Mari ikut blog ini

Monday, 20 June 2011

Flashback: Exam Zaman Muda

Salam,

Peperiksaan hanyalah another bit of your life that you need to go through no matter what is your feeling toward it. Semakin meningkat umur, semakin banyak garam yang kita makan (literally true). Sejak dari tadika lagi, kita dah lalui zaman peperiksaan ni.



Sewaktu aku berada di darjah 5, aku agak blur sebab melalui peralihan dari darjah 3 ke darjah 5 (budak lompat/langkau kelas). Time tu aku sangatlah aktif (bermain). Belajar ni macam menyemak je. Pergi sekolah adalah untuk bermain dengan kawan. No more, no less. Satu masa ni, minggu pendidikan Islam. Jadi time minggu tu ada pelbagai aktiviti berkaitan dengan Islam. Salah satunya kuiz. Siapa dapat jawab paling banyak betul dari setiap kelas akan dapat hadiah. Time tu budak meja depan aku ni memang seorang yang alim (alim itu maksudnya banyak ilmu ok, tak semestinya warak) dengan ilmu agama. Bila cikgu yang jaga tu keluar, hampir semua budak lelaki dalam kelas kerumun si Amar ni. nak tiru jawapan dia. Aku pon tak terkecuali, lagi-lagi aku agak rapat dengan dia. Habis semua jawapan dia aku copy bulat-bulat.

Lepas tu, minggu depannya ketika perhimpunan, hari Isnin diumumkan pemenang kuiz dari setiap kelas. Kebetulan hari Isnin tu aku ponteng kelas, tak ingat sebab apa. Esok harinya, hari Selasa, aku pergi ke kelas. Lepas tu tiba-tiba kawan-kawan aku datang kat aku dan cakap aku memang kuiz tuh. Terkejut beruk la aku. " Ait, aku yang tak tahu apa-apa pon boleh menang?". Fikir-fikir balik baru ingat minggu lepasnya aku copy jawapan si Amar tu. Aku pon pelik, kenapa Amar tak menang.



Lepas tu budak-budak ni cakap yang Amar punya jawapan kena 'banned' sebab bagi orang tiru jawapan dia.

Haha, kesian pon ada, kelakar pon ada. Dia yang layak menang tapi dia tak menang. Nasib baik aku tak pergi sekolah hari Isnin tu, kalau tak mesti lagi rasa bersalah. Sebab nanti akan dipanggil naik ke pentas untuk terima hadiah. Fuhh.

Ok tu satu contoh yang tak baik, meniru. Jangan ikut, kalau tak aku yang berdosa.

Teringat aku pada peperiksaan/ujian bulanan aku yang pertama di zaman sekolah menengah; tingkatan 1. Waktu tengah exam, aku siap pass kertas ke member meja sebelah. Tapi bukan kertas soalan/jawapan la, lebih kepada macam proses surat menyurat jarak dekat. Aku tulis something, then dia reply with some other thing. Kami siap gelak-gelak lagi time tu. I didn't take exam seriously at that time. Lepas tu datang cikgu yang tengah jaga kelas and sound kami. "Mana boleh bercakap time exam!".

Lepas tu kami dah tak bercakap, tapi kami still pass kertas tu sambil gelak kecil-kecilan. Kelakar jugak, i never think about the consequence of my action. Tapi really, i didn't cheat or do anything wrong, just killing the time. Biasa la masa sekolah dulu, lumba siapa habis jawab dulu. Lepas tu sama ada tidur atau bagi sign kat member menunjukkan bahawa kita dah habis. (Poyo habis). Bila dapat result, bukannya tinggi pon markah. Poyo je lebih.

Sepanjang tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, aku tak pernah serius untuk mengulangkaji pelajaran. Sekolah hanya sekadar tempat untuk mengisi masa lapang dan bertemu kawan-kawan. Sehinggalah pada suatu masa di tingkatan 3, beberapa minggu selepas peperiksaan. Aku sampai ke kelas sedikit lewat, tiba-tiba ustazah yang ada dalam tu suruh aku isi semua buku yang aku bawa ke dalam beg. Aku pon jadi hairan, sambil tersengih. Tapi ustazah tu muka serious habis, aku pon hairan. Selalu dia layan je aku sengih. Hee~

Aku pon isi la semua buku masuk beg, bersama seorang lagi rakan sekelas yang turut di suruh berbuat demikian. Lepas tu ustazah suruh pergi berdiri kat satu sudut kelas, berdekatan dengan pintu masuk.

"Hah, sekarang berdiri kamu disitu dan junjung beg atas kepala".

"huh? Ustazah ni biar betul.".

Tapi aku pon buat la jugak. Kelas berlangsung selama sejam rasanya, dan aku pon berdiri la kat ceruk tu selama hampir sejam. Setiap kali orang lalu depan kelas, mesti diorang akan pandang.

Tapi aku macam biasa la, masih sengih-sengih lagi. Tapi dalam hati, "segan woo. Tobat ah Xnak fail lagi subjek Pendidikan Islam."

Bila aku tengok balik kertas jawapan aku, aku pon tergelak. Adoyai, apa benda tah yang aku jawab ni. Antaranya:

Soalan 1: Bagaimana hendak membersihkan cadar yang terkena najis bayi lelaki berumur 2 tahun ke bawah? Apakah kategori najis tersebut?

Jawapan 1: Masukkan cadar tersebut kedalam mesin basuh sehingga hilang warna, bau dan rasa. Kategori: (Kosong, tak tahu nak tulis apa).

Soalan 2: Bagaimana membersihkan lantai yang terkena najis kucing?

Jawapan 2: Isikan air sabun di dalam baldi dan mop kawasan yang terkena najis.

Secara praktikalitinya, memang betul lah apa jawapan aku tuh. Tapi secara akademiknya, aigoo. Fail. Aku still ingat lagi benda ni sebab benda ni memberi impak yang agak besar pada aku, dan juga bila difikirkan kembali, sangat kelakar.

Sejak dari itu, markah subjek Pendidikan Islam aku tak pernah bawah dari 70. Dan aku mula memandang peperiksaan/ujian itu 'as something', not just as exam.

Tingkatan 4, aku dapat tawaran untuk belajar kat MRSM Kuantan. Aku tak hairan sangat pon tentang MRSM, tapi ikut orang. Member ajak pergi ambil ujian kelayakan untuk pergi MRSM, aku pon ikut. Tup tap tup tap, dapat offer. Aku pon pergi la. Lagi satu orang kata MRSM ni 'high-standard', jadi masa ni la nak poyo sikit dengan member-member yang sekolah harian (Astarfirullah). But that was true.

Bila tiba masa untuk ujian yang pertama di MRSM, aku pon masih seperti biasa. Study sambil lewa je. Hari esok nak exam Add Math, aku main chess dengan member sampai pukul 2 pagi. Dahsyat tak dahsyat nya, dah la tak study apa-apa untuk esok punya test, siap main and tidur lambat lagi tu. Beberapa minggu lepas tu, bila aku pergi library tiba-tiba member-member dalam library macam buat muka kagum dengan aku. " Wah hebat la kau", "Gila la kau", "Kau makan apa hah?".

Aku pon, "Hah?". Tak paham kenapa diorang macam tu.

Lepas tu pada hari yang sama ketika waktu kelas add-math, cikgu pon pulangkan kertas ujian. Aku tengok kat kertas tu, tulis 100. Oh, baru aku faham kenapa diorang buat muka kagum dengan aku. Lagi satu, sebab malam sebelum tu aku xstudy langsung pon and main chess lagi tuh. Diorang pon panggil aku genius add math, dll gelaran (selain Bandu).

Lepas dari waktu tu je, aku jadi agak famous (ke aku yang perasan?). Ramai je budak sekolah yang aku xkenal tegur aku. Bukan setakat lelaki, budak perempuan pon. Entah dari kelas mana entah tiba-tiba tegur. (That freak me out a little). Sewaktu tingkatan empat, Kelas aku agak isolated dari main academic building. Ada 3 kelas yang macam tu, kelas aku- G1, kelas G2 dan kelas H1. Jadi pelajar yang aku kenal pon limited kepada mereka-mereka dari kelas tiga tu jela. Bagi aku time tu biasa je, Add Math je pon.

Ok lepas beberapa ketika baru aku perasan, orang akan cakap "Are you kidding me?". Kalau aku cakap Add Math tu senang. Rupanya Add Math ni killer subjek ketika sekolah menengah dulu.

Tapi pada hakikatnya diorang ada tertinggal satu benda.

Selepas PMR, aku tak seperti kebanyakkan budak-budak sekolah yang lain. Next few days after the PMR ended aku pon start semula tuisyen dengan cikgu Faisal (Klik untuk maklumat lanjut). Tapi kali ni belajar subjek Add Math. Aku pon hairan, kenapa belajar subjek nih. Padahal tingkatan empat dan lima nanti banyak je subjek lain. Tapi aku pon layan je la. Aku tuisyen dengan ramai orang, tapi 2 rakan yang paling setia dengan aku; Anas dan Zul Syahmi.

Kebiasaannya, lepas habis PMR (cuti sekolah hujung tahun) pelajar sebaya dengan aku akan spend masa kat rumah, dengan family, ber-laghoo, dan lain-lain. Mak aku pon jadi hairan, kenapa la aku dok semangat sangat pergi tuisyen. Bukannya sehari seminggu, tapi tujuh hari seminggu.  Aku pon hairan, tapi aku rasa maybe sebab aku tertarik dengan konsep tempat tuisyen tu. Datang bila-bila, buat apa-apa. Haa, mesti pelik kan? Pintu tempat tuisyen (rumah) tu tak pernah kunci. Jadi kalau nak datang tengah malam ke, nak balik tengah pagi ke, totally up to me. Selalu je aku tidur kat situ kalau rasa malas nak balik. Kedai Seven Eleven pon dekat je, jadi kalau lapar bila-bila boleh pergi.

Aku jadi seronok dengan life macam tu, tapi masa tu aku tak rasa pelik. Tapi aku tau orang rasa aku pelik. Haha. Very very very uncommon behaviour. Jadi dalam tempoh beberapa bulan selepas PMR hinggalah aku masuk MRSM, aku berjaya cover lebih 50% dari buku Add Math terbitan pelangi tu. (digunakan di kebanyakkan MRSM sebagai buku latihan, dan tahap kesukarannya tinggi).

jadi bila masa di MRSM, aku rasa jawab soalan Add Math macam buat latihan petang-petang. Bila masa untuk peperiksaan pertengahan tahun (60% daripada satu sem punya markah), aku pon terikut-ikut rentak aku. Malam sebelum peperiksaan subjek Add Math, aku pon main chess jugak. Sampai lebih kurang pukul 2 pagi. Tak study jugak. Tapi kali ni aku gagal. Gagal dapat 100%. Dapat 96% je (Tu la bajet bijak sangat).



Pengajaran dan pesanan:

Peperiksaan, tak kiralah dimana dan di tahap mana hanyalah a stepping stone untuk kita melangkah ke tahap yang lain. Lepas, kita naik level. Tak lepas, kemungkinan kita stay di tahap yang sama, next year. Tapi peperiksaan bukanlah segala-galanya dalam hidup seorang pelajar. Jika kita mendapat keputusan yang kurang memuaskan, ataupun kita gagal subjek tertentu, it is not the end of the world.

Ataupun sekiranya selepas exam subjek-subjek tertentu kita rasa down sangat sebab tak dapat buat banyak soalan, atau soalan susah sangat. Usah la kita sedih terlajak pulak, sampai menyebabkan kita tak study untuk next paper atau pun mempengaruhi diri kita dalam menjawab paper seterusnya. Pernah diceritakan kepadaku oleh seorang kawan akan perihal kawannya ketika PMR. Si Abu rasa sangat down sebab rasa soalan sejarah sangat susah. Subjek yang seterusnya adalah geografi. Disebabkan terlalu down, Abu tidak bersemangat untuk menyiapkan dirinya untuk menghadapi subjek Geografi.

PMR pon selesai dan tiba harinya untuk result PMR keluar. Jeng3x, sekali Abu dapat A untuk subjek sejarah tapi dapat C untuk subjek geografi. Rugi kan? Membazir je dia down untuk subjek sejarah, padahal dia dapat A. Kalaulah dia dapat gunakan masa selepas exam subjek sejarah tu untuk mengulangkaji subjek geografi, mungkin dia boleh dapat A untuk kedua-dua subjek tu.

Ada juga diceritakan perihal seorang pelajar postgraduate (phD), Ahmad. Bagi Ahmad, research nya adalah segala-galanya. He devoted too much of his life to complete his research. Sampai solat ada tertinggal, family terabai. In the end, Ahmad gagal menghabiskan research nya dalam tempoh yang ditetapkan dan biasiswa Ahmad ditarik balik. Bila benda camni berlaku, Ahmad menghilangkan diri, meninggalkan keluarga dan anak. Adakah kita mahu benda begini berlaku? TIDAK.

Jangan meniru ketika exam, mungkin kisah aku ceritakan diatas tu bertentangan dengan apa yang aku cakap ni, tapi percayalah kamu tak mahu di tangkap red handed when you are doing so. Lebih-lebih lagi, sebagai contoh di University of Adelaide sesiapa yang ditangkap meniru boleh di gantung tempoh pembelajarannya sehingga 3 tahun lamanya. Kalau dah kena camtu, ingat boleh patah balik masa? TIDAK.



Jangan serabut-serabut kan kepala. Macam mana tu? Ok ni tips dari seorang kawan yang expert dengan 'study last minute'. Kita ada masa yang sedikit untuk study subjek ni, esok nak exam dah. Tapi Kita banyak lagi tak baca. Jadi kita mengambil inisiatif untuk membakar pelita waktu malam (Burn the midnight oil) untuk menghabiskan semua bab dalam subjek itu. In the end, kita kurang paham tentang kebanyakkan benda yang kita baca.

Katanya, lebih baik kita baca betul-betul mana yang boleh, daripada kita terhegeh-hegeh nak habiskan semua benda dan satu hapak pon tak masuk kepala. Bahagian yang kita baca betul-betul tu, inshaAllah bila keluar soalan tentangnya kita boleh jawab. Bahagian yang kita tak sempat baca? Wallahualam. Berbanding kita baca semua bab tapi bila keluar soalan, kita blur, tak tau nak jawab apa. Something is better than nothing.

But of course i don't recommend to you to do this, unless if you are currently in this kind of situation.

Jangan over-confident. Jangan jadi macam aku seperti ketika menjawab soalan Add Math tu, sekali Allah nak tunjuk, terus tak dapat. Usahalah sebanyak yang boleh, kerana sunnahtullah nya mereka yang berusahalah yang berjaya. Dan mereka yang usaha lebih lah yang dapat lebih. Man jadda wa jada. Tapi kita perlu ingat bahawa setiap hasil yang kita perolehi bukan atas usaha kita, tapi atas ketentuan Allah. Mungkin kita dah usaha 200%, tapi kita dapat keputusan yang kurang elok.

Allah knows best. Mungkin bagi kita pada masa tu amat frustrated, tapi ketentuan Allah tak pernah mengecewakan.

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Al Baqarah: ayat 216) 


Wassalam

6 comments:

  1. wah panjangnya entri. studi2!

    ReplyDelete
  2. fuh power siot. aku teringat member aku yg menangis sbb math xdpt A. aku nk pass pon struggle.

    ReplyDelete
  3. ni paku komen sebelum baca ke selepas baca?baca dulu.hehe

    ReplyDelete
  4. huiyo genius math tu..setakat soklan ln ke log aku tanye mmg kacang goreng~

    ReplyDelete
  5. Ihsan and anonymous: zaman sekolah punya. bia masuk uni hancus. hehe

    ReplyDelete
  6. ckgu math perempuan (x ingat dah namanya) yg ajar 4G1 time tu pun sgt best la...dia ajar satu2 & Alhamdulillah boleh faham...tp,keseriusannya tak dpt dinafikan la ^_^ ...

    ReplyDelete