Mari ikut blog ini

Wednesday, 7 December 2011

Golongan pemuda dan dewasa

Salam,

Hari ini adalah 10 Muharram mengikut perkiraan kalender Hijrah Malaysia. Di sunatkan untuk berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram berdasarkan kemampuan kita. Kalau mampu puasa tiga-tiga hari. Kalau tak mampu dua hari. Kalau tak mampu lagi satu hari. Kalau tak puasa pon tak apa. Tapi fadilatnya sangat besar, jadi agak rugilah bagi mereka yang tidak cuba untuk berpuasa. Untuk dalil-dalilnya sila [Klik Sini]

Beberapa hari yang lepas, Masjid di berdekatan dengan rumah aku menganjurkan iftar bersama sempena Hari Asyura (10 Muharram). Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk turut sama-sama berbuka puasa dengan ahli kariah masjid yang lain. Suasana agak meriah, terdengar suara orang-orang dewasa berborak, sedikit tergelak apabila aku curi-curi mendengar perbualan mereka. Tahun depan bakal menjadi tahun terakhir aku di Adelaide (InshaAllah. Doakan segalanya berjalan lancar). Jadi nak taknak suatu masa nanti aku akan memasuki alam yang lebih mencabar dan asing bagiku, iaitu alam dewasa.

Jadi aku perlu belajar sedikit sebanyak bagaimana untuk berkomunikasi, bergaul dengan mereka. Untuk masuk dengan mereka memerlukan kaedah yang berbeza berbanding bergaul dengan mereka yang sebaya mahupun mereka yang lebih muda. Skills itu perlu diasah, keterampilan diri perlu ada. Tidak boleh menunjukkan sifat-sifat kurang matang, ketawa terbahak-bahak, tersengih-sengih. Itu antara perkara yang aku boleh simpulkan berdasarkan pengamatan dan pengalaman aku dalam proses untuk blend in dengan orang yang jauh lebih dewasa.

Hakikat ini telah lama aku fikirkan. Sedikit demi sedikit aku cuba mencari jalan untuk menjadi lebih 'adult-friendly'. Itu antara agenda aku apabila pulang bercuti di Malaysia kali ini. Selain itu, titik persamaan juga diperlukan untuk memudahkan proses itu. Kebetulan ramai di antara ahli kariah Masjid Al-Kauthar suka bermain pingpong dan di pihak masjid mempunyai 2 buah meja pingpong untuk kegunaan awam. Jadi apabila ada peluang, aku akan meluangkan masa untuk bermain bersama mereka.





Bagi aku, untuk berinteraksi dengan mereka yang lebih dewasa, kita perlu untuk menunjukkan kehebatan-kehebatan yang kita ada. Tapi pada masa yang sama kita perlu mengelakkan daripada berlebih-lebihan dan kelihatan sombong yakni merendah diri. Jadi apa lagi, keluar la semua skills pingpong aku.

Itu salah satu cara. Selain itu, aku juga beruntung kerana AJK Masjid Al-Kauthar kerap menganjurkan program-program untuk ahli karaiahnya, dan mereka pandai membahagikan target group age. Misalannya, ada program yang dibuat untuk cater mereka yang dewasa, ada untuk remaja dan ada juga untuk mereka yang lebih muda. Baru-baru ini dianjurkan pertandingan pingpong, carrom dan dam haji yang melibatkan semua peringkat umur. Tapi rugi sekali aku tidak dapat menyertai mereka untuk pertandingan kali ini kerana mempunyai urusan lain.

Selain itu pertandingan volleyball juga bakal diadakan dalam masa beberapa minggu lagi. Kebetulan ketika aku baru pulang ke Malaysia 2 minggu yang lalu, aku berpeluang melibatkan diri dalam penganjuran pertandingan-pertandingan ini. Secara tak langsung aku memainkan peranan disitu, turut sama-sama dengan AJK yang lain. Pada masa yang sama juga, boleh dikatakan setiap malam akan diadakan kuliah malam dimana ustaz dari merata-rata tempat akan dijemput untuk memberi input-input berguna. Alhamdulillah perkara ini aku cuba untuk manfaatkan semaksimanya.

Jika kita lihat dahulu (atau mungkin di sesetengah tempat sekarang), aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masjid-masjid dan surau-surau kurang bersifat mesra belia. Maksudnya program yang mereka anjurkan tidak berjaya menarik minat golongan remaja. Kebanyakkan program yang dianjurkan hanya bersifat ilmiah dan agak dull (suram). Bagi aku, perkara sedemikian adalah kurang tepat dan efektif dalam usaha untuk menarik penduduk untuk datang memakmurkan rumah-rumah Allah ini. Bukankah remaja/belia itu adalah pemimpin pada masa akan depan?

Bukankah Umar al-Khatab ada mengatakan "jika mahu melihat keadaan sesebuah negara pada masa hadapan, lihat lah pada pemudanya pada masa sekarang".


Sepatutnya program-program yang dianjurkan perlulah menumpukan kepada syabab (pemuda) ini. Bukan untuk menafikan hak mereka yang lebih dewasa tapi pada masa yang sama fokus yang lebih perlu diberikan kepada pemuda. Mengikut statistik (tak ingat sumber), golongan pemuda merupakan majoriti daripada jumlah penduduk di Malaysia ini. Namun apa yang menyedihkan, Sungguh ramai dikalangan mereka kurang mempunyai agenda diri. Mereka lebih disebukkan dengan urusan masing-masing dan kurang mengambil tahu dan kurang peka dengan apa yang berlaku disekeliling.

Jika dilihat pada sesetengah masjid, kita boleh lihat perbezaan ketara antara golongan jemaah yang hadir. Kebanyakkan daripada mereka adalah mereka-mereka yang sudah pencen ataupun orang dewasa. Sedangkan majoriti rakyat Malaysia adalah dari golongan pemuda. Jadi kemana hilangnya golongan pemuda ini? Melepak?Tidak solat? Di kedai-kedai makan? Merempit? Kita fikirlah sendiri. Tapi syukur kerana di Masjid Al-Kauthar ini boleh dilihat bilangan pemuda adalah agak balance jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa.


Alhamdulillah di kawasan Bandar Baru Bangi ini boleh dilihat peningkatan dalam penglibatan pemuda-pemuda bersama masyarakat, dalam aktiviti-aktiviti untuk membangunkan Islam. AJK-AJK masjid perlulah pandai untuk mengatur aktiviti yang dapat menarik syabab tapi pada masa yang sama kita tidak boleh hanya bergantung harap kepada itu semata-mata.

Wassalam

1 comment:

  1. Analisa yang baik Bandu, balik nanti dan berperananlah sebaiknya di kawasan. Insyaallah, ramai pemuda yang dahagakan suntikan tarbiyyah. Tapi tang ping pong tu, anta kena mai adelaide berguru bagi habis dulu...

    ReplyDelete