Mari ikut blog ini

Sunday, 10 October 2010

Kenapa begitu?

Salam

"Xleh jadi ni, balik ni kena tulis jugak kat blog nih", bisik aku di dalam hati ketika melihat beberapa peristiwa dan ketemu beberapa orang melayu ketika berada di Pasar Tani aka Gepps X, Adelaide.

Semuanya bermula secara tidak dirancang oleh ku, namun ketentuan Allah siapa yang tahu?
Malam tadi ada usrah di Meredith (rumah Naqib aku). Kehadiran ahli usrah amatlah memberangsangkan. Tahniah La_Tahzanis. Arshad memberikan tazkirah pendek mengenai penciptaan manusia. Sound familiar? Yes, indeed it is. Antara tajuk awal yang aku pelajari ketika mula berjinak-jinak dengan alam usrah ini.

"Selama ni kita selalu berbicara mengenai benda-benda lain yang kita anggap besar seperti masalah ummah, politik di tanahair, kekacauan di Palestin, dll, jadi apa kata malam ni kita bercakap mengenai satu, satu perkara yang kecik sahaja bunyinya tapi adalah besar nilainya".Kata Arshad.




Dalam lebih kurang dalam 10 minit, selesai tazkirah pendek yang diberikan oleh Arshad. Aie menyimpulkan dengan sepatah dua kata dan memberikan mutabaah yg perlu dicapai untuk tempoh dari malam tadi sehingga pagi hari ini. At least, baca 10 muka Al-Quran dan hafaz surah An-Kabut, ayat 1-3. Pendek je surah ni. Tapi aku memang dari dulu, kalau bab-bab menghafal ni memang K.O sikit, sebab tu tak jadi doktor. Kalau tak knpem2 fail setiap sem.

Pagi tadi selepas qiyam dan subuh di Wandana, kami seusrah bertolak ke Croydon Park. Selalu je dengar nama 'Croydon' nih, tapi xpnh pulak pergi ke situ. MashaAllah, cantik tempatnya. Tiba disitu dalam pukul 7 pagi, fuhhh~~ bunyi angin sepoi2 bahasa. Sepoi2 la sgt, Aussie ni mana ade angin baik2. sume tahap F1 je hendaknya, berderap darah aku tiap kali bersentuhan dengan angin. "Mak aih sejuknya pagi ni".

Aie memberi tazkirah pendek mengenai alam, yang terdiri daripada haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Di mana mereka ini tidak pernah jemu, sentiasa berzikir kepada Allah SWT. Maha suci Allah yang telah menciptakan segala yang ada dilangit, dibumi dan diantaranya. Subhanallah.

Cuba fikirkan, haiwan2 dan tumbuhan ini, yang tidak diberikan akal, tidak dihitung amalan mereka samada syurga atau neraka diakhirat kelak, tidak pernah pon lalai dari berzikir kepada Allah. Tapi kita, sebagai pemimpin, khalifah yang dilantik oleh Allah dari kalangan berjuta-juta makhluk didunia ini untuk menguruskan bumi, sepatutnya kitalah yang lebih banyak beribadah kepada Allah. (Peringatan kepada aku, hambaNya yang sering kali terlupa, lalai dan leka dengan kehidupan didunia ini serta untuk kalian yang membaca).

Selepas itu, kami diberi tugasan untuk berjalan ke satu destinasi disitu, 'Water Tower' kalau xsilap. Dalam jarak lebih kurang dalam 10m antara kami, tanpa berkata, kami dikehendaki untuk berzikir sepanjang perjalanan itu.

Maka kami memulakan perjalanan, hampir ke destinasi yang ditetapkan, kami pon berkelah disitu. 2 ahli usrah telah ditangkap oleh bapak kami kerana bercakap sesama mereka sebelum tiba di destinasi. Maka, mereka dihukum untuk memberikan tazkirah pendek, minimum 3 minit seorang.

Kami bersarapan disitu sambil ditemani beberapa ekor burung camar, itik, dan beberapa jenis burung lain yang tidak aku ketahui namanya. Mungkin tertarik kepada bau makanan yang kami bawa.

 Ingat nak amik gambar both Water Tower n matahari, tp kamera enset je. Xde wide lense.
 Arshad di dalam gambar ni, ditelan cahaya matahari
Sedang menjamu selera, ramai sungguh mereka yang hadir


Habis sarapan, kami pon bergegas pulang. Aie pon menghantar aku dan Rahimin (housemate) pulang ke rumah. Setibanya di tepi rumah, Aie ajak g pasar. Dalam plan memang nak g pon, cuma igtkan nak pergi dengan orang lain. Pastu sekali Aie dah ajak, fikir2, boleh la. Xpnh lagi g pasar dgn Aie.

Dalam kepala, dah target beberapa benda untuk dibeli. Mereka adalah cik telur, abang pisang dan adik limau. Selalu mereka-mereka inilah yang aku beli bila pergi ke pasar. Pasar disini xsemeriah di Malaysia. "mari-mari beli adik manis, selonggok seposen, seikat dua posen". Xde riuh2 gitu. Plain je, kalau nak beli, beli. Xde penjual melawan bersorak. Rindu pulak pasar kat Bangi, Malaysia.

Pastu ada terjumpa dengan satu pakcik ni, dia bawak anak dia sekali. Pastu dia ada ajak ke untuk solatkan satu jenazah ni. Orang melayu. Meninggal dalam kapal terbang dua minggu yang lalu. Dengarnya tujuan arwah adalah untuk melawat adiknya di Alice Spring, tapi xkesampaian. Jenazahnya xde orang uruskan agaknya,sampai dua minggu dah. Esok baru ada orang akan mandikan.

Ketika itu sedang membeli cik telur, $6 sepapan/tray. Free size. Pastu jalan lagi untuk mendapatkan adik limau pulak. Pastu terserempak dengan satu pasangan 'bahagia' ni, nampak mereka dari jauh. Meriahnya, macam suami-isteri. Waktu tu nampak dari jauh je. Aku pandang Aie, Aie pandang aku. Angkat bahu, geleng kepala. entah la labu. Tiba di destinasi adik-adik limau berkumpul. Maka seperti biasa, aku memasukkan adik2 yang 'terpilih' ini kedalam plastik untuk dibeli. Sekali pasangan tadi pon melalui kawasan tersebut jugak. Aku berada di side yang bertentangan, si 'suami' menegur Aie, mungkin tidak nampak aku agaknya. Dan mereka pon bergegas lalu.

Ok then tujuan yang terakhir, abang pisang. Pisang banyak je, tapi mahal. kebanyakkan adalah dari jenis Lady Finger. Lawa bentuknya, tapi mahal harganya. boleh mencecah $4 sekilo. Mak datin. Jadi nak xnak cari jugak jenis yang biasa. Pusing 3-4 kali , berhenti dihadapan abang pisang biasa. Pastu peristiwa ketiga berlaku. Berjumpa dengan satu lagi 'pasangan bahagia'. Macam suami isteri. Siap si 'suami' pimpin tangan si 'isteri' lagi tuh. Hamboi, berani btol bang? Aku tengok je untuk beberapa ketika. Tapi mereka tidak menyedari bahawa mereka diperhatikan. Tiba2 si 'isteri' melepaskan genggaman dari si 'suami' yang terchenta.

Si suami macam tercengang sikit.

"awat yang?'

"Ada orang tgk kita bang."

"mana?", sambil menoleh kepala mencari-cari.

(Dialog adalah rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tidak)

Pastu dia ternampak aku/Aie, kelam kabut. muka cuak. terus jalan laju kedepan. Aku kenal sangat orangnya. Waktu mula2 aku menjejakkan kaki di bumi unta dan ayam ini, eh , kangaroo dan koala dan wallabies dan platipus dan whatever u r nih, dialah antara orang pertama yang aku kenal. Dialah antara orang yang menarik aku untuk berjinak-jinak dengan tarbiyah ini. Tapi sekarang apa dah jadi boss?



Aku kurang mengerti. Kenapa?Why?Nandaeska?

Nehi. Nehi.Nehi~

Aie berkata padaku," nak istiqamah itu sangatlah susah. Banyak sangatlah anasir2, tarikan2 yang mampu menggoyahkan kita. Lagi2 dalam keadaan bi'ah nya yang tidak sesuai, huha huha, huhu haha, lagi lah (tambahan sendiri)"

Even seorang ustaz yang sangat terkenal dengan ilmunyam kewarakkannya, sekiranya dibiarkan berseorangan dengan seorang wanita, ditambah lagi dengan bi'ah yang melagha-kan, xterdetik ke dalam hati dia sesuatu?

Lupakah kita apabila seorang lelaki dan seorang perempuan itu berdua-duaan, maka yang ketika adalah syaitan?

Tak ingatkah kita bahawa Allah Maha melihat? Ni bila ternampak orang melayu baru tau malu. Kalau orang2 asing lain yg tgk, xmalu pulak?

Dan janganlah kamu mendekati zina, itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk (Al Isra' ayat 32)

Ada ke Allah larang berkapel dalam Quran? rasanya xpernah lak aku dengar. Tapi, bukankah dengan melakukan yang sedemikian itu, kita akan mendekati zina? Dan apa yang Allah kata? "Janganlah kamu mendekati zina". Bukannya "janganlah kamu berkapel". Tapi, kapel tu leads tu Zina. Sekecil-kecil zina itu adalah zina hati. Kita maybe cakap, kami xbuat apa2. Malah saling nasihat menasihati, share2 hadis lagi tuh, tapi boleh ke saudara/i berkata dengan yakin bahawa tidak pernah pon terdetik dalam hati saudara/i mengenai si dia itu? 



Konpem xboleh. Aku tau, sebab aku pernah mengalaminya. Walaupun aku xpernah berkapel. Macam mana tu? Xpe tu cita lain kali. Xnak cakap kat sini. Simpan luu.

Apa benda yang mengikat kita dengan sesorang itu?dan ikatan itu (inshaAllah) berkekalan? 
Kalau menurut apa yang aku belajar dan aku percaya, jawapannya adalah apabila kita berukhwah kerana Allah. Senang. 

Letakkan Allah pada tempatnya. Letakkan tarbiyyah pada tempatnya. Problem solved. The End.

X gitu? Aku sendiri pon masih la terkapai-kapai untuk mendapat redha Allah, masih lagi jauh dari kesempurnaan, namun aku adalah seorang pelajar, yang belajar. Dan apa guna belajar jika tidak beramal?



Wallahualam

5 comments:

  1. Cayalah bandu. Kerana berjaya menahan diri dprd mengsepak org. Truskan usaha murni anda dan truskan injek insulin di perut dan di hati mu...

    ReplyDelete
  2. Tu la xsampai lagi ke tahap tuh.
    Selemah-lemah iman adalah dengan membencinya dengan hati.

    Oh lemahnya imanku.

    ReplyDelete
  3. kunci rumah boleh pakai tak? -budak hensem-

    ReplyDelete
  4. -budak xhensem-, out of topic. xnak layan. :D

    ReplyDelete
  5. berukhuwah dengan Allah, i like! ;)

    ReplyDelete