Mari ikut blog ini

Monday, 16 May 2011

Jangan lupa jemput ye!

Salam,

Ok entry kali ini hanya sekadar berkongsi satu 'kisah' yang aku dapati sangat menarik dan mengetuk jiwa. Dush.

Kisah antara manusia, tahjud dan subuh. (diubahsuai)

manusia :Ya Allah!! dah 5:30 am. Aku ada date dengan subuh kejap lagi kat masjid..kenapalah aku bangun lambat??
Ya Allah, aku terlupa jemput tahajud!

manusia pun berlari menuju ke pintu utama rumah dan terus menunggu.. manusia lihat
tahajud sedang menunggu di depan pintu.

manusia : tahajud!!aku minta maaf x sempat jemput kau.

tahajud : kenapa kau lupa jemput aku?? aku sangat sedih..kau tau kan betapa besarnya
pahala kalau kau jemput aku??

manusia : ya, aku tau..tapi aku terbangun lambat..kejap lagi nak keluar pergi jumpa subuh pulak, aku kena bersiap nih. aku janji esok aku akan jemput kau , tahajud. insyaallah..

tahajud : x pelah..aku tunggu kau jemput aku esok. aku balik dulu.. karang terlewat pulak temujanji kau dengan subuh di Masjid

manusia : baiklah tahajud..assalamualaikum.

tahajud : waalaikummussalam.

vroom vroom, bunyi kereta meninggalkan halaman rumah menuju ke masjid. Kelihatan subuh sedang menunggu di Masjid.

subuh : oh manusia..masuklah...terima kasih sebab kau sudi bertemujanji dengan aku kat sini. banyak manusia lain yg x sudi berjumpa denganku. tadi on the way aku ke sini, aku terserempak dgn tahajud. aku nampak mcm dia sdg menangis.wahai manusia, adakah kau tau kenapa?

manusia terkejut dan berasa bersalah.

manusia : ye ke?? Ya Allah..kesiannya tahajud..aku lupa jemput dia td. Tp aku dah janji akan jemput dia esok.

subuh : moga kau dpt jemput dia esok.

setelah seketika di masjid....

manusia : oklah subuh, kita jumpa lagi esok hari kat Masjid.

manusia :insyaallah..waalaikummussalam.

Diubahsuai dari [sini] 

p/s: Terkena pada diri. Minggu lepas tak sempat pon jemput tahajud ke rumah. Kesian dia tunggu kat luar. Temujanji dengan subuh kat masjid pon dapat sekali je. InshaAllah akan cuba perbaiki lagi.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Ameen.

Saturday, 14 May 2011

Dari Tanduk berkrim kepada Cinnamon bergulung

Salam,

Hari minggu adalah suatu hari yang kebiasaannya dinanti-nantikan oleh pelajar. Begitu juga aku. Kebiasaannya hari Sabtu dan Ahad aku agak sibuk, namun keadaannya berbeza untuk minggu ini. Hari Sabtu kali ini agak sedikit lapang. Aku sememangnya telah pon merancang apa yang ingin aku lakukan hari ini. Membawa tema sedikit berlainan berbanding yang biasa. Cuba teka apa dia yang berbezanya minggu ini?

Aku menjadi tukang roti!

hooray!

Tuesday, 10 May 2011

Mari kita berbicara. raja dengan raja. hamba dengan hamba.

Salam,

Manusia ini berbagai ragam, kerana mereka tidak diciptakan unik, yakni hanya satu jenis, satu warna, satu bangsa. Apatah lagi perwatakan dan cara mereka berbicara.

Seronok apabila dapat memanjangkan pendapat dan ilmu kita kepada orang lain disamping berkongsi idea dan pengalaman. Namun, sesebuah perbualan itu boleh menjadi kurang enak atau menjadi tegang apabila berlaku 'clash of point-of-interest' atau pon sesetengah pihak memandang rendah kepada pihak yang lagi satu ataupun sekiranya tiada toleransi diantara kedua-dua pihak.

Ketika berbicara, kita perlulah pandai mengambil kira status 'audience' kita, adakah mereka sekepala dengan kita? Ataupun mereka mempunyai pendapat yang berbeza dengan kita. Ataupun mungkin juga mereka hanya disitu untuk menjadi orang ketiga, iaitu mereka yang hanya mendengar. Sama kepala, tiada masalah. Berbeza, disitu akan munculnya permasalahan. Adakah kita berbicara dengan kanak-kanak ataupun seorang yang dewasa? Itu turut memainkan peranan.



Jika seorang raja berbicara mahupun berbual dengan seorang hamba, adakah kan sama cara perbualannya diantara rakyat-rakyat jelata? Tentu sekali tidak. Suasana akan menjadi kekok, mungkin akan lebih kepada perbualan satu hala. Dimana si hamba hanya akan mendengar dan mengiyakan apa yang diperkatakan oleh si raja tadi. Masakan tidak, sekiranya si hamba menafikan walau sepatah kata bicara si raja, maka hilanglah nyawa dari jasad tadi. Itu apabila yang berbual itu adalah mereka yang 'tipikal'. Memandang nilaian yang ada pada seseorang itu melalui statusnya didunia, kekayaannya, dan segala apa yang boleh dipandang dengan mata kasar. Namun, bukankah nabi kita Nabi Muhammad SAW mengajar kita agar melayan semua pihak dengan baik, tanpa mengira siapa mereka? Hamba mahupun raja.

Sunday, 8 May 2011

Alhamdulillah

Salam,

baru sahaja selesai dengan pertandingan futsal anjuran MASCA cawangan South Australia. Alhamdulillah, ada rezeki untuk menduduki tempat pertama. Rezeki di tentu Allah, tak kira bagaimana kita usaha, rancang dan berapa telitinya kita dalam melaksanakannya, hasil akhirnya bukan letaknya pada kita.
Bergambar selepas tamatnya pusingan akhir
dari kiri: Azam, Annas, Naim, Yusri, Aizat, Safwan, Zulhazri, Lutfi

Semuanya bermula pada tahun 2010, apabila aku mula mencari pemain-pemain untuk menubuhkan satu kumpulan futsal. Pertandingan pertama kami, ISMA CUP 2010. Satu-satunya tournament futsal yang dianjurkan pada tahun itu di Adelaide.

Gambar kenangan ketika futsal ISMA CUP 2010

Entry kali ini sekadar ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sepasukan yang sehingga kini bermain dengan sangat cemerlang. Thank you Allah. Thank you guys.


Bermain sukan yang aku minat disamping mereka yang hebat, bukankah patut aku bersyukur?

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (surah Ar-Rahman)

Semoga aku tergolong dikalangan hambaMu yang sentiasa bersyukur. 

p/s: Bersama Team OLE, telah memenangi 3 kejuaraan sepanjang penubuhan. Alhamdulillah.

Wednesday, 4 May 2011

Versi Muhasabah Diri: Bergegas vs Tergesa-gesa

Salam,

Manusia sering mahukan sesuatu itu, seboleh-bolehnya hasilnya diperolehi secepat mungkin. Bergegas itu ada banyak kebaikannya dan tergesa-gesa itu lebih banyak keburukannya, bergantung pada situasi dimana sifat itu diimplimasikan.

Bergegas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan? Petanda seorang pelajar/pekerja yang produktif.

Tergesa-gesa menyiapkan tugasan yang diberikan? Kebarangkalian untuk tugasan itu kurang memuaskan adalah tinggi.

Saturday, 30 April 2011

Usaha, doa, tawakkal. Yakin!

Salam,

Hairan. Memang menghairankan. Apa yang menghairankan? bagaimana cara manusia berfikir. Terutamanya orang Melayu. Melayu? YES. MELAYU.

Ada apa dengan orang Melayu ni?

Macam-macam.

Apabila berlaku sesuatu perkara, sesuatu musibah, selalunya apa yang terkeluar dari mulut orang Melayu adalah seperti 'moga-moga sinar harapan akan muncul', 'inshaAllah nanti ok la tu' dan seumpamanya.

So? Apa salahnya cakap begitu?

Definitely nothing is wrong with it.

But for 1 thing. Kamu meminta, mengharapkan agar sesuatu akan berlaku tapi kamu hanya bergoyang kaki sahaja.

Things just does not work that way.

Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia"

 (An Nahl:40)

Mempelajari sirah, mencontohi yang terbaik.

" Abang Ayit, kenapa kita masih buat sesuatu benda tu sedangkan semuanya dah tertulis di Lauh Mahfuz?", adik aku mengemukakan persoalan.

Aku tersenyum. "Agak-agak kenapa?", aku cuba membuatkan dia berfikir lebih jauh.

Dia terdiam. Lama juga. Wajahnya runsing. Dia kembali melihat kepadaku. "Alaa tak tau la"

Aku tersenyum kembali. "OK macam ni la, memang telah tertulis di Lauh Mahfuz akan segala-galanya yang akan berlaku sejak sebelum kita lahir lagi. Tapi, ingat ini satu perkara. Kita tak tahu apa yang tertulis di Lauh Mahfuz. Kita cuma tahu telah tertulis apa yang akan kita lakukan, apa yang akan berlaku namun pengetahuan itu adalah beyond our knowledge". Aku menerangkan. Aku bukanlah seorang alim yakni seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Namun aku berusaha menerangkan sebaik mungkin pada tahap pengetahuan aku.

"Oooo, betul jugak tuh. Bukannya kita dah tau apa yang tertulis disitu" katanya sambil mengangguk tanda faham.

"Tapi, ada sesetengah pihak yang menyalah faham akan perkara ini. Sebagai contoh, mereka mencuri dan apabila ditangkap dan ditanya mengapa mereka mencuri. Mereka berkata: Jangan salahkan aku kerana mencuri kerana aku telah ditakdirkan untuk mencuri", aku menambah dengan contoh supaya mudah dihadam olehnya.