Mari ikut blog ini

Monday, 4 April 2011

Mampukah kita mengubahnya?

Salam,

hari ini hanya ada satu kelas sahaja, pukul 4-6 petang. Semalam, 3hb April daylight saving telah di 'off' kan. Ini bermaksud waktu diawalkan selama sejam (relatively). Apa yang berubah hanyalah waktu pada jam tangan(ataupun jam pada telefon bimbit, ataupun pada dinding, atau pada apa-apa jela!). Tapi waktu solat sebenarnya masih sama, hanya berbeza secara zahirnya. Kalau sewaktu daylight saving on (DSN), solat asar pada pukul 4.50 petang. Tapi bila daylight saving off (DSF) solat asar adalah pada pukul 3.50 petang.



Sedikit sebanyak perkara ini mempengaruhi perjalanan jadual kita. Sebagai contoh, subuh pada DSN adalah pada pukul 6 pagi, tapi subuh pada DSN adalah pada pukul 5 pagi. Jadi secara psikologinya gap between solat and class akan bertambah lama. Eh bukan secara psikologi kot.


Pada malam hari pulak, kalau kebiasaannya kita tidur pada pukul 11 malam, jadi bila DSF kita kena tidur pukul 10 malam. Tapi untuk membiasakan diri dengan perkara ini mungkin akan mengambil masa. Bukannya berbeza apa, cuma pada waktunya. Manakan tidak, badan sudah mahu tidur tapi bila tengok jam, baru pukul 10 malam, akan rasa awal padahal esok kena bangun solat subuh pukul 5 pagi. Begitu la gamaknya.



*****************************************************************

Bercerita mengenai kisah yang berlaku ketika perjalanan pulangku ke rumah dari University of Adelaide.



Aku terasa tayar basikal bahagian belakangku di tolak 'manja'. Aku menoleh ke belakang.

" Hei, your rear light isn't very visible "

Aku menambah sudut tolehan untuk melihat ke arah 'rear light' yang aku gantungkan pada beg.

"Is it?" merenung seketika, "yeah you are right"

Dia menghampiri aku. "Let me fix it for ya". Sambil membetulkan kedudukan lampu belakangku.

Sewaktu itu lampu isyarat berwarna merah.

______________________________________________________

Betapa 'friendly'nya orang Aussie nih. Nak kata kenal, sah-sah tak kenal. nama pon tak tahu, muka pon tak cam. Namun dia bukan saja tegur, malah sanggup tolong betulkan kedudukan lampu belakang itu. Kalau kita berada di kedudukan dia, adakah kita akan melakukan apa yang dia lakukan?
To say hi to a complete stranger is one thing, and to approach them is another thing. 
Agak-agaknya la kan, kalau kita la kan, mesti kita buat acuh tak acuh je kan.
Nak dibandingkan lah perbezaan sikap typical Malay and typical Aussie. Kebiasaannya, kalau aku tak senyum dulu mesti local yang akan senyum dulu. angkat tangan, lambai tangan, tegur, bertanyakan kabar dan lain-lain. Mesra. Susah nak jumpa sikap ni di Malaysia. Should i say that i'm in love with Australia. Tapi too bad ini bukan medan perjuangan yang sebenar. Hanya 'medan latihan' sebelum pergi ke medan perjuangan yang sebenar. Tapi adakah masa 4 tahun cukup untuk aku mempersiapkan diri, mental dan fizikal?

Wassalam

AF

4 comments:

  1. Bertuahnya berada di bumi Aussie.
    Di Russia, orangnya tidak ramah.
    Kalau ada pun, terbatas dek komunikasi.
    Apa pun, selamat maju jaya.
    Semoga Allah permudahkan segalanya, biiznillah.

    ReplyDelete
  2. Ketika memilih lokasi untuk menyambung pengajian, Australia tidak pernah berada di dalam 'list' saya. Tapi Allah know best. Dia yang mengaturkan segala apa yang ada. Sebelum sampai disini, banyak juga kabar yang didengari, seperti Aussie ni racist misalannya. Namun most of the rumors aren't true. Alhamdulillah.
    Semoga urusan anda juga dipermudahkan inshaAllah.
    jzkk

    ReplyDelete
  3. Same thing happen to me,
    Kereta ana tak leh start di stesen minyak, ana panik dah pasal kat belakang dah ramai orang tunggu. Tup tup keluar sorang mamat badan besar, ingatkan nak marah ke apa, dengan muka serius dia tanya.
    "What's your problem mate?"
    ana pun kata kat dia kete tak leh start. Alih2 dia buka enjin kete ana, cek2 apa yang patut dan akhirnya tolong ketatkan bateri.
    "That's the problem mate, now it's fix..."
    ana start balik kete dan memang ok, ucap terima kasih dan dengan muka serius juga dia jawab.
    "No worries mate!"
    ana cemburu dengan akhlak mereka ini.

    ReplyDelete
  4. Setuju! sungguh mencemburui akhlak (kebanyakkan dari) mereka. typical Aussie macam tu sikap mereka. Tapi typical malaysian? U know what i mean. Tapi xbermakna begitulah keadaannya sehingga ke akhirnya. Masih boleh diubah. Jika bukan kita yang ubah dan mahu ubah, nescaya Allah tidak akan mengubahnya.

    ReplyDelete