Mari ikut blog ini

Tuesday, 1 February 2011

Bersangka buruk vs berhati-hati

Salam

Allah swt mengingatkan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Ramai orang keliru mengenai larangan bersangka buruk termasuklah aku.

Dulu, aku berpendapat, memang benar bersangka buruk itu tidak baik tetapi bagaimana pula kesnya apabila kita rasa tidak senang dengan perbuatan seseorang itu?



sebagai contoh seorang lelaki mengekori seorang wanita walau kemana sahaja beliau pergi?

Seorang yang tidak dikenali mengacukan sepucuk pistol kearah kita?

Melihat beberapa orang berkelakuan mencurigakan berkeliaran di halaman rumah kita?

Dan lain-lain.

Berbeza dengan kes-kes seperti kemudaratan itu telah jelas akan/telah/sedang berlaku.

Sebagai contoh: melihat seorang lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan di sebalik semak?

melihat jiran sebelah rumah kita di dalam rumah kita pada ketika tengah malam?

melihat kecurian berlaku di hadapan mata kita?

Agak sukar bagi sesorang itu untuk mengelakkan bersangka buruk/ curiga dengan tingkah laku seseorang yang lain sekiranya dia merasakan dirinya terancam atau kurang selesa.

Disini, memang perlu untuk kita bersangka baik tetapi pada masa yang sama perlulah kita meletakkan misalnya keselamatan kita sebagai perkara utama, dalam erti kata yang lain mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati menghadapi kemungkinan sesuatu yang buruk berlaku.

Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari & Muslim:

Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),


Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."


Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata


"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :


Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".


Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas :-

إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

Amatlah bertepatan akan perkara yang berlaku itu dengan banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Dalam sesetengah keadaan, kita memerlukan sangkaan buruk ini dalam konteks BERHATI-HATI (Hazar). Seorang perempuan bersangka buruk terhadap lelaki yang cuba menghampirinya atas sebab berhati-hati.

Juga benarlah  bahawa sangka buruk yang tidak dibenarkan biasanya hadir dari seorang yg hasad dengki, cemburu dan berniat menjatuhkan seorang individu atau kelompok.

Sekadar sedikit perkongsian. Sebarang kesalahan mohon di tegur dan diperbetul. Semoga mendapat manfaat.

Wallahualam

Wassalam

No comments:

Post a Comment