Salam,
sekarang ini seringkali kita dengar akan masalah2 yang timbul di merata-rata pelusuk dunia. Perangla, tsunami, gempa bumi, buang anak, gejala sosial, dan macam-macam lagi. Ok, maybe for some of us as long as benda2 ni berlaku di tempat lain, it is fine. Although it is not, tapi bukan itu yang ingin diperkatakan disini.
Apa yang menyedihkan aku baru-baru ini adalah mengenai mereka yang bertudung hanya apabila berada di tempat-tempat tertentu. Ok ni mainly akan cakap tentang wanita. Yes. wanita. Apabila aku sedang mengemas facebook aku, terlihat akan aku news feed yang aku memang kurang gemari. wanita yang tidak bertudung. Apatah lagi, mereka yang sudah bertudung namun apabila berada di tempat lain membuka tudung mereka dan tambahan lagi memakai pakaian yang menjolok mata. Oh,azabnya, parahnya.
Tidak mahu aku menyebut nama, kerana itu akan menimbulkan kemarahan sesetengah pihak dan mungkin mengaibkan sesetengah yang lain. Mungkin itu perkara yang baik tapi tidak ingin aku timbulkan disini. Perkara ini berlaku terhadap ramai orang, tidak kira dimana mereka berada. Sebagai contoh, si Z adalah seorang pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia memang adalah orang yang tidak memakai tudung dan gemar mengenakan pakaian yang kurang kainnya. Panas katanya.
Setibanya dia di Negara A, dia telah mengalami 'culture shock' kerana hampir kesemua orang melayu di Negara A bertudung. Jadi mungkin dengan kejutan budaya itu, dia memilih untuk bertudung dan menampal pakaiannya yang sebelum ini tidak mempunyai kain yang cukup. Disini pentingnya biah solehah. Suasana atau biah itu amatlah mempengaruhi seseorang itu, walaupun sifat tidak kekal dan boleh diatasi dengan dzatiyyah diri yang kuat aka tolakan dalaman. Sebagai contoh, Abu adalah seorang sangat warak. pada suatu hari, beliau diajak oleh kawannya untuk ke disco. Abu berfikir, mungkin aku boleh mendakwah beberapa orang supaya menginsafi perbuatan mereka ini.
Itu apa yang Abu fikir. Maka suatu malam itu Abu pon mengikuti kawannya ke Disco. Pada mulanya, memang Abu bersemangat untuk mendakwah pengunjung2 disco itu. Namun, setelah beberapa kali pergi kesitu, Abu mula rasa selesa dengan suasana disana. Abu yang pada asalnya memakai serban kini tiada lagi berserban, alasannya, susah untuk mendekati orang muda di disco. Hari silih berganti, sekarang kelihatan Abu pulak yang turut sama menari di situ. Abu sudah terpengaruh dengan biah jahiliyyah itu. Dzatiyyah dirinya yang pada asalnya meluap2 kini sudah pun redha, kalah dengan pengaruh suasana itu.
Begitulah contohnya, biah dan dzatiyyah. Bagi kes si Z ini. biah solehah yang berada di Negara A ini telah berjaya mengubah cara hidupnya. Apabila cuti hujung tahun tiba, si Z rasa ingin pulang ke Malaysia. Tanah tumpahnya darah Z. Maka beliau pon pulang. Kawan-kawan beliau yang berada di Malaysia yang sudah lama menunggu kepulangan Z pergi menemui Z. Mereka terkejut melihat Z, sudah tidak lagi seperti mereka. Mereka tak cukup kain, tapi Z terlebih kain. Ini menyebabkan mereka seakan-akan memulaukan Z. Z berasa kesunyian, Z pon membuat sesi muhasabah diri untuk mengenal pasti apa yang di salah buat, menyebabkan kawan2nya menjauhinya.
ting! dia sedar akan jawapannya. Pakaian mereka tidak lagi sama. Pada mulanya Z masih lagi mampu menghadapinya. Namun, setelah sekian lama berada di Malaysia dan tidak mengikuti program2 yang bersifat islami, maka dzatiyyah diri mula luntur. Seperti watercolour yang disiram air. Pudar. Dan akhirnya tewas.
Z mula membuka kembali jahitan2 yang menampal bajunya. Jeng3x, banyak lopak2 kelihatan. Tudungnya juga mula memendek dan akhirnya hilang, tanpa dapat dikesan. Kawan Z yang menyedari perubahan Z mula kembali mendekati Z. Z pon gembira, dan seronok dengan gaya hidupnya yang lama itu.
-Seronoknya pulang ke Malaysia- Kata Z.
So, disinilah pentingnya untuk kita sentiasa terus menerus membaiki diri kita. Mengikuti program2 yang boleh membantu menguatkan iman kita, dan meneruskan amalan2 kebaikan yang selalu kita lakukan, tidak kira dimana kita berada. Bukankah iman itu boleh turun dan naik?
Sesungguhnya hati itu lebih mudah berbolak balik dari makanan yang sedang mendidih diatas api.
Wallahualam.
Wassalam
No comments:
Post a Comment