Mari ikut blog ini

Friday, 13 August 2010

Puasa. Kenapa?

Salam,

Hari ini dah hari ke tiga Ramadhan di Adelaide untuk tahun 2010/1431H. Macam-macam dah berlaku, walaupun baru 3 hari di dalam bulan yang penuh dengan ganjaran ini.

Saya berasa terpanggil untuk sedikit sebanyak berkongsi di blog saya ini.

Mungkin dah ramai yang sudah pun mengetahui apa yang bakal saya tulis, tapi xkira, rasa nak tulis juga. Sebenarnya nak tulis sebelum masuk bulan Ramadhan lagi, tapi ada banyak halangan.

Kenapa kita berpuasa?

Ada banyak sebab manusia di dunia ini puasa. Dan ramai juga manusia dari pelbagai agama yang berpuasa.

Sebagai contoh, mereka yang beragama Hindu: mereka juga ada waktunya berpuasa, tetapi mereka dibenarkan untuk meminum susu.

Christian: Mereka juga berpuasa, malah lebih hebat lagi, ada dari mereka yang berpuasa selama sehari, termasuk malamnya sekali.

dan lain-lain lagi agama di dunia ini.

(Mungkin ada sedikit fakta-fakta yang lari, tetapi apa yang saya nak tekankan bahawa bukan orang Islam sahaja yang berpuasa)

Jadi apa yang membezakan puasa kita; sebagai orang Islam dan mereka; sebagai bukan Islam?

Sahur. Puasa orang bukan Islam tidak mempunyai 'sahur' di dalamnya.

Kembali kepada soalan saya yang pertama diatas, kenapa kita berpuasa?

Saya pernah bertanyakan sahabat-sahabat/saudara/orang terdekat saya sepanjang hidup ini tentang soalan ini dan pelbagai jawapan yang saya dapat.

Ada yang berkata: "Entah, sebab orang lain puasa, jadi aku pon puasa la, xgitu?"

Kalau masa di sekolah dulu:"Masa ni la nak berjimat, kumpul duit sebulan then boleh beli benda yang kita nak nanti"

Tidak kurangnya juga yang berkata:"Bulan puasa ni la masa untuk menguruskan badan, sebab lepas tu nak masuk raya, jadi lebih kurang macam menyediakan badan untuk raya la kot"

Yang maju-maju sedikit:"Kalau ikut kajian saintifik, perut kita perlukan rehat, jadi bulan puasa ni la masanya untuk beliau berehat"

Dan macam-macam lagi jawapan, ada yang sangat merepek, dan ada yang masih boleh diterima akal. Ada juga yang tidak tahu sebab apa mereka berpuasa, hanya mengikut orang di sekeliling.

Mungkin ada benar, mungkin ada betulnya apa yang mereka kata ini, tapi itu bukan sebab utama kita berpuasa. Itu bukan jawapan yang saya cari selama ini. Akhirnya suatu ketika itu, saya menyelak-nyelak helaian tafsir dan tiba di suatu mukasurat.

YES! ini lah dia jawapannya.

Jawapannya senang saja. Kerana itu perintah Allah. Masih xpercaya lagi?

Ni buktinya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
[Surah Al-Baqarah,Surah 2 ayat 183]

So, dah tau ini, tak perlu la fikir panjang-panjang lagi. "Buat apa aku puasa?","Letih la puasa ni", "Tak puasa boleh tak?" dan lain-lain.

Habis cerita. End of story.

Wassalam

1 comment: