Salam,
Sekitar penghujung bulan Ramadhan 1432Hijrah (2011), aku telah berpindah ke rumah baru. Lokasinya amatlah berdekatan dengan rumah aku yang sebelum ini.
Sekiranya rumah yang lama dikenali sebagai Day, rumah baru ini dikenali sebagai Robert atau nama glamour-nya Roberto. Kenapa Day? Kenapa Robert? Kebiasaannya pelajar-pelajar lelaki yang belajar di Adelaide menggunakan nama jalan untuk menamakan rumah mereka. Misalannya alamat rumah aku sebelum ini 2 Day Avenue, jadi Day di ambil sebagai nama rumah. (Tak kreatif kan?)
Berbeza dengan kebanyakan pelajar perempuan yang berada di Adelaide, mereka menggunakan nama-nama yang unik dan jauh berbeza dari apa yang di buat oleh pelajar lelaki. Nama-nama ini kadangkala kita boleh dapatinya di Malaysia sendiri. Sebagai contoh, Baitul Mawaddah (tiada kena mengena dengan rumah sesiapa pon).
Perpindahan ini berlaku secara sangat ad-hoc. Pada asalnya, aku (dan housemates yang lain) telah pun menandatangani perjanjian untuk menduduki rumah Day sehingga ke bulan 8, 2012. Namun pada sekitar bulan 7-8 Peter Doukas, agent dari 21 Century (Agent yang menguruskan rumah Day) memberitahu kami bahawa tuan rumah (Day) telah berjaya menemui pembeli yang berminat untuk membeli rumah Day.
Tapi malangnya bagi pihak Tuan punya rumah adalah kami telah pon menandatangani perjanjian untuk terus menyewa rumah Day sehingga bulan 8, 2012. Pembelian rumah Day ini adalah rentetan dari beberapa siri 'open inspection' sejak dari tahun 2010 lagi. Kalau tak salah, telah berlaku berpuluh-puluh siri 'open inspection' namun masih tiada lagi pembeli.
Pintu masuk (kecil) rumah Day |
Maka tibalah sehingga ke masa di mana kami menandatangani perjanjian untuk sambung menyewa di situ. Tapi yang menyedihkan, 'open inspection' masih lagi berlangsung dan lebih teruk lagi, 'open inspection' ni berlaku hampir tiap-tiap minggu. YES, tiap-tiap minggu. Boleh sakit jiwa rasanya kalau orang tu lemah jiwanya. Selepas perjanjian ditandatangani, kemudian barulah kami mendapat khabar bahawa rumah Day sudah ada pembeli.
Cuba bayangkan, setiap hujung minggu (kebiasaannya hari Sabtu) akan ada berduyun-duyun orang masuk ke dalam rumah, tour ke setiap penjuru rumah dalam keadaan kami (penyewa rumah) berada di dalam. Nak buat kerja pon tak senang. Sekejap-sekejap ada orang lalu. Sebenarnya distraction ni tidaklah sebesar mana. Satu perkara yang lebih besar adalah kami perlu mengemas rumah tiap-tiap minggu (hampir). mesin rumput, lap dapur, vacuum lantai, cuci bilik air dll.
Pernah jugak ada ketika beberapa minit sebelum 'open inspection', agent round keliling rumah dan dia dapati dinding di certain areas in the house tak sampai standard dia. Jadi kebetulan time tu aku seorang diri di rumah, jadi aku la disuruh bersihkan benda tu. Tenyeh la dinding tu sampaila dia puas. Fuh. Ada la juga beberapa ketika yang lain, tapi usah la diceritakan di sini.
Rumah Robert |
Jemput-jemput datang ke rumah! ^v^
p/s: Sepatutnya entry ini ditulis sebulan yang lepas, macam-macam yang hendak diceritakan tapi tangguh punya tangguh, dah lupa apa nak cerita.
wassalam
No comments:
Post a Comment