Salam,
Entry kali ini, mungkin akan jadi agak merapu kerana mengambil kesempatan dicelah-celah pengulangkajian pelajaran dan pencarian tiket balik untuk cuti summer di Adelaide,Australia.
Mungkin ramai yang pelik, kalau nak balik kenapa xbeli tiket lagi?kan?
Aku pon pelik.
Sebenarnya macam ini, plan asalnya semenjak azali lagi...plan asalnya semenjak awal tahun ini adalah untuk tidak balik dan bekerja full-time di Ostrolia ini untuk mengumpulkan dana untuk membina rumah-rumah yang bertangga, tapi akibat dari hasutan dan desakan dari pelbagai pihak, termasuk dari pihak peminat-peminat yang berada di Malaysia, jadi plan aku tu telah diubah. Tapi pada waktu anasir-anasir luar ini berjaya mempengaruhi perancangan aku ini, time tu poket aku kering-kontang. Dalam bank ade beberapa sen je. Xmasuk lagi nak bayar loan dengan uni sebanyak $40 sebulan. Bayar tu, bayar ni, makan tu, makan ni, dan lain-lain.
Jadi pembelian tiket untuk pulang ke Malaysia terpaksa ditangguhkan sehinggalah elaun dari JPA untuk bulan 11-1 masuk. Then bila elaun dah masuk, jeng3x. Harga tiket pon dah melambung-lambung tingginya untuk tarikh yang aku mahu bali.
Oh tidak~~
Jadi sekarang ini aku sedang dilema, untuk memilih tarikh balik. Exam habis 18/11/2010, tapi lepas tu ada supplimentary exam yang berakhir pada 17/12/2010. Kalau beli tiket dalam bulan 11 selepas final exam, harga tiket masih lagi murah untuk harga tidak sale. dalam AUD600, one-way Adelaide-KL. Tapi aku xyakin untuk balik awal sebelum supp exam, jadi rasa macam nak tunggu.
The thing is, untuk tarikh selepas supp exam ini iaitu selepas 17/12, harga sume macam nak cekik orang sampai koma (bahasa baik). Total cost around AUD1000. Mak aih, ingat aku ni cop duit ke? kalau aku cop duit balik malaysia tiap2 minggu pon xpe. Tapi hakikatnya, tidak.
Then aku merayau lagi di website2 penerbangan yang ada, kalau balik around 10/1/2011 harga tiket telah jatuh dari lambungan dan kembali ke harga sebelum dilambung tinggi, dalam AUD600.hurm, main kasaq ni. Kalau balik bulan 1, xde can la aku nak buat praktikal (industrial internship) kat Malaysia. sebulan je beb, dah la aku dah plan banyak benda nak buat kat malaysia. Ni kalau balik bulan 1, memang xde can la, terpaksa cancel temujanji-temujanji dengan peminat. Aku xkesah, tapi takut mereka yang kecewa. (lol apakah?)
Then aku masih tidak berputus asa, dengan meng-click tarikh2 secara rawak di paparan-paparan elektronik, sekali terkeluar satu offer yang menarik. Oleh Emirates. return flight dari melbourne ke KL, pada 19/11 hanya berharga sebanyak around AUD800 [Click sini untuk melihat offer (pilih Melb sebagai departure city)]. ouch!. ni sungguh menggoda, seperti perut lapar diberi ayam masak merah + nasi minyak dan air soya (hampehnya taste aku). Xpon seperti orang mengantuk diberi tilam super lembut+ 10 bantal. Surely tempting.
Argh bertambah dilema. Tapi, perlu diingat, Allah Maha Mengetahui. Ada hikmah disebalik semua ini, mahukan petunjuk, minta padaNya, mahu bantuan?minta padaNya, mahu apa2?minta padaNya. semua benda minta padaNya. Ya Allah berilah aku petunjuk supaya aku dapat membuat keputusan yang terbaik untuk diriku dan orang lain.
Ameen~
hmm..19/11? sangat menarik tarikh itu.. :P -jihah-
ReplyDeletehehehe. memang menarik pon, elok2 satu hari selepas final exam. Tapi kalau pilih tarikh tu, risk tinggi. oh kenapa ada offer time tuh.
ReplyDeleteTesting testing
ReplyDelete@Anonymoustesting testing
ReplyDeleteMalaysia Airlines’ Global Sale takes value to new heights. Book before 30 November and you’ll enjoy sensational Early Bird specials to some of the world’s most amazing destinations.
ReplyDeleteHurry – these fantastic sale fares won’t last long, so get in quick.
ECONOMY CLASS
Ex Adelaide
For departures 07 Nov 10 – 08 Dec 10 & 16 Jan 11 – 15 Jun 11 (excl. London).
KUALA LUMPUR return from $816* JAKARTA return from $789*
TOKYO return from $1036* SEOUL return from $1046*
OSAKA return from $1055* LONDON return from $1776*
London departures 01 Apr 11 – 30 Jun 11
& 16 Aug 11 – 31 Oct 11.
Ex Brisbane
For departures 07 Nov 10 – 08 Dec 10 & 16 Jan 11 – 15 Jun 11 (excl. Delhi & London).
KUALA LUMPUR return from $820* PENANG return from $818*
KOTA KINABALU return from $822* JAKARTA return from $794*
DELHI return from $1072* LONDON return from $1798*
Delhi departures 07 Nov 10 – 17 Nov 10
& 16 Jan 11 – 15 Jun 11. London departures 01 Apr 11 – 30 Jun 11
& 16 Aug 11 – 31 Oct 11.
BUSINESS CLASS
Ex Adelaide
For departures 01 Apr 11 – 31 Oct 11.
KUALA LUMPUR return from $3932* TOKYO return from $4211*
SEOUL return from $4221* JAKARTA return from $4287*
OSAKA return from $4230* LONDON return from $7211*
Ex Brisbane
For departures 01 Apr 11 – 31 May 11.
KUALA LUMPUR return from $3672* PENANG return from $3719*
JAKARTA return from $3734* KOTA KINABALU return from $3743*
DELHI return from $4492* LONDON return from $6547*
ty anonymous.
ReplyDeletemacam dalam email. :D