Salam,
Hari ini ada beberapa kawan datang rumah. Kami berbuka bersama-sama. Selesai solat maghrib dan berbuka, kami menuju ke Masjid Khalil.
"Hari ini nak pakai jubah la, dah lama tak pakai". Jubah putih disarungkan ke badan.
Setibanya di masjid, solat Isyak sudah pon bermula. Terlewat menyertai imam untuk dua rakaat. Seusai solat Isyak, salam diberikan ke kiri dan kanan. Selesai doa, aku menyapa seorang lelaki disebelah kanan yang baru selesai menunaikan solat rawatib.
"Assalamualaikum brother", tangan dihulurkan.
"Waalaikumussalam", tanganku disambut. Senyuman terukir di wajahnya.
Seperti biasa imam akan memberikan tazkirah pendek dalam bahasa arab. Semua yang berada di situ khusyuk mendengar. Aku pon turut khusyuk mendengar seketika.
"Duduk mendengar pon bukan faham apa pon. Menyesal tak belajar bahasa Arab betul-betul dulu", aku bermonolog sendirian, sedikit marah pada diri. Aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket kanan. Membelek-belek gambar rumah-rumah yang baru diambil siang tadi. "Malasnya nak pindah rumah. Tapi biar bersusah-susah dahulu daripada bersusah di kemudian hari".
Gelagat aku diperhatikan lelaki yang duduk disebelah aku. Dia menoleh kearahku. "Have you read the latest news on ABC?".
"Pardon", kata-katanya kurang jelas kerana suara imam agak kuat.
Dia mengulangi soalannya, "Have you read the latest news on ABC?".
"Today? no i haven't. What is it about?".
Sahabat tadi menyambung bicara. "He was once known as a great leader, one of the richest man, people looked up to him but now, he is known as a murderer, killer, oppressor. The imam was talking about Hosni Mubarak."
"Ooo, patut la dengar imam tu sebut tentang Hosni Mubarak", aku berkata pada diri. (Ada la jugak perkataan yang faham)
Mungkin dia dapat menyangka bahawa aku tidak boleh berbicara dan memahami bahasa arab. Dia menyambung bicara buat seketika, menterjemahkan kepadaku kata-kata imam. Kemudian dia berhenti. Aku senyum dan berkata, "Jazakallah Khayr brother".
Dia kembali mendengar tazkirah dari imam dan aku kembali terlopong. Tiba-tiba dia kembali bersuara. "Do you know suratul Kahfi? The one that the prophet used to read every Friday?. The imam was talking about some of the verses from it...". Dia menterjemahkan satu persatu kata-kata yang keluar dari mulut imam. Aku khusyuk mendengar.
Sahabat tadi berbuat demikian sehinggalah imam selesai memberi tazkirah. "So basically the imam was talking about the need of being fair in life. How Allah can upgrade someone and downgrade someone from where he or she is standing...."
Imam selesai memberikan tazkirah. Aku menunggu sebentar. Kebiasaannya seorang lelaki akan bercakap dihadapan untuk menterjemahkan apa yang dikatakan oleh imam. Hari ini kelibatnya tidak kelihatan. Imam mengangkat takbir, menandakan solat tarawikh telah bermula.
"Untung aku hari ini dapat faham apa imam cakap"
Selesai 4 rakaat, imam kebiasaan akan berhenti sedikit lama. Aku menepuk perlahan bahunya, "what is your name brother?". "Ahmad. And you?", senyuman terukir dibibir. "Aizat", jawabku.
Selesai 8 rakaat tarawikh. Aku mengeluarkan telefon dari dalam poket. "Can i have your number?". Dia memberikan nombornya dan aku menelefon nombor itu untuk 'miss call'. Peluang untuk berkenalan dengan lebih rapat tidak aku sia-siakan. Tidak mahu perkara yang sama terjadi pada seorang teman (John) yang aku sempat berteguran ketika bersolat bersamanya di surau Union University of Adelaide beberapa bulan yang lalu. Imam sudah bangun untuk menunaikan solat witir, aku bergegas bergerak ke bahagian belakang masjid sambil menoleh kearahnya. "See you again Ahmad".
***************************************************
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”
Pelajaryangbelajar
LIKE!
ReplyDeletenk like jugak..haha
ReplyDeleteoh, itu ke maksud tazkirah hari tu. masa tu teropong jugak x faham satu apa pun. Faham hosni mubarak je. Jazakallah khair kerana berkongsi. At least blh tahu juga apa yg imam tu cakap.
ReplyDelete@Jihah: Sebenarnya imam tu ckp mcm2 haritu. Tapi malas nak tulis pjg2 + dah lupa details nya. igt samar2. takut tersalah. Tulis mana yg igt dan pasti je. ^v^
ReplyDeletelike!
ReplyDelete