Semenjak aku mula bekerja di sebuah cafe pizza, banyak perkara yang aku pelajari, dan banyak perkara yang membuatkan aku berfikir.
Di tempat kerjaku, semua pekerja yang lain bukan beragama Islam. Bangsa juga pelbagai. Ada Philippine, Indian, Australian, Vietnamese dan Malay (Aku la tu).
***************************************************
Sambil membasuh pinggan mangkuk di dapur. John menegur aku.
John: "Do you know what is Y.O.L.O?"
Aizat: "What is that. Some word in Philippine?"
"No. It is international man. You Only Live Once"
"Oh ok. I thought it is something else"
kedengaran Alice memanggil John ke kaunter hadapan.
"So do you believe that Y.O.L.O?"
John tidak menoleh. matanya mencari-cari pemanggil namanya.
"John, do you believe that Y.O.L.O?", aku mengulang soalanku. Malangnya, John masih tidak mendengarnya kerana Alice memanggilnya dengan lebih kuat. Dia bergerak ke hadapan mendapatkan Alice. "Aish, melepas nak tanya dia"
***************************************************
"Have you ever kissed a girl?" tanya Rudel kepadaku. Dia baru berumur 18 tahun, dan masih lagi berada di high school.
Aku tersengih. 'Ish budak ni, pelik-pelik je soalan dia ni', ujarku dalam hati.
"Of course not. I have never kissed anyone."
"Why not?", Rudel membuat muka pelik.
"Cause i'm not allowed to. Unless if we are married. You know what i mean"
"Have you ever touch a girl?"
"Errr. Not intentionally."
"Have you have ever had sex with someone?", bertalu-talu soalan yang ditanyakan kepadaku. Aku kira budak-budak yang sekitar umurnya sering bercakap berkenaan perkara sebegini agaknya.
"Why do you ask about that? Nah. I never had sex with someone". Aku menjawab dengan penuh keyakinan.
"Why not? It is fun". Tergelak sebentar aku mendengar pernyataan dia.
"Like what i said, i can only touch a girl once i'm married"
"So you can't have sex before you are married eh?", mukanya ingin tahu. Pinggan yang di tangan di letakkan kembali ke dalam sinki.
"Yep. In Islam, we are not allowed to have sex with a girl if we are not married". Aku menjawab secara ringkas.
Secara umumnya, mereka yang tinggal di barat berpemikiran terbuka, terutamanya dalam hal-hal sebegini.
Rudel sering bertanya soalan kepada aku. Dan dia juga seorang yang peramah.
***************************************************
"Guri, are you a moslem?", Natalie bertanya kepada Guri.
"no no no. I'm not. He is" Sambil menuding jari ke arahku yang berdiri berdekatan. Waktu itu kami sedang mengemas-ngemas untuk menutup kedai. Malam itu pelanggan agak sedikit, jadi kami tutup agak awal berbanding biasa.
"Hei, do you pray like 7 times a day?", Natalie memandang ke arahku.
"I pray 5 times a day", jawabku
"Is it good? What do you feel?", Natalie mengutarakan soalannya.
"Yeah definitely. Prayers help to boost you spiritually", pendek aku membalas.
"Don't you pray? Aren't you a Christian?", Aku bertanya
"Nah i don't. Do you pray John? You are Christian too right?", Natalie beralih ke arah John.
"No i don't. I'm cool", jawab John. Seolah-olah perkara ini bukan benda besar.
"When do you, ehm, pray? Will you pray when you get back home?"
"Basically i pray 3 times during the day and 2 times during the night. I already prayed once for tonight and i will pray one more time when i get back"
'Arh, limited sungguh vocabulary aku. Nak explain tentang solat pon payah. Padahal tiap-tiap hari solat. Nak cakap tentang waktu solat pon tak pandai', marah pada diri sendiri. Aku kira, aku kurang berjaya dalam menjelaskan tentang solat pada Natalie.
Natalie merupakan seorang gadis yang kebiasaannya bertugas di kaunter sebagai pelayan tetamu pada hari Sabtu.
"I might as well turn to Islam you know. Prayers boost your inner rite?". Dia berseloroh sambil mengelap meja yang terdapat sisa serbuk coffee Vittoria.
"Yeah definitely"
'Ya Allah, bukalah pintu hatinya untuk menerima hidayah daripadaMu. Ameen.'
***************************************************
"Rudel, are you a Christian?", aku bertanya kepada Rudel sambil tanganku menggosok-gosok cawan-cawan di sinki.
"No, i'm Catholic"
"Eh, isn't Catholic part of Christian as well?", aku kehairanan. Setahu aku, Christian terbahagi kepada beberapa mazhab dan diantaranya adalah Catholic dan Protestan.
"No, of course not. Catholic is Catholic, and Protestan is Protestan", dia menjawab.
"I thought Catholic and Protestan are part of Christian." Aku meneka dia beragama Kristian kerana dia memakai rantai yang berbentuk salib. Tapi aku tidak menyangka jawapan seperti itu daripadanya.
"What is the difference between Catholic and Protestan?", aku mengajukan lagi soalan kepadanya.
Rudel terdiam sejenak. Selang seketika, dia menjawab."Well..hurm, i don't really know. We are just not the same.". Aku pernah membaca mengenai pertelingkahan agama antara penganut Protestan dan Catholic. Gereja mereka juga berbeza. Penganut Protestan tidak boleh 'bersolat' di gereja Catholic dan begitu juga sebaliknya.
"You pray 5 times a day right?", kali ini dia pula mengajukan soalan itu kepadaku.
Belum sempat aku menjawab, Rudel menyambung "do you pray like, emmm, bend you knees, like this (sambil menunjukkan gaya seperti hendak sujud)"
"Yeah. How do you know? Well prayer involves few combination of movements. You kneel, you stand straight and many more", sekali lagi aku agak kecewa dengan diri sendiri. Susah rupanya hendak menjelaskan kepada orang bagaimana perbuatan dalam solat itu. Tambahan pula, dalam bahasa selain bahasa ibunda. Letih otak di perah walaupun sekadar hendak mengeluarkan beberapa perkataan mudah.
"How long do you pray? How many minutes"
"It depends man. Depend on what you read in you prayer". Aku menjawab. Geram sungguh rasanya, tidak dapat menerangkan kepadanya apa yang ingin aku perkatakan. Banyak sungguh yang ingin aku perkatakan seperti rakaat solat, pergerakan-pergerakan dalam solat dan lain-lain. Namun terpaksa aku simpan hasrat aku itu kerana keterbatasaan aku dalam berbicara dalam bahasa Inggeris.
"I also pray. Twice a day. Once when you get up and once when you go to bed."
"Oh really. How do you pray?" Permulaanya aku menyangka bahawa dia akan bercakap mengenai Saturday Prayer di gereja. Tetapi sangkaan aku meleset.
"You know, i do like this (sambil menggerakkan tangannya menyentuh beberapa anggota badannya dalam bentuk 't/cross') and say 'Thank you'. Thanking the God", Rudel menerangkan kepadaku.
Hampir sahaja aku bertanyakan adakah dia sering pergi ke gereja, dan berapa kerap dia pergi ke gereja namun Rudel kemudiannya di panggil oleh John untuk menolong di hadapan.
***************************************************
Waktu kerjaku selalunya bermula sekitar 6-7 petang dan habis sekitar 9-10 malam.Selalunya aku akan mengerjakan solat Maghrib dalam tempoh bekerja. Setiap kali hendak solat, aku akan memaklumkan kepada John atau pun mana-mana chef yang bertugas pada malam itu.
"John, i'm going to take 10 minutes break. I need to pray"
"Ok ok. Go."
John merupakan pengurus di tempat aku bekerja. Dan hampir setiap malam dia akan berada di cafe menguruskan dan kadangkala menolong menyiapkan menu yang di pesan pelanggan.
Kadangkala, aku akan bersolat di padang berdekatan dan ada masanya aku bersolat di sebuah bilik yang terletak di bahagian luar restoran.
Aku akan memastikan bahawa tiada 'delivery' yang perlu dibuat dalam masa terdekat supaya urusan pekerjaan tidak terganggu.
"Any delivery for me?, if none, i will be going out for prayer", aku menjelaskan.
"Oh don't worry. When you need to pray, just go", balas John.
Pada permulaan aku bekerja, aku sering khuatir tentang bagaimana hendak memberi tahu bahawa aku perlu berhenti sebentar untuk solat. Alhamdulillah, Allah memudahkan urusanku.
Aku melihat bahawa kepentingan untuk mempunyai pengetahuan tentang Islam itu sangat penting apabila perlu menjelaskan kepada mereka yang bukan beragama Islam. Teknik-teknik dan 'skills' diperlukan dalam menyampaikan dan berkomunikasi dengan mereka. Ini baru berhadapan dengan soalan-soalan mudah, perkara-perkara asas.
Tokoh seperti Dr. Zakir Naik merupakan contoh yang amat baik untuk kita lihat dan contohi. Beliau mempunyai penguasaan yang tinggi bukan sahaja mengenai agama Islam, malah agama-agama lain yang terdapat didunia. Bukan sahaja mempunyai pengetahuan yang luas, malah beliau juga pandai berhujah dan menjawab pertanyaan disamping mahir dalam ilmu mantik.
Apa yang pasti, kekurangan aku dari segi pengetahuan agama dan limitasi berbahasa Inggeris merupakan antara perkara yang perlu aku perbaiki dan tingkatkan.
Yang lebih penting lagi, qudwah hasanah, peribadi, tingkahlaku kita itu juga merupakan dakwah. Mungkin kita boleh berbicara bahawa kita bersolat 5 kali sehari tetapi tidak melakukannya. Menonjolkan akhlak yang baik dan istiqamah dengannya (tidak melakukan perkara yang kita cakap kita tak boleh buat) adalah penting kerana perbuatan kita menjadi bukti kepada orang yang melihat.
Semoga aku terus diberi kekuatan untuk melakukan lebih baik!
Extras
Christian accepts Islam after challenging Zakir Naik at an Islamic Conference!
Guy Challenges Dr Zakir Naik on Marriage of Ayesha (ra)
very true.
ReplyDeletewhen our vocab is limited, we are afraid that the message is not well-conveyed. esp when it comes to explaining about Islam to the non-muslims.
well done, anyway.
Couldn't agree more. Very disappointed with myself. :(
DeleteXpe2, ni sebagai sumber motivasi untuk usaha lebih lagi. Bina jatidiri, kefahaman, ilmu, fluency in English and softskills.