Mari ikut blog ini

Sunday, 14 August 2011

Flashback: Diari Ramadhan 5: Puasa masa kecik!

Salam,

Sewaktu berumur 5 tahun (ke enam?) sehinggalah berumur 9 tahun salah satu perkara yang memotivasikan aku untuk berpuasa tidak lain dan tidak bukan adalah duit. yes, duit!. Haaa, usah menafikan perkara ini. Mesti ramai diluar sana yang pernah melalui fasa ini. 

"Siapa puasa separuh hari dapat lima posen. Puasa penuh dapat seringgit"

Seboleh-bolehnya aku akan berusaha untuk mendapatkan seringgit. (Mata duitan betul). Tapi bila dah masuk darjah satu, aku dah berjaya puasa penuh sebulan. Maka dapatlah RM30.
 
Di malam hari, aku seperti kebanyakkan umat Islam di Malaysia akan pergi ke masjid/surau untuk menunaikan solat Tarawikh secara berjemaah. Tetapi sebenarnya bagi seorang kanak-kanak (aku la tu), tujuan utama untuk pergi ke surau adalah untuk bermain bersama kawan-kawan yang lain. Jarak surau As-Syakirin (sekarang dah jadi masjid) hanyalah dalam 200 meter begitu. Jadi kebiasaannya aku akan pergi secara bersendiri.

Surau As-Syakirin terbahagi kepada beberapa partitions, antaranya adalah ruangan solat utama, ruangan solat wanita, bilik besar dibahagian belakang (kelas agama) dan ruangan solat biasa di sekeliling ruangan solat utama. Kebiasaannya, kanak-kanak tidak dibenarkan solat di dalam ruangan solat utama, maka aku akan bersolat di bahagian solat di luar bersama rakan-rakan yang lain. Biasa la bagi budak yang masih kecil, solat berjemaah (tambah lagi dengan tarawikh dan witir!) ni agak memenatkan dan membosankan. 

Jadi selepas solat Isyak kami ramai-ramai akan pergi singgah sebentar di Stesyen minyak untuk membeli gula-gula (konon nak hilang mengantuk). Masa ni la nak guna duit hasil berpuasa di siang hari.

Bila imam sudah mula menunaikan solat tarawikh, aku akan ikut dua rakaat yang pertama sahaja. Lepas tu, playing time! Fitrah budak lelaki, permainannya agak sedikit kasar (untuk kanak-kanak lelaki yang normal). Jadi kami akan beramai-ramai berkumpul di bilik besar di bahagian belakang surau dan bermain di dalam tu. Main kejar-kejar, terlalak terlolong, wrestling dan macam-macam lagi. 

Bila imam mula masuk rakaat ke 7 solat tarawikh, aku akan berhenti bermain dan masuk ke ruangan solat. Lepas tu solat tarawikh seorang diri (express punya) untuk mencukupkan 6 lagi rakaat. 6 rakaat aku = 2 rakaat imam. Laju habis. Kadang-kadang siap boleh potong imam, aku habis dulu buat 8 rakaat. 

Apakah logik di sebalik solat aku itu?

Kebiasaannya bila pulang ke rumah mama akan tanya "tadi kat surau solat tarawikh berapa rakaat?". So aku boleh la jawab ,"Mesti la 8  rakaat mama". Kalau mak aku tanya " solat berjemaah tak?". Aku boleh la jawab "mesti la solat jemaah". 

Orang tua-tua cakap, akal panjang. 2 rakaat tarawikh bersama imam adalah untuk menjawab soalan kedua. Solat bagi cukup 8 rakaat adalah untuk menjawab soalan pertama. Jadi tak boleh nak cakap aku tipu. hehe. 
Tapi ada sekali tu entah macam mana, 'aktiviti' harian malam Ramadhan aku telah dibongkarkan oleh abang aku. 

-Pulang dari surau-

"Ayit tadi solat tarawikh tak?"

"Mesti la mama. Macam biasa". (Sambil tersengih)

Tiba-tiba abang aku mencelah. "Mana ada mama, dia g solat sorang-sorang je tadi kat belakang tu". Habis pecah tembelang aku.


___________________________________________________________

Aku juga seringkali memerhatikan bahawa apabila habis 8 rakaat tarawikh, bilangan jemaah akan susut dengan kadar yang sangat tinggi. Jemaah yang tinggal tak penuh pon ruangan solat utama. Dalam 1/4 sahaja. Time tu aku sering tertanya-tanya, "kenapa la diorang ni balik. Ada 3 rakaat lagi kot (witir)".

Persoalan aku terjawab apabila seorang ustaz menerangkan akan perkara ini di dalam suatu ceramah agama yang aku hadiri suatu masa dahulu. Perkara ini pernah dibahaskan oleh ramai ulama dan antara kesimpulan yang disepakati hasil dari perbincangan ini ada dua. 

1) Tidak ada lagi solat selepas solat witir.
2) Masih boleh lagi menunaikan solat-solat sunat yang lain dan kemudian menutupnya sekali lagi dengan witir (yang lain)

Ada banyak dalil-dalil mengenai perkara ini. (Malas nak ulas panjang tentang benda ni, sila rujuk ustaz/ustazah/ilmuwan).

Ustaz itu sampai ke satu kesimpulan bahawa ikutlah kita nak ikut pendapat yang mana (tak mampu nak berijtihad) dan yakinlah dengan pendapat tu. Ustaz itu lebih cenderung kepada bahawa kita masih lagi boleh menunaikan solat yang lain (solat tahajud etc) di kemudian waktu (selepas tunaikan witir tu sehinggalah masuk waktu subuh. Ditutup dengan solat witir sebelum tunaikan solat subuh.).

Eh apa kaitan dengan pengurangan bilangan jemaah selepas solat tarawikh 8 rakaat? 

Mungkin orang yang keluar selepas selesai 8 rakaat solat tarawikh berpegang dengan pendapat yang pertama. Mereka mungkin masih lagi mahu menunaikan solat sunat yang lain (tahajjud, sambung solat tarawikh dll).

 Tapi mungkin yang lain-lain tu sekadar ikut arus je, bila tengok ramai keluar, diorang pon berenang sekali.

Mungkin jugak diorang ada urusan lain yang perlu diselesaikan (Husnuzon sikit please!)

Wassalam

No comments:

Post a Comment