap, menandakan betapa segarnya mindaku, atau sekurang-kurangnya lebih segar berbanding semalam.
Maka aku pon keluar dengan satu kesimpulan, makan nasi walaupun sedikit memberi kesan mengantuk kepadaku, apatah lagi memakannya dalam kuantiti yang banyak. Adakah benar perkara ini?
Allahualam
Pelajaryangbelajar
Tuesday, 24 August 2010
Peristiwa Selasa malam Rabu
Hari ini ada perkara yang mengingatkan saya pada zaman persekolahan ketika di MRSM Kuantan pada tahun 2005 yang lepas.
Pada hari tersebut, pada kesejukan malam, seperti biasa 'junior' diwajibkan untuk solat berjemaah di mosalla. Ketika itu solat Maghrib. Seperti solat-solat yang lain, kami memenuhkan saf-saf solat dan memenuhi ruangan-ruangan dihadapan. Memendekkan ceritanya, tiba di rakaat kedua. Selepas sujud selepas duduk antara dua sujud, imam terus berdiri untuk memasuki rakaat kedua, terlupa untuk melakukan tahiyat awal.
Ketika itu, dapat saya perhatikan suasana menjadi sedikit pelik, makmum pon hanya mengikuti sahaja. Beberapa ketika, imam kembali turun untuk ke keadaan tahiyat awal. Hampir keseluruhan makmum (termasuk saya) yang ketika itu seakan-akan 'blur' pon hanya menuruti sahaja perbuatan imam itu. Ketika solat dalam keadaan 'blur' itu, aku melihat sebahagian makmum yang seperti solat bersendiri.
Selesai solat, seorang daripada makmum bangun (kalau tak salah ketua Biro Agama, Syazwan,f5) dan membuat pengumuman. Beliau mengatakan bahawa solat kami (yang mengikut imam) adalah tidak sah dan kami perlu solat balik. Saya yang ketika itu, berasa sungguhnya cetek ilmu (sekarang pon sama) hanya menjadi pak turut, tanpa pemahaman yang benar tentang situasi itu.
Keesokan harinya, dengan perasaan penuh ingin tahu aka curious bergegas mencari ustaz yang mengajar kelas saya, Ustaz Hariz. Selesai menceritakan perkara yang berlaku pada malam hari kelmarin, Ustaz pon menjelaskan tentang perkara tersebut. Di antara huraian beliau adalah (tak ingat sangat ayat, lebih kurang seperti berikut):
1)Kita tak boleh patah balik dari satu rukun ke rukun yang sebelumnya.(seperti situasi diatas). Dimana jika berlaku perkara tersebut, maka terbatallah solat itu.
Tetapi jika imam itu terus sahaja menyambung solat seperti biasa dan menambah dengan sujud sahwi dihujung solat, maka sahlah solat tersebut,
2)Disebabkan imam itu telah patah balik, dari berdiri kembali ke tahiyat awal, jadi sebagai makmum kite kenalah niat putus dari imam (tak ingat istilah dalam bahasa arab), dan menyambung solat secara bersendirian.
Ketika itu, barulah saya faham mengapa sebahagian makmum kelihatan bersolat secara bersendirian.
Sesungguhnya benarlah pepatah yang selalu didengar ini:
"Ilmu tanpa amal memang adalah sia-sia. Akan tetapi yang jauh lebih bahaya adalah beramal tanpa ilmu."
Kembali kepada perkara yang berlaku pada malam tadi, ada dua perkara yang mencuit hatiku. Ketika solat tarawikh sebentar tadi, pada rakaat yang ke 5, imam telah duduk tahiyat akhir dan memberikan salam, disini sebagai makmum, tiada seorang pon yang menegur imam. Saya yang duduk di saf belakang sekali tidak dapat melihat perbuatan imam itu, jadi tidak sempat menegur imam, beliau telah pun memberi salam. Tetapi bukan perkara itu yang ingin diperkatakan disini, tetapi tentang segolongan makmum. Ketika imam di posisi tahiyat, ada sebahagian makmum yang dah terlajak (termasuk saya) ke posisi berdiri. Tetapi, ada sebahagian dari mereka ini yang telah melakukan seperti apa yang berlaku pada 5 tahun yang lepas pada saya, iaitu patah balik rukun (tak tau apa istilahnya), iaitu mereka kembali ke posisi duduk tahiyat akhir.
Perkara kedua, solat witir. Ketika imam mengumumkan bahawa kita akan bersolat witir, 3 rakaat, 2 salam, suasana menjadi sedikit kelam-kabut. Sebahagian orang tertanya-tanya macam mana nak solat witir macam tu? Sedangkan sebenarnya bak kata ustaz saya, tu la solat witir yang selalu kita buat, Two plus 1 (2+1). Mungkin niat imam berkata itu baik, kerana terdapat sebahagian imam yang lebih gemar menunaikan solat witir dengan satu salam, jadi beliau berkata begitu untuk memberitahu makmum tentangnya. Tapi sebahagian orang telah 'confuse' dengan perkara tersebut.
Sekian perkongsian cerita/ilmu yang sedikit ini. Kalau salah minta betulkan.
Wassalam,
Pelajaryangbelajar
Sunday, 15 August 2010
Peristiwa hari Sabtu di Day Avenue
hari ini hari Sabtu
Hari ini hari minggu
biasanya hari minggu ni, orang akan mengambil kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga/sahabat/saudara dll.
Ya, saya juga melakukan benda yang sama.
Pagi tadi, lepas balik dari solat subuh di Wandana Msoque, berpakatlah dengan kawan sorang ni untuk bermain ping pong, senam pagi la katakan. mana taknya, sejak bulan puasa ni, xsempat lagi untuk beriadah.
"OK, kol 7.30 kita main", janjinya pada saya.
Jam di tangan menunjukkan pukul lebih kurang 6.30 am.
Hurm, lmbt lg ni nak kol 7.30. Jadi masa terluang itu saya spend dengan amalam lazim harian: membaca Al-Quran dan matsurat. Dalam dekat pukul 7.10, mata dah mula mau tutup. Alamak, ni xleh jadi ni. Baca pon dah start sangkut2. Ok, daripada terus membaca, takut akan lebih banyak kesalahan tajwid dan sebagainya, pergi lak baca catalogs yang ada kat lantai, dekat je dengan tempat duduk. Waktu ni dah mula meniarap dah, belek la sehelai-sehelai sampailah sedar2 je, dah gelap. (tertido)
"Wah!"terbangun dari lamunan. menyelak lengan baju untuk melihat jam di tangan, "pukul 9". Nice~. Mesti marah member sorang nih. Bergegas bangun dan mencapai hp diatas meja. 4 miscall. sah2 la beliau yang menelepon. Hp pulak dalam silent mode, memang knpem2 xdengar.
Pasti dalam keadaan tidak keruan, msg la kawan sorg nih. "Jom main pingpong", risau jugak kat hati ni takut beliau emo ke apa ke. Nasib menyebelahi diri, "Jom"-balasan msg dr beliau. Nescaya orang2 Bangi ni baik2 dan penyabar sifatnya.
Maka seperti yang dijanjikan, kami pon bermain beberapa set pagi itu.
Ok, selesai. Pulang kerumah. Petang ni ramai nak datang umah. Kena kemas rumah ni.
Susun kerusi/sofa, meja komputer yang berselerakan, dan apa2 yang patut bersama ahli rumah yang lain.
Settle. Sekarang tunggu Sep selesai tugas die pulak, tukang masak sejati. Bersama crew-crew dan konco-konco beliau, kerahan tenaga dilakukan untuk menyiapkan masakan untuk anggaran 100 orang makan. 50-50 between rumah Day-SQ.
Mak aih, ramai ni, muat ke?Nak solat lagi,..Xpe2,iA muat.
Rumah pon banyak ruang, jadi xde masalah.
masa yang dijanjikan hampir tiba, dan tetamu2 yang dijemput sudah mula berpusu-pusu membanjiri lorong2 dan ruangan2 di dalam rumah kami yang sebelum ini kelihatan lapang.
Kurma2 dan makanan2 ringan seperti kuih muih diletakkan di tengah2 ruang tamu1. Bagai lalat-lalat yang mengerumuni ...ops, silap, bagaikan lebah2 yang mengumpul madu, tetamu2 ini duduk bersila mengelilingi makanan. Kesian mereka yang kurang punya kuasa atau fizikalnya kecil, mereka hanya mampu duduk di luaran bulatan, mengharapkan mereka yang berada ditengah bulatan yg hampir dengan makanan untuk menghulurkan makanan.
Saya tersenyum melihat gelagat mereka. Bagai orang yang xmakan berbulan2, kalau boleh nak ada 10 tangan, supaya semua makanan yang wujud disitu mampu di ramas dan digenggam.
Walhal mereka tahu bahawa selepas ini mereka akan disajikan lagi dengan nasi2 dan lauk pauk yang lebih indah dan besar komposisinya.
Tapi takpe la, dah fitrah manusia. Makan la labu, beruntung mereka2 yang membawa potluck2/menyediakan makanan. Dapat pahala dengan dari setiap makanan2 mereka yang dimakan orang. Free je, tanpa mengurangkan walau sedikit dari pahala orang yang makan.
Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
Ok, then kami solat maghrib berjemaah secara beramai2 dan selesai, saat yang ditunggu2 telah tiba. Some may say, main event. MAKAN!
Pening juga kami, pihak tuan rumah, macam mana nak agihkan makanan kat orang yang seramai 50 orang ni. Kalau nak sendukkan satu2 pinggan pastu pas2, mau makan masa ni. Pastu, senang2, kami angkut semua makan, then letak kat tengah2 crowd. senang. Pandai2 lah kamu semua ambil makanan sendiri. Ada yang ambil kalau boleh nak bagi xnmpk dah pinggan tu, maybe lupa kot lepas dia ada lagi 49 orang lagi nak ambil. Pastu bagi yang prihatin sedikit tu, mereka pon ambil la beragak2 jugak. Alhamdulillah.
Tapi xpe, rasa2 semua kot dapat makan nasi. Siap ada yang dapat tambah2 lagi tu. Terima kasih la kepada pihak2 tertentu yang membantu dalam menyumbangkan makanan untuk dikongsi bersama. Sedap2 semuanya. Lebih sedap bila dikongsi bersama yang lain.
Selesai makan, or boleh kata hampir semua dah makan. ada dalam 20-30 minit lagi sebelum Isyak. Tanya Boss,"Bila tazkirah ni?". "Tazkirah lepas rakaat 4 tarawikh"..ooo gitu ye.
Tapi mungkin disitu sedikit silapnya, sedar2 je, bila masuk waktu Isyak je, saf2 solat yang ketika solat maghrib tadi dalam 10 baris, sekarang tinggal 5 je. Aik? pelik jugak. Tapi nak buat macam mana, mereka ada benda/kerja yang kena buat. Ada yang ada meeting, ada yang kenyang jadi mau tido kat rumah kot, ada yang nak beribadah di rumah masing2 kot, Wallahualam. Xkisah la, yang penting korang datangkan?
Kenyang perut senang hati
"Alhamdulillah selesai pon program hari ni." bicaraku dalam hati.
Pastu ttiba je datang beberapa wajah2 baru yang sebelum ni tidak kelihatan ketika solat maghrib/makan tadi. hurm. dahi dah berkerut dah, ni awat ada pertambahan tetamu pulak nih?
Rupa2nya majlis perpisahan Saudara Topek disini rupanya. Check2 email, oo betullah. My bad.
Then datang lah second wave of people, ni pon lebih kurang 50 jugak, dan kebanyakkannya dari SQ dan sedikit dari mereka2 yang asalnya memang berada di Day.
Perginya seorang sahabat bukan bermakna terhentinya sebuah perjuangan
IA, benih yang baik, walau dicampak ke dalam laut pon akan menjadi pulau.
To make it short, selesai la event. Around 12.05 am. Mata pon dah berat dah ni. Tapi kalau tak tulis sekarang nanti otak jammed, jadi tulis jugak la.
Pengalaman melayan tetamu yang ramai dalam satu2 masa, agak menarik tetapi sedikit kelam kabut.
Terima kasih kepada semua yang hadir untuk memeriahkan lagi suasana.
Wassalam
Friday, 13 August 2010
Puasa. Kenapa?
Hari ini dah hari ke tiga Ramadhan di Adelaide untuk tahun 2010/1431H. Macam-macam dah berlaku, walaupun baru 3 hari di dalam bulan yang penuh dengan ganjaran ini.
Saya berasa terpanggil untuk sedikit sebanyak berkongsi di blog saya ini.
Mungkin dah ramai yang sudah pun mengetahui apa yang bakal saya tulis, tapi xkira, rasa nak tulis juga. Sebenarnya nak tulis sebelum masuk bulan Ramadhan lagi, tapi ada banyak halangan.
Kenapa kita berpuasa?
Ada banyak sebab manusia di dunia ini puasa. Dan ramai juga manusia dari pelbagai agama yang berpuasa.
Sebagai contoh, mereka yang beragama Hindu: mereka juga ada waktunya berpuasa, tetapi mereka dibenarkan untuk meminum susu.
Christian: Mereka juga berpuasa, malah lebih hebat lagi, ada dari mereka yang berpuasa selama sehari, termasuk malamnya sekali.
dan lain-lain lagi agama di dunia ini.
(Mungkin ada sedikit fakta-fakta yang lari, tetapi apa yang saya nak tekankan bahawa bukan orang Islam sahaja yang berpuasa)
Jadi apa yang membezakan puasa kita; sebagai orang Islam dan mereka; sebagai bukan Islam?
Sahur. Puasa orang bukan Islam tidak mempunyai 'sahur' di dalamnya.
Kembali kepada soalan saya yang pertama diatas, kenapa kita berpuasa?
Saya pernah bertanyakan sahabat-sahabat/saudara/orang terdekat saya sepanjang hidup ini tentang soalan ini dan pelbagai jawapan yang saya dapat.
Ada yang berkata: "Entah, sebab orang lain puasa, jadi aku pon puasa la, xgitu?"
Kalau masa di sekolah dulu:"Masa ni la nak berjimat, kumpul duit sebulan then boleh beli benda yang kita nak nanti"
Tidak kurangnya juga yang berkata:"Bulan puasa ni la masa untuk menguruskan badan, sebab lepas tu nak masuk raya, jadi lebih kurang macam menyediakan badan untuk raya la kot"
Yang maju-maju sedikit:"Kalau ikut kajian saintifik, perut kita perlukan rehat, jadi bulan puasa ni la masanya untuk beliau berehat"
Dan macam-macam lagi jawapan, ada yang sangat merepek, dan ada yang masih boleh diterima akal. Ada juga yang tidak tahu sebab apa mereka berpuasa, hanya mengikut orang di sekeliling.
Mungkin ada benar, mungkin ada betulnya apa yang mereka kata ini, tapi itu bukan sebab utama kita berpuasa. Itu bukan jawapan yang saya cari selama ini. Akhirnya suatu ketika itu, saya menyelak-nyelak helaian tafsir dan tiba di suatu mukasurat.
YES! ini lah dia jawapannya.
Jawapannya senang saja. Kerana itu perintah Allah. Masih xpercaya lagi?
Ni buktinya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
[Surah Al-Baqarah,Surah 2 ayat 183]
So, dah tau ini, tak perlu la fikir panjang-panjang lagi. "Buat apa aku puasa?","Letih la puasa ni", "Tak puasa boleh tak?" dan lain-lain.
Habis cerita. End of story.
Wassalam