Mari ikut blog ini

Tuesday, 8 March 2011

Hi John! eh silap. Salam John.

Salam,

entry ini sepatutnya di lancarkan atau pon di-release semalam(hari Isnin) kerana ianya berlaku semalam namun akibat ketidaksempatan masa, aku pon mengambil keputusan untuk menulis mengenainya hari ini.

Jadi apa bendanya yang aku nak story nih?



Bendanya berlaku di Surau Union University of Adelaide pada waktu Zohor dalam 2.30-3 petang. Selesai kelas pada pukul 2 ptg di Freemason Lodge (i hate this place, both the name and place). Lokasi lecture hall ni adalah yang paling jauh berbanding kelas-kelas aku yang lain. Kena melintas jalan besar menuju ke lecture hall nih.

Selesai kelas, kebiasaannya aku akan bersama teman-teman sekelas untuk lunch bersama di mana-mana lokasi yang kami persetujui. Tapi semalam berbeza, kerana aku berjalan bersendirian merayau di Rundle Mall untuk mencari phone case/protector untuk phone yang baruku beli minggu lepas.

Kecewa dengan hasil pencarian kerana stok baru masih belum sampai, aku kemudiannya menuju ke surau untuk menunaikan solat Zohor. Sedikit terlewat, tiada lagi jemaah yang sedang menunaikan solat pada ketika ketibaanku itu. Jadi aku bercadang untuk menunggu sebentar selepas solat Tahiyatul Masjid sehingga ada sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki untuk aku menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Tidak berapa lama kemudian, masuk seorang local Australian aka Aussie ke dalam surau.

Tidak pernah ku lihat wajahnya sebelum ini, dan dia berseluar pendek. Mukanya tidak senyum. Aku terfikir di dalam hati," ush apa mamat nih buat kat sini nih.". "Biar la dia, xelok bersangka buruk. Mungkin dia cari sesuatu kot or nak basuh muka ke". Pastu dia ni pakai seluar pendek paras atas sikit dari lutut gitu. Tapi yang menarik perhatian, dia punya gaya seakan-akan mengambil wuduk.

So aku pon dok perhati sama dia. Pastu selesai dia 'berwuduk', dia pergi ke satu sudut dan angkat takbir.
"Subhanallah! Muslim rupanya". Aku pon berdiri sebelah dia dan solat berimamkan beliau. Sebutan dia,takbirnya langsung tidak membezakan dengan muslim yang lain. Tidak kaku, malah lebih sedap dari aku yang langsung xsedap nih.
Selesai solat, aku lihat dia tunaikan solat rawatib. Aku dok tunggu sebelah dia sampai la dia selesai. Sekejap je, dia solat laju. Aku tunggu untuk bersalaman dengan dia. Muka dia berseri-seri. Susah juga nak beza muka Aussie yang Muslim berbanding dengan yang lain.

Kemudian dia beredar keluar dari surau. Sedang dia memakai kasut, aku pon g menyebok sebelah dia. Dok pakai kasut jugak. Pastu aku start conversation dengan dia. "Hang tinggal sini ka?". Gitu la kalau translate BM. Aku tanya lagi, sebelum ni macam xpernah jumpa dia. Dia oyak tahun2 sebelum nih dia selalu balik rumah untuk solat, sebab dia kata kelas xbanyak. Tapi tahun ni macam dia akan spend more time at Uni, so dia akan more frequent solat kat situ. Last sekali sebelum dia beredar dia cakap ni," I'm John, and you?". "Aizat". Bersalaman dan dia pon beredar. Terima kasih John. U made my day.

Seronok mendapat kenalan baru. Semoga lepas ni akan dapat lebih mengenali beliau. :D

Wassalam

2 comments: