Mari ikut blog ini

Thursday, 13 September 2012

Dakwah di tempat kerja 4

Salam,

"Hey A.J, what topping do you want?", soal Hong.

"What topping do you have?", aku membalas. 

Suasana senyap seketika. "Give me some vegies ok?", aku kembali menyambung ungkapanku.

"Are you a vegetarian? Don't you want any meat?". Hong, seorang pekerja senior yang juga seorang chef di tempat kerjaku menarik muka pelik.

" Nah i'm not a vegetarian but that will do just fine for me"

Itulah soalan yang ditanyakan kepadaku pada hari pertama aku bekerja. Kebetulan John, manager Lakeside Cafe menyuruh Hong membuatkan aku sebuah pizza bersaiz medium.

Aku gembira, tapi pada masa yang sama kurang berpuashati. "Lainkali aku nak explain lebih sikit pasal 'diet khas' aku pulak"


********************************************************

"A.J, help me with the dishes ok? First you need to plug the stopper here (sambil menyumbat penyumbat getah ke lubang sinki), then turn the tab on and put in some soap. Not too much. When water get to this level, put in the dishes", David memulakan sesi induksi berkenaan bagaimana dia bekerja di situ.

Aku pon sekadar menjadi pak turut dan hanya mengangguk.

"Send all the glasses to the front, the plates there, bowls there, this thing here...", David bersungguh dalam mengajar aku.

"Adoi banyaknya benda kena ingat. Gelas-gelas hantar ke kaunter, pinggan-pinggan kena susun kat rak, sudu garfu hantar depan..."

Kebiasaan orang baru mula pekerja, banyak perkara perlu dipelajari. Ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi, ada larangan dan norma yang perlu diingati.

David adalah seorang pekerja berbangsa Filipina. Seorang yang rajin dan jujur dalam bekerja. Tidak curi tulang, dan ringan tulang. Dia juga seorang yang sangat efisyen dalam bekerja.

"I'm leaving now. Remember what i told you before. It is all about prioritizing. Group the dishes and wash them in group. So that you don't have to go to too many places later after washing them. Leave the greasy one to be washed later on. I know you can do it."

"Ehem. Yep yep". Aku mengangguk-angguk sambil berasa kagum. Walaupun hanya berkenaan membasuh pinggan, namun urusannya sungguh sistematik dan tersusun. Malu pada diri sendiri pun ada. Kalau ada subjek berkenaan 'tersusun urusan', pasti aku bersusah payah hendak mendapat lulus dalam subjek tersebut.

Tidak semua pekerja di cafe tersusun seperti David. Ada pekerja yang seperti langit dan bumi, sentiasa hendak curi tulang. Jika boleh, hanya mahu membuat 'delivery' sahaja. Itu apa yang John perkatakan padaku.

Pizza, anyone?



********************************************************

"You pray 5 times a day right?", Guri memulakan bicara sambil tangannya ligat bergerak, mengacau sesuatu di atas kuali.

"Yeah. How do you know?", aku bertanyakan kembali. Tertarik dengan pertanyaan salah seorang chef di Lakeside Cafe.

"I have lots of Muslim friends back in India. I even went inside the mosque, man", kedengaran suara Guri agak semangat bercerita.

"What were you doing inside the mosque?", aku cuba mengorek lebih dalam. 

"I was watching how Muslim prays. Well mosque is good for spiritual right? It helped boost you spiritually."

"Wah, bagus juga mamat ni. Kalau dah rasa macam tu, kenapa la hang tak masuk Islam"

"In my religion, we do pray. But i don't.", Guri tersenyum. Seolah-olah bangga dengan perbuatannya.

"So you are a non-believer?"

"No. I am a believer. But.. I'm not a practicing one. If you get what i mean."

"Oh yeah. Right". Perbualan kami terhenti disitu.

Aku mengira Guri merupakan seorang penganut agama Hindu berdasarkan perbualan-perbualan aku denganya sebelum ini.

Perbualan aku dengan Guri kembali membuatkan aku berfikir berkenaan banyak perkara.

Guri mengaku dia mempunyai agama, namun dia juga mengaku bahawa dia tidak mengamalkan agamanya. Apa agama dia? Yang pasti bukannya Islam.

Namun ini tidak menolak bahawa senario yang sama tidak berlaku pada penganut agama Islam? Adakah tidak wujud orang yang seperti Guri dikalangan penganut agama Islam?
 
Mungkinkah kita pernah mendengar seseorang yang bernama Abu berkata, saya hanya tidak solat, saya hanya minum arak, saya hanya berzina, tapi saya masih beragama Islam. Saya percaya adanya tuhan. Cuma saya bukan 'practicing Muslim'

Jadi apa persamaan dan perbezaan antara Abu dan Guri?




No comments:

Post a Comment