Mari ikut blog ini

Tuesday, 10 May 2011

Mari kita berbicara. raja dengan raja. hamba dengan hamba.

Salam,

Manusia ini berbagai ragam, kerana mereka tidak diciptakan unik, yakni hanya satu jenis, satu warna, satu bangsa. Apatah lagi perwatakan dan cara mereka berbicara.

Seronok apabila dapat memanjangkan pendapat dan ilmu kita kepada orang lain disamping berkongsi idea dan pengalaman. Namun, sesebuah perbualan itu boleh menjadi kurang enak atau menjadi tegang apabila berlaku 'clash of point-of-interest' atau pon sesetengah pihak memandang rendah kepada pihak yang lagi satu ataupun sekiranya tiada toleransi diantara kedua-dua pihak.

Ketika berbicara, kita perlulah pandai mengambil kira status 'audience' kita, adakah mereka sekepala dengan kita? Ataupun mereka mempunyai pendapat yang berbeza dengan kita. Ataupun mungkin juga mereka hanya disitu untuk menjadi orang ketiga, iaitu mereka yang hanya mendengar. Sama kepala, tiada masalah. Berbeza, disitu akan munculnya permasalahan. Adakah kita berbicara dengan kanak-kanak ataupun seorang yang dewasa? Itu turut memainkan peranan.



Jika seorang raja berbicara mahupun berbual dengan seorang hamba, adakah kan sama cara perbualannya diantara rakyat-rakyat jelata? Tentu sekali tidak. Suasana akan menjadi kekok, mungkin akan lebih kepada perbualan satu hala. Dimana si hamba hanya akan mendengar dan mengiyakan apa yang diperkatakan oleh si raja tadi. Masakan tidak, sekiranya si hamba menafikan walau sepatah kata bicara si raja, maka hilanglah nyawa dari jasad tadi. Itu apabila yang berbual itu adalah mereka yang 'tipikal'. Memandang nilaian yang ada pada seseorang itu melalui statusnya didunia, kekayaannya, dan segala apa yang boleh dipandang dengan mata kasar. Namun, bukankah nabi kita Nabi Muhammad SAW mengajar kita agar melayan semua pihak dengan baik, tanpa mengira siapa mereka? Hamba mahupun raja.

Berbicara dengan perasaan penuh bangga

Tidak dapat dinafikan, pengetahuan seseorang itu tentang sesuatu perkara itu mungkin berbeza. Ada segolongan yang mengetahui lebih dari segolongan yang lain. Namun apabila kelebihan itu dijadikan butiran untuk menunjukkan diri kita lebih baik atau lebih hebat dari yang lain, apa yang akan terjadi? Bergantung kepada cara penyampaian kita. Adakah secara bersahaja dan dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan yang kita ada itu? Ataupun ingin menunjuk-nunjuk bahawa aku tahu lebih, Aku lebih hebat?

Ataupun mungkin niatnya baik mahu berkongsi tapi cara penyampaiannya seolah-olah seperti hendak berbangga-bangga dan mengharapkan 'recognition' dari pihak yang mendengar? tepuk dada tanya selera, tepuk hati tanya niat. Itu antara kita dengan Maha Pencipta. Yang mendengar mungkin ada tafsiran mereka sendiri namun yang sebenarnya berbalik kepada tukang cakap dengan Tuhannya.

Berbicara untuk merendahkan si pendengar

Kita tidak mungkin tahu sebenar-benar niatnya dihati seseorang itu. Namun, apabila adakah kita akan menunggu dahulu kereta kita dilanggar baru kita kita bertindak untuk mengelak? Sesuatu itu perlu dilakukan dengan hikmah. Keganasan ataupun perbalahan bukan caranya. Teringat kata-kata seorang ustaz, " Peace is Islam middle name". Ya, keamanan, kedamaian. Bukan perang, mahupun pertumpahan darah. Itu hanyalah langkah seterusnya apabila kata-kata bicara tidak lagi bermakna. Adakah kita akan terus berbicara apabila mereka telah mula menembak? Sesuatu itu ada limitasinya.

Berbalik kepada menangani orang yang seolah-olah mahu merendahkan mereka yang lain. Adakah kita akan hanya tunduk, tawadhuk sahaja mendengar apa yang mereka bicarakan. Mungkin, dengan sesetengah orang mereka akan melihat murninya sikap disebalik 'diam'nya kita itu dan akan berhenti menghentam. Namun ada juga mereka yang akan berfikiran bahawa kita ini seolah-olah lemah, tidak hebat, rendah tarafnya. Seperti contoh sebelum ini, maka akan jadilah seperti keadaan si raja dan si hamba. Itu bukan apa yang kita mahukan.

Jikalau tidak, mana akan munculnya peribahasa seperti masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Apabila bercakap dengan raja, maka bercakaplah juga seperti seorang raja. Tapi bukan seperti Firaun yang sentiasa merasakan dirinya lebih hebat dari yang lain. Bahkan lebih teruk lagi sehingga merasakan dirinya tuhan. Nauzubillah. Islam menggariskan panduan untuk setiap sesuatu itu. Duduk terlalu rendah, kita dikatakan lemah. Duduk terlalu tinggi, kita dikatakan sombong. Ikutlah panduan yang digariskan oleh Islam, itulah yang sebaiknya.

Jadi, apa tindakan kita?

Tunjukkan juga bahawa kita ini hebat. Namun bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk mahupun berbangga diri. Tapi untuk mengatakan bahawa aku juga mampu, aku juga boleh. Bukannya aku lebih hebat dan aku tahu lebih. Biarpun itu mungkin benar, tapi put that aside and find common point. Tangani mereka dengan menunjukkan minat atas topik perbualan mereka, disamping menyelitkan sedikit sebanyak sumbangan buah-buah fikiran dari pihak kita. Barulah sama-sama menyumbang dan mampu mengelakkan seperti si raja dan si hamba tadi.

2 comments:

  1. setuju.

    dalam konteks dakwah, kadang2 seseorang akh itu bincang / guna istilah2 yang orang umum janggal / kekok. kemudia jadi tak friendly. lalu kebersamaan tidak berlaku. akh itu kena masuk dengan orang umum melalui apa yang orang umum boleh terima dan biasa dengannya, selagi tidak melanggar syarak dan merosakkan hati / peribadi akh itu.

    ada dibincang dalam modul, tajuknya "Mesra dan Mudah Dimesrai" =)

    ReplyDelete
  2. Ada dalam modul? Modul yang mana satu ye. Xpernah terbaca/ bincang lagi la plak. jzkk paku utk contoh itu. Amat bertepatan. Wpon actually entry kali ini ditulis atas pemerhatian ke atas something else but i tried to keep it to universal standard. inshaAllah analogi2 boleh diguna pakai keatas banyak situasi.

    ReplyDelete