Mari ikut blog ini

Monday, 30 May 2011

Sejarah silam sebagai guru

Salam,

Umur meningkat dewasa, tapi adakah hari ini lebih baik daripada semalam? Adakah diri kita pada tahun-tahun yang lepas masih sama, bahkan lebih teruk lagi? Cuba kita fikirkan. Jika kita dahulu adalah perokok tegar, adakah hari ini kita masih lagi tegar? atau 'twice' the tegar?

Jika dahulu kita sering mengikuti pengajian-pengajian ilmu tanpa perlu orang paksa, adakah hari ini kita mampu melakukan perkara sedemikian? Renung-renungkan lah.

Jawapan hanya ada 3, Ya, Tidak, atau Sama sahaja.

Kita mungkin dahulu adalah seorang yang peramah, suka senyum, manis budi bicara namun mengapa kita kini berubah?

Kita mungkin dahulu adalah seorang 'kaki masjid', namun mengapa kini tidak lagi?

Kita mungkin dahulu adalah seorang yang pemarah, adakah kini kita masih sama?

Sejarah diri

Aku ada seorang abang, dan kami sangat-sangatlah rapat. Mungkin kerana kami hanya berbeza umur sebanyak dua tahun. Kemana dia pergi, aku pasti mahu mengikuti. Pak turut la katakan. Pada hari raya, pasti aku akan mengikuti abangku pergi beraya. Sehinggakan sampai ke satu tahap abang aku menjadi rimas.

"Asyik-asyik ikut orang je, pergi lah raya sendiri". 

Terkejut aku, tak pernah dia cakap macam tu. Lepas tu aku balik rumah dan monyok sepanjang hari. :D



Mak aku pernah bercerita, ketika kami kecil, jika abang aku keluar mengikuti perkhemahan, pasti aku akan menjadi tidak keruan, tak boleh duduk diam, tapi tak tahu buat apa. Betapa rapatnya kami. Tapi, dalam rapat-rapat kami, ada masa kami bergaduh. Dan setiap kalinya, pasti aku yang akan ended up menangis, tak pon kalah.

Tapi yang kecil jangan disangka tidak bijak, aku seringkali menggunakan talian hayat. Mak aku. Setiap kali aku menangis, aku akan pergi mengadu kat mak aku. Dan hampir setiap kalinya mak aku akan pergi 'balaskan' apa yang aku tak mampu buat. hehe. Teringat ada satu masa, ketika bergaduh, habis aku kena 'belasah'. Aku pon kata tak leh jadi ni, talian hayat yang lebih besar perlu digunakan. Aku pon pergi mengadu kat arwah ayah aku.

Lepas tu aku senyum, nak tau kenapa? Dia bawa keluar senjata dia. Rotan panjang. Senjata arwah ayah aku ada banyak jenis. Ada panjang, pendek, tebal dan halus. Dan yang paling 'membunuh' adalah yang panjang dan halus. Huih pedih kalau kena sekali, tobat seminggu jadi budak baik. Maka arwah ayah pon pergilah mencari abang aku, Haa! jumpa!. Aku tengok muka abang aku pon pasrah je, seperti orang menunggu hukuman gantung. Kaki pon jadi longlai. Zap! Swoosh! Fuh, aku tengok pon ngeri.

Kadangkala sekiranya kami bergaduh dan arwah ayah nampak, tak kiralah siapa yang buat dua-dua dapat 'hadiah'. Jadi kami jarang bergaduh depan arwah ayah. Pandai la pulak kan, bergaduh pilih tempat. Dalam keluarga dulu, aku lah yang paling rapat dengan arwah ayah, tapi aku jugak lah yang paling kuat melawan.

Kami satu keluarga keturunan Melaka, lahir kat Melaka (kecuali adik yang bongsu). Dah menjadi sifat orang Melaka ni kasar sedikit, tapi cara pendidikan yang ditunjukkan oleh parents akulah yang aku rasakan antara yang efektif. Sedikit kasar (turun temurun la kot), tapi sayang.

Adik beradik lelaki aku semuanya minat bola. Bila musim hujan, memang kami lagi suka. Boleh main bola dalam hujan. Bila habis main, mak aku dah tunggu kat pintu. Macam tukang jaga kat sekolah tu. Haaa, bila kami nampak mama dah menunggu kat pintu macam tu, paham-paham la lecture nak start dah. Jadi kami bertiga (selalunya berdua) akan duduk kat porch sambil mendengar lecture. "tu la mama dah pesan banyak kali dah kalau hujan terus balik jangan main hujan. Nanti kalau demam siapa susah. Kalau kena sambar petir nanti macam mana". Tapi biasa lah budak-budak, lagi ditegah lama seronok. Perlu dicuba. Masuk wishlist.

Tiap-tiap kali hujan macam tu lah jadinya. Tak pernah serik. Ada sekali tu, rancangan doraemon akan start kat tv pukul 7.30 malam. Kami pon keluar bermain, berlari balik ke rumah. Alamak, pagar kunci la pulak!. Orang nak cepat nih, karang terlepas lagu doreamon. Panggil mak aku, tak ada orang sahut. Abang aku yang sedikit besar dan expert dari aku pon panjat lah pagar tu. Aku pon tengok, ush macam senang je. Aku pon try lah. Panjat, cemerlang. Alamak, tinggi la pulak pagar ni!. Aku pon tak fikir panjang dah, dah lewat dah ni! Fuh aku terjun berani mati, eh eh, seluar tersangkut kat pagar.

Sruup, muka landing dulu. Lepas tu baru aku nampak mak aku keluar bawak kunci. Namun segalanya sudah terlambat. Apa lagi, menangis bagai nak rak la aku. Haha. Doraemon ke, Nobita ke, semua hilang. Sakit ni muka. Macam hantuk muka kat batu, lantai depan rumah tu dah la simen, kalau sofa 5 bintang lembut tahap marshmallow takpe jugak, boleh aku jatuh dengan senyuman.

Abang aku pon cemerlang, menunjuk kan qudwah Hasanah. Ops silap, qudwah yang kurang baik. Salah kan abang pulak, siapa suruh ikut. Kalau hebat takpe la jugak. Semenjak dari hari itu, aku pon berlatih cara memanjat pagar dan menuruni pagar dengan jayanya. Sehingga ilmu memanjat pagar itu telah digunakan dengan jayanya di MRSM Kuantan, dimana bakat itu telah dikembangkan dengan lebih baik lagi. Cabaran lebih hebat kerana temboknya lebih tinggi, pagar nya lebih tajam (Zaman muda aku) .

Aku juga jenis yang tak suka disuruh, dan suka mencabar orang lain. Ada masanya pergaduhan aku dengan abang aku adalah kerana sikap aku. Bila berbeza pendapat, lepas tu suasana menjadi tegang. Sepatutnya boleh dielakkan pergaduhan, tapi aku yang ajak bergaduh (bajet gagah). Ada masanya abang aku siap tanya lagi, "kau ni nak kena tumbuk ke?". Aku dengan muka penuh macho menjawab, "tumbuk lah kalau boleh". Buk, kena sekali kat mata. Menangis terus. Haha. Tu la ingat diri awak tu hebat. Sekali rasa, pasti nak lagi.

Tapi tak kisah la berapa kali kami gaduh, esoknya pon baik jugak. Itulah orang panggil gaduh sayang. :D



Ada juga sekali kami bergaduh sebab game pokemon (ada-ada je) . Abang aku sekolah sesi pagi, dan aku sesi petang. Biasanya, abang aku akan tampal sticky note (maju betul) di monitor komputer untuk bagitahu 'misi hari ini sebelum ke sekolah'. Antara 'misi' yang aku pernah jayakan adalah seperti "latih Pikachu sampai level 40", "Pergi tangkap Hao Hao", "Pergi ke Vermillion City" dan lain-lain lagi. Orang yang tak main pokemon pasti tak tahu apa 'misi-misi' kami ini. Bila sampai di Pokemon-League, saat ni sangat crucial sebab kemuncak kepada game pokemon itu. Kebiasaannya setiap kali sebelum memilih 'kuasa-kuasa' yang hendak digunakan untuk menyerang pokemon lawan kami akan 'save game' untuk memastikan setiap serangan berjalan dengan jayanya (Tiada attack miss, atau tak cukup damage).

Namun ketika itu abang aku ada pesan, jangan save game dalam Pokemon-league. Tapi disebabkan habit yang telah dilatih dan dipupuk dalam diri, aku pon ter-save game jugak. Malam tu bila abang aku dapat tahu, mengamuk habis! Aku jugak yang menjadi mangsa. Tu la tak ikut arahan. Orang kata jangan, pergi buat jugak. Kan dah kena. Esok harinya, aku pon merancang satu plan membalas dendam. Bila bangun pagi, aku pon buka komputer, dan delete terus game pokemon dari komputer. Aku tersenyum puas.

Bila abang aku balik, dia nak sambung main, "Eh dah tak ada?". Tahu lah dia aku punya kerja. Tapi kali ini dia tak buat apa-apa kat aku. Mungkin masa itu dia fikir, "salah aku jugak semalam pergi belasah adik aku ni, dia dah la comel".

Tapi sebab daripada perbuatan aku itu, akibatnya jatuh kepada aku jugak. Aku pon turut tak dapat bermain pokemon. Itu lah, nak balas dendam konon, kan dah tak dapat main.

Usia meningkat, perlu semakin matang

Apabila difikirkan kembali, banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah silam itu. Seperti jangan terburu-buru membuat keputusan, lagi-lagi ketika kita sedang marah. Keputusan yang dibuat pada ketika kita marah adalah tidak rasional. Percayalah. Aku banyak kali melaluinya. It is best to rethink our decision. Keputusan kita itu dipengaruhi emosi dan tambahan ajinamoto dari Syaitan. Penting untuk kita untuk cool down our head and start thinking rationally. Kerana sebab dari decision kita pada ketika itu mungkin membawa kepada sebab yang kurang elok di masa hadapan.

Belajar dari kesilapan lalu. Apabila kisah silam tidak dihayati dan tidak diambil pengajaran, maka history will repeat itself. Very true indeed. Bagaimana kita hendak menjadikan hari ini dan esok lebih baik dari masa yang silam sekiranya kita tidak melihat kepada masa yang silam itu sendiri, benar atau tidak?

Jangan kerana keputusan kita itu, kita mengorbankan apa yang penting untuk kita dan orang lain hanya kerana kita marah pada dia. Orang mungkin sukar untuk menerima apa yang aku katakan. Namun Pengalaman lalu adalah antara guru yang terbaik dalam mendidik kita.

Kita mungkin bukan yang terbaik, tapi siapa kat hanya yang terbaik boleh memberi? Sampai bila perlu menunggu baru boleh berjasa? Kalau macam tu sampai larutlah kita akan hanya berada di pihak yang menerima. Bukan begitu?

Dalam ketika kita memandang kehadapan, jangan lupa menoleh kebelakang.

Wassalam

1 comment:

  1. menarik! sgt agree dgn "Pengalaman lalu adalah antara guru yang terbaik dalam mendidik kita."

    ReplyDelete