Mari ikut blog ini

Friday, 1 April 2011

Redha Allah vs Murka Manusia

Salam,

merujuk kepada tajuk diatas.  Persoalannya mungkin senang tapi perlaksaannya mungkin susah?

Ya. Tidak berapa lama dahulu seorang ustaz pernah mengajari aku akan perkara ini. Bukan Ustaz Kazim Elias wokeh.

Aku mempelajarinya secara berdepan, di dalam majlis ilmu, bukan sekadar melalui video, dihadapan komputer.

Berlakunya sesi interaktif.

Carilah redha Allah walaupun manusia murka, nescaya Allah bersama kamu. Namun jika kamu cari redha manusia dan mengabaikan redha Allah sehingga mendatangkan kemurkaanNya, maka tunggu dan bersedialah kamu untuk bala yang bakal menimpa.



Praktikalitinya

Di Malaysia umpamanya, kita dapat lihat dengan jelas akan contoh manusia-manusia, mereka yang mencari redha manusia lebih dari redha Allah. Misalannya, membiarkan kemaksiatan berleluasa, kedai-kedai arak bertaburan, judi di kaki lima dan lain-lain. Salah siapa?

Kita sebagai rakyat biasa adakah kita tidak mampu berbuat apa-apa?
Kita mampu, namun kemampuan kita itu terbatas.

Jadi siapa yang sepatutnya 'berbuat apa-apa'?
Pihak berkuasa, mereka yang memiliki kuasa.

Tapi dapat kita lihat, pusat-pusat hiburan (disko, pub, kelab malam dsb) tumbuh seperti cendawan selepas hujan. 'Mereka' kata dengan berbuat demikian negara Malaysia dapat meningkatkan mutu ekonomi, memberi peluang pekerjaan, memperkenalkan Malaysia ke taraf antarabangsa. Adakah kita mahu semua itu beserta bala dari Allah?

Seakan-akan mahu bina rumah di kolam buaya. Nampak memang hebat, lokasi memang 'tabik spring', perancangan sudah pelbagai, namun sebenarnya hanya menunggu masanya sebelum dibaham dek si buaya.

Namun ini mengenai hal Maha Pencipta, bukan sekecil-kecil buaya itu.

Ustaz juga pernah menceritakan padaku, memang benar redha Allah yang kita cari namun caranya juga mesti betul.

Sebagai  contoh, kita hendak menegur kelakuan sepasang 'couple' yang tengah seronok bercekerama di sinari cahaya bulan purnama. Memang perlu kita berbuat demikian, tapi bagaimana caranya? Adakah kita berjalan terus kearah mereka dan memarahi mereka di atas perbuatan mereka. Cara itu boleh juga, tapi bagi mereka yang berkemampuan. Siapakah mereka yang berkemampuan? Mereka yang diberi kuasa dan amanah. Seperti JAIS ataupun perintah.
Menegur sesuatu itu memerlukannya dilakukan dengan cara berhikmah, bukannya membabi buta dan bukan dengan kekerasan terus menerus.

Sekuat-kuat iman adalah menegur dengan perbuatan dan diikuti dengan percakapan dan selemah-lemah iman adalah dengan menyesali/membenci dengan hati.

Jadi bagi kita yang 'tidak berkemampuan' ini, apakah yang perlu kita lakukan dan bagaimana?

Menegur secara berhikmah. Ingat, berhikmah. Fikir dengan akal, bukan dengan kepala lutut.

Kamu ingin menegur adik kamu tidak solat namum kamu memaki hamun dia. Kamu fikir seorang budak gemar dimarahi dan akan menuruti sahaja kehendak kamu? Fikirkan semula tindakan kamu. Even grown ups hate if someone did that to him. Dalam hati mesti macam-macam perkataan dah yang keluar. 

Kembali kepada kisah memarahi adik kamu, mungkin pada ketika itu dia akan menuruti kerana takut akan kamu, namun apabila kamu tiada kelak dia akan mengulangi perbuatan itu. Sebaliknya, kita perlulah menegur secara berhikmah. 

Mengharapkan redha Allah dan bukan redha manusia bukannya bermaksud kamu menegakkan amar makruf nahi mungkar tapi menghiraukan manusia itu sendiri. Jika begitu, kamu sendiri yang menjemput bala keatas kamu.

Kamu hendak menegur orang melakukan maksiat namun kamu pergi mencaci mereka, mengutuk mereka, mengaibkan mereka. Silap haribulan kamu yang akan dipukul atas sebab perbuatan kamu itu. Ye dok?

Pendapat dari seorang pelajar yang belajar.

Wassalam,

AF

Tegur memang tegur, tapi bukan dengan sengaja menjemput kemarahan orang.

No comments:

Post a Comment