Mari ikut blog ini

Wednesday, 27 October 2010

Hidup ini umpama menunggang basikal

Hidup ini boleh diibaratkan seperti menunggang basikal.Apa pula hubungkait antara basikal dan hidup ni?

Setiap kali aku menunggang basikal ke University of Adelaide pasti perkara ini akan bermain di benak fikiranku. So kenapa aku cakap hidup ini adalah seperti menunggang basikal?




Untuk bergerak ke depan, kita kena mengayuh basikal itu. Begitu juga dengan hidup ini. Bila kita hendak bergerak kedepan, untuk mencapai sesuatu, kita mestilah mengambil inisiatif untuk mencapai objektif kita itu. Kalau kita tidak mengayuh, masakan basikal itu akan bergerak. Jadi kalau kita mengambil keputusan untuk tidak 'mengayuh' dalam hidup ini, nescaya tidak akan kemana perginya kita. Itulah hidup. Kita juga tidak akan mampu untuk bergerak kebelakang walau bagaimana kuat pun kita cuba mengayuh basikal kita. Begitulah hidup ini, tidak kira sekuat mana kita mahukan untuk kembali ke zaman silam, cuba untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan kita yang lalu, mustahil akan mampu untuk kita capai akan perkara itu. Imam Ghazali pernah berkata bahawa perkara yang paling jauh dari seseorang manusia itu adalah masa yang telah lalu. Tidak kira sekuat mana kita mahu kembali ke masa yang lalu, semakin sia-sia usaha kita itu. Apa yang penting adalah berhenti hidup kerana masa silam dan mula hidup untuk hari ini dan yang bakal mendatang ( stop living in the past and start thinking of the present and the future). Aku suka untuk menyebut satu slogan yang seringkali aku dengari dahulu di televisyen di bumi kangaroo ini, iaitu "Don't just plan for today, plan for tomorrow" (Jangan hanya merancang untuk hari ini, rancanglah untuk hari yang akan datang).

Hidup ini ada turun dan naiknya. Ada masanya segalanya berjalan lancar untuk kita. Segala urusan dipermudahkan. Nak buat sesuatu itu tidak banyak halangan. Dan ada juga pada masa-masa tertentu, hidup ini penuh dengan dugaan dan cabaran. Serba-serbi tak kena. Gagal dalam peperiksaan, tak sempat siapkan assignment sebelum deadline, kereta rosak tengah jalan dan macam-macam lagi. Menunggang basikal juga begitu. Jika menuruni bukit, sudah tentu kita tidak perlu bersusah payah untuk mengayuh sebagaimana kita mengayuh di permukaan yang landai. Hanya kayuh sedikit, dan basikal akan pergi 'all the way' sampai ke kaki bukit. In contrary, ada masa-masa tertentu kita perlu menaiki bukit untuk tiba di destinasi kita. Payah, memang payah. Siapa kata menunggang basikal menaiki bukit itu mudah. Dan kebiasaan orang akan menukar 'gear' ke yang lebih ringan untuk mempermudahkan usaha itu. Jika diadaptasikan ke hidup ini, itu sepertilah mendapatkan pertolongan dari kawan-kawan kita.Kita pergi bertanyakan mereka yang lebih tahu untuk menyelesaikan masalah matematik yang rumit bagi kita sama seperti kita menukar 'gear' itu. Bukannya kita mengambil jalan mudah, tetapi lebih kepada memaksimakan apa yang ada disekeliling kita.

Untuk mencapai sasaran yang lebih tinggi dan lebih besar umpama menaiki bukit yang teramat curamnya. Letih, susah, rasa nak berputus asa, rasa jauhnya dari matlamat itu. Siapa kata untuk mencapai sesuatu itu mudah? Siapa kata untuk berjaya itu tidak meletihkan? Kalau sesuatu itu mudah maka tidak usahlah kita bersusah payah mengulangkaji pelajaran semata-mata untuk score 10 A1 ketika SPM dahulu? Buat apa kita menghabiskan berjam-jam di depan cermin didalam tandas semata-mata untuk menyiapkan diri kita sebelum presentation pada hari esok? Lebih baik kita duduk di rumah goyang kaki. Bukankah itu lebih mudah? Kadang-kala ketika mengayuh basikal menaiki bukit yang curam itu, kita terasa sangat tidak larat (cannot go). Jadi apa salahnya kita berhenti sebentar di pinggir jalan untuk mendapatkan semula nafas kita. Siapa kata kita perlu Berterusan mengayuh dan terus mengayuh, memaksa diri kita sehingga pada akhirnya kita sendiri yang menerima padahnya dan jatuh sakit?Setiap manusia ada limitasinya dan mengetahui kemampuan diri itu adalah penting. Tapi ini bukan bermakna kita boleh berhenti buat selama-lamanya. Jikalau begitu sampai bila akan kita tiba ke puncak bukit? Lebih teruk lagi jika kita perlu tiba di puncak bukit dalam tempoh masa yang ditetapkan. Adakah kita akan mampu tiba di bukit sekiranya kita berhenti berehat terlampau lama, lebih dari apa yang kita perlukan? Disinilah pentingnya perngurusan masa yang baik (good time management).

Pada kebiasaannya permukaan yang selalu kita lalui hanyalah landai, seperti jalan-jalan sebelumnya. Tidak banyak perbezaan. Cuma sekali-sekala terdapat lubang di jalan, lopak air di tepi. Begitulah aktiviti seharian kita, hanya sekadar mengikut 'flow'. Tapi apa jadi apabila Allah datangkan angin? Jika anda seorang penunggang basikal sudah pasti anda tahu betapa meletihkan mengayuh basikal didalam suasana yang berangin, tambahan pula di negara ini (Australia) anginnya bukan seperti yang bertiup di Malaysia; sepoi-sepoi bahasa dan menyamankan. Di sini, di negara orang di mana serba-serbi asing, anginnya bagai nak rak. seperti mahu menerbangkan sesiapa sahaja yang bersentuhan dengannya. Di tambah pula apabila perjalanan kita dibantutkan oleh lampu merah. Sudah pasti kita perlu berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan yang lain disamping mengelakkan dari bahaya yang boleh menimpa kita sekiranya kita tidak berhenti. Hidup ini tidak pernah lekang dari ujian dan halangan. Ada sahaja yang mahu memperlahankan kita. Sekiranya kita tidak berusaha lebih kuat dan memberikan lebih dari apa yang kita usahakan, sudah pasti lama kelamaan kita akan terhenti, kalah dengan ujian itu, terkapai-kapai mengharapkan ada yang datang dan tolong menolak kita dari belakang. Tidak!Hidup ini tidak semudah itu. Dari mana akan datangnya secara tiba-tiba orang untuk tolong menolak kita dari belakang. Ya, mungkin sekali-sekala jika kita meminta pertolongan dari mereka, akan ada yang datang membantu. Tapi adakah kita ingat mereka tiada urusan lain yang perlu mereka selesaikan? mereka juga ada 'angin' dan 'lampu merah' mereka sendiri. Berhentilah dari sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain dan pupuklah sifat untuk menjadi lebih berdikari (more independent).

Hidup ini tidak sentiasa jelas dan nampak sifatnya. Begitulah seperti menunggang basikal pada waktu malam. Tanpa bantuan 'front light' dan 'rear light', mungkin kita tidak menyedari apa yang ada dihadapan kita dan mungkin orang dibelakang kita tidak dapat melihat kita. Jangan ambil jalan mudah dan buat persiapan yang secukupnya untuk sesuatu perkara itu. Bukankah pepatah melayu ada mengatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan?Bukan main redah sahaja dan akhirnya kita sendiri yang basah kuyup. Begitu juga ketika hendak masuk simpang. Jika kita tidak memberi isyarat tangan, kekiri atau kekanan masakan orang akan tahu arah tuju kita? Hidup tidak sentiasa lurus, ada masanya kita perlu membelok untuk ke destinasi.

Kita berikan yang terbaik, dan kita yakin bahawa kita akan selamat tapi ketentuan Allah siapa yang tahu? Mungkin kita telah membeli tayar dan tiub yang termahal dan terbaik kualitinya. Tapi, siapa tahu tiba-tiba jika sudah itu dicatatkan di Lauh Mahfus bahawa tiub itu akan bocor dikala kita dalam perjalanan ke rumah? Mungkin kita sudah membeli kunci rantai basikal yang dibuat daripada belian tapi sekembalinya kita dari kelas untuk kembali ke tempat kita 'park' basikal kita, tiba-tiba kita dapati basikal kita sudah tiada? Mungkin kita terlupa untuk mengunci basikal kita atau mungkin juga pencuri itu lebih hebat dan canggih alatannya.

Apa yang penting, kita buat yang terbaik. Buat sesuatu itu bukan sekadar buat, tapi buat yang terbaik supaya kelak kita tidak menyesal kerana tidak memberikan lebih tumpuan keatasnya. Supaya kelak kita mampu menjawab dihadapan Allah bahawa kita sudah melakukan yang terbaik.

Siapalah aku untuk berkata tetapi bukankah Allah telah berfirman bahawa semua manusia itu berada di dalam kerugian, melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebaikan? Jangan melihat pada siapa yang bercakap tapi lihatlah pada apa yang diperkatakan.

Wassalam

4 comments:

  1. Canggih?xde la.
    basikal buruk je. ;D

    ReplyDelete
  2. menarik!!
    teruskan berkayuh..all the best;)

    ReplyDelete
  3. terima kasih. saya akan terus mengayuh selagi mana diri ini mempunyai kudrat
    inshaAllah. doakan saya.

    ReplyDelete