Mari ikut blog ini

Friday, 10 February 2012

Masjid dan Danial, si kecil cilik

Salam,


di rumah sebelah aku ada seorang budak lelaki. Namanya Danial. Tahun ini 6 tahun. Sebelum ini aku tidak pernah ditegur mahupun melihatnya kerana jarang sekali untuk aku berpeluang berbuat demikian. Menurut adikku, ketika masih kecil si Danial ini agak pemalu orangnya. Biasalah budak, takut berdepan dengan sesuatu yang tidak dikenalinya. Itu kisah dahulu.


Seringkali apabila aku keluar rumah aku akan melihat si Danial ini bermain di halaman rumahnya bersama kakaknya, Balqis yang berumur 8 tahun. Juga kadangkala akan kelihatan rakan sebayanya seorang lagi yang juga merupakan jiran aku, Iman bertandang ke rumahnya untuk bermain bersama. Teringat zaman kanak-kanakku di mana rakan-rakan jiran yang lebih kurang sebaya seringkali bertandang ke rumah untuk bermain bersama. Mana tak nya, abang aku merupakan 'ketua' bagi kumpulan kami. Segala arahannya dipatuhi dan dihormati.


Pada permulaannya, Danial hanya bisa menegur adikku, Zarif kerana sudah pun membiasakan diri dengannya. Setiap kali kami hendak bergerak keluar ke mana-mana akan kedengaran suara si kecil ini.


" Hai abang Zarif!"


"Nak ke mana tu?"


dan bermacam lagi celotehnya.


Kadangkala aku akan menyampuk dengan menegur si kecil ini.


"Hai Danial"


"Danial tengah buat apa tu?"


"Danial dah makan?"


"Mana Balqis?"


dan lain-lain.


Danial ini merupakan seorang kanak-kanak yang periang.


Suatu hari, ketika aku sedang berjalan beredar dari rumah menuju ke masjid untuk menunaikan solat Zohor aku terserempak dengan Danial dan bibiknya di pertengahan jalan.


"Nak ke mana tu?", tanya Danial.


"Nak pergi semayang. Kat masjid depan tu", sambil menunjukkan ke arah masjid. "Danial nak ikut?"


Diam sejenak. "Nak!", terukir senyuman lebar dibibirnya.


"Nak semayang apa nya, pakai seluar pendek tu", sapa si bibik sambil menunjukkan pada seluarnya.


"Alaaa, macam ni xboleh la pergi semayang", wajahnya hampa.


"Xpe la Danial, nanti lain kali kita pergi semayang ye", aku memujuknya.


***********************************************


Azan Zohor dilaungkan. Aku bersiap-siap dan menuju ke luar rumah. Lalu sahaja di depan rumah Danial.


"Nak pergi mana? masjid eh? Nak ikut 2x". Wajah nya tampak ceria. Seolah-olah menunggu approval dari aku.


"Danial nak ikut? Jom".


Danial menoleh kearah bibiknya yang duduk berhampiran sambil membuat muka kesian. Bibik mengangguk tanda setuju. Kemudian Danial masuk ke dalam rumah sebentar untuk menukar seluar pendek yang dipakainya dengan seluar panjang. Selesai bersalin, dia berlari mendapatkan aku. Aku senyum padanya.


Kami pon berjalan menuju ke masjid. Jarak dari masjid ke rumah ku hanya mengambil masa lebih kurang dalam 1-2 minit berjalan kaki. Sampai sahaja di perkarangan masjid.


"Danial dah ambil air semayang?"


"Errr. Belum."

Thursday, 9 February 2012

Peristiwa di pejabat pos

Salam,



sebentar tadi aku baru sahaja pulang dari membayar bil elektrik dan bil kad kredit (my mom's). Today i'm guessing that i'm a bit lucky (Thank you Allah!) sebab orang kat Bank Maybank tidak seramai mana. Jadi dalam 30 minit or less dah selesai urusan.


Permulaannya aku bercadang untuk membuat bayaran bil elektrik dahulu tetapi setibanya di pejabat pos aku mendapati bahawa kaunter pandu bayar (yang macam drive-thru tu) tutup. 


"pergi bank dulu la camni". Kebetulan bank hanya terletak beberapa bangunan jauhnya dari pejabat pos.


Selesai berurusan di bank, aku kembali ke pejabat pos. Ramai sekali orang (seperti biasa). Masuk ke dalam, ambil nombor giliran dan kemudian berdiri bersandar pada dinding menunggu nombor dipanggil. Tengok kat nombor,


"Aiseh, jauh lagi nak sampai nombor aku nih"


2-3 minit menunggu, tiba-tiba terdengar seorang pakcik bercakap dengan seorang wanita (aku kira ibunya).


"Nombor lambat lagi ni, kita balik dulu la. Esok pagi kita datang balik"


"Habis nombor ni macam mana?"


"Takpe nombor boleh ambil balik"


Haa! Satu idea yang bernas bermain di fikiranku. 


Monday, 6 February 2012

Berhikmah dalam berurusan dengan manusia.

Salam,



genap 31 Januari maka tamatlah tempoh lebih kurang 2 bulan aku menjalani praktikal di Sapura Machining Corporation. Banyak juga ilmu yang aku dapat. Juga bertambah kenalan aku. Selepas tamat tempoh praktikal, aktiviti harianku banyak dihabiskan di rumah. Kadangkala menerima ajakan bermain futsal, menemani mak ke kenduri kahwin, bermain volleyball, pingpong dan berjumpa sahabat handai.


Masa lapang yang ada ini aku manfaatkan untuk meluangkan lebih banyak masa dengan ahli keluarga. Aku ada dua orang adik. Seorang sedang menunggu keputusan SPM (lelaki), dan seorang lagi berada di tingkatan 2 (perempuan). Jika di rumah, aku mensyaratkan untuk mereka mengaji Al-Quran sekurang-kurangnya 1 page sehari. Jika pada masa ketiadaanku, mereka perlu mengaji sendiri. Namun biasa la remaja, jiwa mahukan keseronokan. Zaman kuat memberontak. Aku faham keadaan ini, sebab dahulu aku juga pernah melaluinya (macam sekarang dah tua).


Yang kecil sekali, bergantung pada mood nya. jika baik, barulah mudah untuk menyuruhnya mengaji. Jika tidak, berbagai alasan yang akan diberikan. "Alaa hari ni banyak homework la", "Kejap lagi la", "Awin nak habiskan cerita ni dulu", "Orang dah ngantuk dah ni", "Esok boleh tak?". Macam-macam. Tapi aku faham, perkara sebegini kita tidak boleh terlalu bertegas, juga tidak boleh terlalu berlembut. Bergantung kepada situasi. Jika aku melihatnya sedang membuat kerja sekolah, maka aku memberinya kelonggaran untuk 'skip' mengaji pada hari itu dengan syarat keesokan harinya ditambah lagi bacaan sebanyak semuka. 


Namun jika aku mendapati dia sedang menonton televisyen, maka aku akan bertegas. Dia akan menarik muka, masam seperti mangga muda, tapi yang pasti dia tetap akan naik keatas dan bersiap untuk mengaji. Sebagai seorang abang, adalah tanggungjawab aku untuk memimpin mereka.


Daripada Ibnu Umar daripada Nabi s.a.w. katanya, setiap kamu adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin, maka ketua negara yang memerintah adalah pemimpin, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diperintah, dan lelaki itu pemimpin terhadap keluarganya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Dan isteri seseorang lelaki (suami) itu pemimpin terhadap rumah suaminya dan anaknya, dan dia bertanggungjawab terhadap apa yang diamanahkan kepadanya. Dan hamba seorang tuan adalah pemimpin terhadap harta tuannya, dan dia bertanggungjawab terhadapnya. Ketahuilah semua kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan. Di sinilah kedua pihak itu tidak mungkin dipisahkan.