Mari ikut blog ini

Wednesday, 27 July 2011

Flashback: Rumah Antoo

Salam,

Teringat kisah ketika berada di sekolah rendah. Ketika itu hari kantin. Kebiasaannya, budak-budak sekolah akan berasa excited bila tibanya hari kantin. Ketika hari kantin, akan terdapat pelbagai juadah makanan, pelbagai aktiviti, pelbagai ragam.

Antara aktiviti yang mengujakan aku adalah rumah hantu. Ada satu tahun itu, aku menghadiri hari kantin bersama rakan-rakan sebaya. Maka beratur la kami di pintu hadapan rumah hantu itu. Ada dua barisan beratur, dan pelawat kena masuk ke dalam rumah hantu in group. Sebab tempat tu tak berapa besar, jadi untuk mengelakkan kesesakan di dalam maka kena masuk group by group. Pada asalnya aku beratur bersama-sama dengan kawan-kawan. Tapi sekali bila masuk ke dalam tu, aku terpisah dari group aku.



Jadi aku pon masuk lah dulu ke dalam rumah hantu tu. Aku habaq kat kawan-kawan, "aku masuk dulu. Nanti aku tunggu kat dalam sampai korang masuk".

Maka aku pon tunggu di dalam itu, sebab selepas group yang aku masuk sekali itu adalah group aku. Tunggu beberapa ketika, satu group masuk. Di dalam rumah hantu itu, gelap gelita. Umpama malam tanpa bulan. Tak nampak apa-apa pon, sampailah pintu dibuka, baru cahaya dapat masuk.

Apabila group tadi dah sampai berdekatan dengan aku, aku pon join lah berjalan sekali. Disebabkan keadaan yang gelap-gelita, aku pon memegang bahu salah seorang dari mereka yang berada di dalam group tu (Macam main keretapi tu, lepas tu jalan ramai-ramai). Sepanjang berada di dalam rumah hantu tu aku tak bercakap sepatah pon. Cuak agaknya.

Sepanjang perjalanan di dalam itu aku hanya dengar suara perempuan menjerit je. Aku pon agak pelik la, ingatkan ada lagi satu group di dalam rumah hantu itu. Jalan punya jalan, sampai lah ke penghujung rumah hantu. Bila pintu dibuka, barulah aku nampak. Rupa-rupanya, aku berjalanan dengan sekumpulan perempuan. Laaa, salah orang rupanya. Aku cepat-cepat lari masuk balik sebelum kantoi (harapnya).

Haha. Nasib baik budak-budak perempuan tu tak perasan.

Fikir-fikir balik, aku ber-keretapi dengan siapa di dalam rumah antoo tu?

2 comments:

  1. hehe penakut juga ye encik bandu ni masa kecik2 =)

    ReplyDelete
  2. Eh takde la takut sangat. Biasa la budak2. Takut hantu. ^v^

    ReplyDelete