Just a short entry that suddenly come out of the blue. Eh xde la blue sangat tapi selepas mendengar beberapa siri kuliah tidak berapa lama yang lepas.
Ada apa dengan stokin?
Adakah seorang wanita itu dihukum berdosa sekiranya tidak memakai stokin?
Bagaimanakah jenis stokin yang patut dipakai?
Bagaimana sekiranya pergi ke pasar ikan misalnya?Permukaan lantai semestinya basah dan memakai stokin semestinya akan mendatangkan ketidakselesaan kepada penggunanya.
Sahabat,
Sejak di sekolah rendah lagi aku di ajar bahawa aurat wanita adalah seluruh badan melainkan muka dan tapak tangan (ke pergelangan tangan) dan aurat lelaki adalah dari pusat ke lutut. Tapi jarang sekali atau mungkin tidak pernah aku memikirkan hal mengapa apa yang dipelajari ini sama sekali tidak diamalkan. Memang ada kelonggaran diberikan pada mereka yang belum baligh, tapi apakah alasan yang diberikan oleh mereka yang telah baligh?
Mungkin sekali bukan salah mereka kerana kurangnya pendedahan kepada ilmu agama atau mungkin juga ibubapa acuh tak acuh dalam mencurahkan ilmu agama dan juga ilmu-ilmu asas yang lain. Di peringkat awal pembesaran seorang manusia itu, didikan ibubapalah yang paling penting dalam mencorakkan bagaimana rebung itu membesar samada menjadi buluh yang kuat dan patuh pada ajaran agama ataupun buluh yang condong dan degil serta tidak patuh pada didikan agama.
Ketika kecil, pernah aku bertanyakan kepada seorang kakak yang aku jumpa secara tidak sengaja. "kenapa akak tak pakai tudung?", "kenapa akak pakai baju lengan pendek?", Kenapa tudung akak singkat dan jarang sangat?". Antara jawapan yang diberikan cukup tidak memuaskan hati aku. "panaslah pakai tudung". "Alaa bukannya pergi jauh pon, depan rumah tu je". "Nak bersukan, rimaslah pakai labuh-labuh ni", "Nak mandi swimming pool/pantai ni, nanti pakai tudung xsyiok r".
Sahabat,
Ok, tu perkara yang agak selalu diperkatakan dan telah menjadi pemandangan biasa di negara yang digelar 'negara Islam'. Tapi antara perkara yang kurang diperkatakan adalah mengenai kaki. Bukankah kaki itu juga adalah aurat?
Sudah menjadi kebiasaan wanita awam di Malaysia untuk keluar dari rumah tanpa menutup kaki mereka dengan sempurna. Islam tidak menyuruh mereka mengenakan stokin ketika keluar rumah ataupun bersama dengan orang yang bukan mahram tetapi Islam menyuruh penganutnya untuk menutup aurat. Menutup kaki tidak semestinya kita (wanita) perlu memakai stokin, mungkin mereka boleh memakai kasut? Memakai seluar yang labuh yang tidak ketat? Ataupun memakai kain labuh? It is up to them.
Yang penting tutup, tutup dan tutup.
Memakai stokin mungkin the best option sebab boleh pakai dengan selipar contohnya, tapi sekiranya kita hendak melakukan suatu aktiviti yang lain seperti riadah ataupun pergi ke tempat seperti pasar ikan, sudah tentu memakai kasut adalah lebih baik berbanding selipar.
Dua golongan di antara penghuni neraka yang belum aku lihat keduanya: suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang-orang; perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan orang lain, rambut mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium aroma surga. Sesungguhnya aroma surga itu bisa tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (HR Muslim)
Satu lagi bahagian yang seringkali di ambil mudah oleh wanita adalah aurat tangan. Seringkali kelihatan apabila hendak melakukan sesuatu yang mungkinkali sedikit berat wanita akan menyinsingkan lengan tangannya kerana tidak mahu kotor atau terganggu pergerakannya. Atau mungkin lengan baju sudah cukup elok panjangnya namun apabila ketika mana di angkat tangannya lengan itu akan melurut ke bawah dari paras pergelangan tangan. Perkara ini boleh dielakkan dengan memakai lengan yang berkacip (yeke? ke bergetah?) ataupun memakai stokin tangan (ush main bantai je sebut term ni) di dalam lengan baju untuk memastikan aurat terdedah secara tidak sengaja.
Memang benar aku bukanlah yang terbaik untuk berbicara mengenai perkara ini, dan sudah pasti wanita itu sendiri lebih fasih jika hendak berbicara mengenainya. Aku hanya menyampaikan sekadar ke tahap pengetahuanku. Apa guna ilmu jika tidak di kongsi. Bukan seperti makanan, aku bagi kau 1 kau bagi aku 1, kita masing-masing dapat 1 sahaja akhirnya. Tapi jika engkau kongsi 1 ilmu dan aku kongsi 1 ilmu, kita berdua dapat dua. Indahnya berkongsi itu.
Sekadar perkongsian ringkas yang terbuku di hati
Wassalam
AF
like this ^_^
ReplyDeleteterima kasih atas teguran...
ReplyDeleteSama2 saudari
Delete