Salam,
Yang tua dihormati, yang muda disayangi.
Sering disebut-sebut, betapa lemah lembut, berbudi bahasanya orang Melayu. Apabila lalu dihadapan orang yang lebih tua, kita akan membongkokkan sedikit badan kita menandakan hormatnya kita kepada mereka.
Apabila melihat ada orang tua yang ingin melintas jalan, maka kita akan pergi mendapatkan mereka untuk membantu mereka melintas jalan.
Mereka yang lebih tua dipanggilkan dengan panggilan-panggilan seperti pakcik dan makcik berbanding menyebut nama mereka secara langsung.
Kuih-muih, makanan yang terdapat di dalam pinggan tidak akan dihabiskan malah ditinggalkan sekurang-kurangnya satu bahagian untuk menunjukkan betapa kita mengutamakan orang lain. (eh)
Apabila bertemu, kita bersalaman. Pakej sekali dengan cium tangan hingga basah tangan orang yang di cium (euuw)
Generasi demi generasi berlalu, budi bahasa semakin luput. Hormat semakin pudar, sayang semakin luntur.
Melihat realiti masyarakat yang menjurus ke arah itu, kerajaan mengambil inisiatif dengan melancarkan beberapa siri kempen untuk kembali menerapkan budi bahasa ke dalam jati diri masyarakat (Walaupun kurang berkesan, tidak mendapat perhatian masyarakat dan tidak beberapa menyeluruh).
Menjadi lebih parah lagi apabila penyakit bodoh sombong (ignorance) dan ego serta cepat melatah apabila ditegur berdarah daging di dalam diri kita.
********************
Mengambil contoh mudah, ketika menunaikan solat secara berjemaah di masjid/surau.
Seringkali kita akan melihat betapa tidak lurusnya saf-saf solat serta berapa jauh jaraknya di antara jemaah solat.
Kita terlalu mewah dengan ruang.
Melihat ke kiri dan ke kanan, lurus ke tidak saf?
Sekali lagi, adakah kita tidak menutup celah-celah di antara kita dan orang di sebelah?
Melihat kepada pak Dolah di sebelah kiri.
"Awat pakcik ni berdiri depan sangat ni. Macam berombak pulak saf solat"
Dicuit peha kanan pak Dolah.
Pak Dolah buat 'don't know'.
Dicuitnya peha kanan pak Dolah sekali lagi.
Pak Dolah menoleh. 'Grrrr', seolah-olah ekspresi yang boleh dibaca dari wajahnya.
"Pak Dolah, belakang sikit", aku bersuara kecil.
Beliau kembali menoleh ke hadapan, mengabaikan kata-kataku.
**krik krik**
Imam mengangkat takbir. Sepantas kelajuan bunyi Pak Dolah mengangkat takbir.
"Aiyak. Guano sek kito"
********************
Di lain waktu.
Bersolat bersebelahan Pak Kasim di sebelah kiri beliau.
"Jauhnya Pak Kasim berdiri. Dah siap baling kunci ke karpet masjid dah."
Dicuit manja peha kiri beliau. Ditolehnya 90 darjah arah lawan jam.
"Pak Kasim, rapat sikit. Jauh sangat tuu", aku berbisik.
Dibuatnya endah tak endah.
"Ada beran budak setahun jagung hingus tak lap ni tegur aku", ujar beliau di dalam hati, agaknya.
Maka berombak la saf-saf solat.
Ada masanya, berlopong sana sini. Ada masanya, lurus seperti ombak tsunami. Ada turun, ada naiknya.
Ada ketika, di kangkangnya terlalu besar, ada masa seperti tidak dapat bernafas kaki kiri dan kanan.
...
Seringkali aku berharap supaya setiap orang yang menjadi imam itu mengingatkan makmumnya supaya melurus dan merapatkan saf. Tapi, jarang-jarang berlaku.
"Luruskan saf kalian, dan luruskan bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung (urusan) nya. Barangsiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus (urusan) nya"
[HR Abu Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495]
Pakcik, saf tak lurus!
Teringat beberapa peristiwa ketika aku masih belajar di Adelaide, Australia.
Di situ, terdapat sebuah masjid yang diuruskan dan sebahagian besar jemaah solatnya adalah terdiri daripada orang Arab.
Orang Arab terkenal dengan sifat kasar dan bangga.
Pernah sahaja, ketika tahun pertama di Adelaide, aku bersolat di sebelah seorang mamat Arab. Tubuh badannya sasa, seperti Kane di dalam WWE. Jika dibuatnya 'smackdown' padaku, sah, tidak bernafas.
Ketika bersolat di sebelah kanannya, terdapat celah yang besar di antara kami. Tiba-tiba, tangan kanannya keluar melalui belakang badanku dan menarik aku ke kiri merapatinya.
Seram.
Ada juga ketika apabila selesai solat, imam melihat seorang jemaah yang memakai snowcap yang menutup dahi dan hampir sahaja menutupi keseluruhan matanya.
Imam memanggil seorang jemaah, dan menyuruhnya menarik snowcap lelaki itu.
Tegas.
Ada juga pernah berlaku di mana telefon bimbit seorang jemaah berbunyi ketika sedang solat dan lelaki tersebut tidak berbuat apa-apa untuk mematikan bunyi tersebut.
Pantas, seorang lelaki yang bersolat disebelahnya memasukkan tangan ke dalam poket lelaki tersebut dan mematikan bunyi telefon itu.
Tuntas.
Cuba bayangkan jika mereka yang bersifat sedemikian bersolat bersama kita dan berbuat sedemikian kepada kita.
Pasti terdiam kita.
Mahu berdebat atau berlawan? Jangan cari penyakit.
Dihayun sebelah tangan, ke hospital destinasi kita.
The point being is, sesetengah daripada kita kadangkala susah untuk menerima teguran, lebih-lebih lagi dari mereka yang kita anggap inferior, lebih muda, kurang berilmu, makan garam baru sesudu berbanding kita yang sudah makan sebelanga.
Ignorance is a bliss? Not for this case.
Teringat kisah bagaimana cucu Nabi Muhammad SAW iaitu Hasan dan Husin berpakat dalam 'berlakon' untuk menegur seorang yang lebih tua daripada mereka yang mereka dapati tidak mengambil wuduk dengan tepat.
Bijak, kreatif sertai barangkali tidak melukakan maruah lelaki yang lebih tua itu.
Mungkin juga yang menegur kurang bijak dan inovasi, itu refleksi bersama.

No comments:
Post a Comment