Salam,
sebentar tadi aku baru sahaja pulang dari membayar bil elektrik dan bil kad kredit (my mom's). Today i'm guessing that i'm a bit lucky (Thank you Allah!) sebab orang kat Bank Maybank tidak seramai mana. Jadi dalam 30 minit or less dah selesai urusan.
Permulaannya aku bercadang untuk membuat bayaran bil elektrik dahulu tetapi setibanya di pejabat pos aku mendapati bahawa kaunter pandu bayar (yang macam drive-thru tu) tutup.
"pergi bank dulu la camni". Kebetulan bank hanya terletak beberapa bangunan jauhnya dari pejabat pos.
Selesai berurusan di bank, aku kembali ke pejabat pos. Ramai sekali orang (seperti biasa). Masuk ke dalam, ambil nombor giliran dan kemudian berdiri bersandar pada dinding menunggu nombor dipanggil. Tengok kat nombor,
"Aiseh, jauh lagi nak sampai nombor aku nih"
2-3 minit menunggu, tiba-tiba terdengar seorang pakcik bercakap dengan seorang wanita (aku kira ibunya).
"Nombor lambat lagi ni, kita balik dulu la. Esok pagi kita datang balik"
"Habis nombor ni macam mana?"
"Takpe nombor boleh ambil balik"
Haa! Satu idea yang bernas bermain di fikiranku.
Aku pon keluar dari pejabat pos mendapatkan pakcik tersebut.
"Pakcik, pakcik nak balik dah ke?", aku buat-buat bertanya padahal dah tahu dah.
"Oooo. Ramai ye orang hari ini"
"Tu la. Lama pakcik tunggu"
"Errr. Kalau pakcik tak kisah kalau saya nak mintak nombor pakcik tu boleh tak?"
"Mari pakcik tengok nombor kamu."
Aku pon bawak keluar nombor giliran aku.
"Lambat lagi nombor kamu dari pakcik. Nah ambil la nombor pakcik ni"
"Ok. Terima kasih ye pakcik!", sambil tersenyum.
Aku kembali ke dalam pejabat pos. Hanya beberapa nombor lagi dan akan tiba giliran aku. Aku pon hairan kenapa pakcik tu keluar. Mungkin dah tunggu lama agaknya. Aku mengambil tempat duduk bersebelahan seorang makcik. Terdengar perbualan dua orang pakcik dibelakang aku.
Pakcik A: Lama benar ye nak tunggu sampai giliran. Aku nak 'update' je pon kena tunggu lama camni (Xtau update apa, mungkin buku akaun ke apa ke)
Pakcik B: Iya juga tu, sistem tak efisyen. kaunter buka banyak tapi masih lambat lagi.
Pakcik A: Kalau kau pergi kat pejabat pos Kajang tu, fuh. Itu lagi lama. Mau berjam-jam tunggu
Dan perbualan mereka berterusan...................
Dalam masa lebih kurang 5 minit, nombor giliran aku naik. :-D
Morals of the story:
1) Banyakkan bersabar dalam melakukan sesuatu
2) Bijak mengambil peluang yang ada selagi tak melanggar hukum syarak(?)
Wassalam
No comments:
Post a Comment