Assalamualaikum.
Menurut
sebuah kajian yang dijalankan terhadap sejumlah responden, di antara perkara
yang paling ditakuti oleh seseorang adalah bercakap dihadapan khalayak ramai.Sehinggakan
ada yang mengkategorikan ketakutan bercakap dikhalayak ramai adalah lebih menakutkan
daripada terjun dari bangunan untuk membunuh diri!
Sekiranya
kajian yang sedemikian rupa dijalankan di Malaysia, pasti bercakap dikhalayak ramai
akan mendapat ‘top 3’ di dalam carta perkara yang paling ditakuti selain hantu pocong
dan Pontianak. Hakikatnya, begitulah kenyataan.
Berhadapan
dengan berpuluh-puluh hinggakan beratus-ratus bahkan mungkin beribu-ribu biji anak
mata yang disasarkan tepat kepada orang yang bercakap dihadapan, siapa yang
tidak gentar, cuak, kaku dan menggigil?
Menghilangkan
perasaan gementar bukanlah perkara yang mudah.Persediaan yang cukup, latihan
yang berterusan serta doa kepada ya Rabb
pastinya amat diperlukan. Sistem pendidikan di Malaysia pada suatu ketika dulu kurang mendedahkan dan memberi
peluang untuk membina anak muda yang berani
dan mahu untuk memimpin dan berucap di hadapan.
Saya
pernah berpeluang melihat bagaimana pelajar-pelajar ‘primary school’ diajar untuk terkehadapan semasa menuntut di
Australia suatu ketika dahulu.Pelajar-pelajar
dipupuk dengan sikap untuk banyak bertanya ketika sesi pembelajaran.Teringat saya
ketika menjadi tenaga pengajar tambahan untuk suatu program yang disediakan untuk
pelajar ‘primary school’. Apabila ditanya
soalan, pasti berebut-rebut pelajar mengangkat tangan untuk menjawab soalan
yang diberikan. Bukan seorang dua, tetapi majoriti daripada jumlah pelajar yang
ada.
Apabila
diminta untuk bercakap di hadapan, kebanyakkan
daripada mereka akan mara kehadapan dan bercakap dengan penuh yakin dan jelas.
Hebat! Ada masa-masa ketika, soalan yang diajukan terlalu banyak dan kerap sehingga kita
tidak larat menjawab.
Berbeza
dengan suasana ketika saya bersekolah dahulu. Apabila cikgu yang mengajar mengajukan solalan, pasti suasana di dalam kelas menjadi senyap.Mungkin sekali pelajar
tidak tahu bagaimana hendak menjawab atau barangkali takut! Takut untuk mengangkat
tangan, bangun dan memberikan jawapan.
Apa
yang dibicarakan diatas hanya merupakan salah satu contoh daripada perkara yang
perlu kita lihat pada generasi-generasi yang akan terbina. Namun, tidak patut untuk
kita menuding jari dan menyalahkan system pendidikan kita. Semua pihak perlu proaktif
untuk membina generasi harapan.
Didikan atau pun tarbiyah Islam yang syumul(lengkap, menyeluruh) serta berterusan
diperlukan untuk membina
jati diri seseorang remaja muslim. Pentarbiyahan
itu tidak seharusnya focus hanya pada satu paksi, tapi hendaklah mencakupi aspek pengetahuan,
ibadah, akhlak, akidah, perwatakan, jatidiri, pengurusan diri serta fizikalnya.
Salah satu perkara paling penting dalam tarbiyah |
Seseorang
yang hanya cemerlang dari segi akademik dan pengetahuan, tetapi mengabaikan penampilan diri serta kesihatan
diri tidak dikira hebat.
“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab
untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu” (Riwayat Bukhari)
Tidak
juga dikira hebatnya seseorang itu sekiranya masanya hanya dihabiskan berseorangan
di tikar sejadah mahupun sudut-sudut masjid sekiranya dia tidak menjaga akhlak serta peribadinya.
“Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah
SAW: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang
wanita terkenal dengan banyak bersembahyang (sunat), berpuasa dan bersedekah,
namun kata- katanya menyakiti jirannya.” Sabda Nabi SAW: “Dia dimasukkan ke dalam
neraka”… (Riwayat Ahmad)
Apakah
erti pada berbadan sasa, berstamina tinggi
dan sentiasa memenangi kejohanan yang disertai sekiranya tidak mementingkan aspek
penjagaan solatnya.
Team OLE, ketika di menuntut di Australia |
Kita
juga tidak mahu sekiranya seseorang itu hanya
pandai berbicara tetapi tidak mempunyai agenda yang jelas, ke mana hendak ditujuinya.
Kita tidak mahukan umat yang tiada
agenda hidup, hanyut dalam hiburan melampau
serta tenggelam dalam arus kemodenan dan globalisasi Barat yang mengasyikkan itu tanpa menyedari betapa musuh-musuh
Islam sedang sibuk merancang bagaimana merosakkan
jati diri anak bangsa dan menghilangkan agenda
mereka.
Akhir
kalam, antara soalan-soalan yang perlu kita sering bertanyakan pada diri kita:
- Siapa kita?
- Apa tujuan kita hidup?
- Ke mana kita hendak membawa orang-orang yang kita pimpin?
- Apa agenda serta perancangan musuh-musuh Islam?
No comments:
Post a Comment