Sekarang sudah lebih sebulan dah cuti akhir penggal (cuti summer). 2 minggu selepas paper terakhir exam, walaupun cuti tapi hari-hari diisi dengan berbagai perkara dan aktiviti yang boleh dikatakan bermanfaat.
Aktiviti2 untuk mengenyangkan rohani, aktiviti untuk mengisi jiwa yang disusun oleh ISMA-SA. Menarik, tapi juga memenatkan. Antaranya adalah seperti bengkel2, daurah, mukhayyam, dll. Sekiranya tidak mempunyai aktiviti, aku akan mengambil peluang itu untuk bekerja.
Cuba teka kerja apa? :D
Kerja jadi buruh kasar. hehe
Kerja memetik buah strawberry. Tahun lepas pon jadi buruh kasar juga, jadi pemetik buah Cherry. Tapi pulangannya tidak lumayan. Hanya $8 sebakul, dan saiznya memang besar, tidak padan dengan harga. Hari pertama kerja memetik Cherry, memang semangat. Tapi walaupun selaju mana pon aku bekerja, paling banyak hanya boleh dapat 5-6 bakul sehari. Jadi semangat pon dah luntur, jadi kebanyakkan masa digunakan untuk memakan buah Cherry. Memang lazat. Berbeza dengan Cherry di Malaysia, sangat berbeza. Buahnya besar, juicy dan sangat sedap. Kalau dipasaran, memang mahal. mencecah $13 sekilo (rasanya).
Ok, itu tahun lepas. Tidak mahu banyak bercerita mengenai tahun lepas. Yang lepas, biarkannya berlalu. Mari bercerita mengenai memetik Strawberry. Pengalaman bekerja hari pertama. Elok-elok sehari selepas kertas peperiksaan terakhir. Seperti tahun lepas, perlu bangun seawal 4 pagi. Untuk menyiapkan bekalan, mandi, bersarapan, dan menyiapkan apa yang patut. Perjalanan ke tempat kerja (ladang di Adelaide Hill) memakan masa lebih kurang 40 minit. Perlu mula bekerja pada pukul 6 pagi. Subuh masuk dalam pukul 4.15 pagi. Jadi agak bertepatan waktunya. Dalam pukul 6 pagi matahari sudah mula kelihatan.
Hari pertama, agak bersemangat. Kerana bayaran kali ini agak lumayan. $13 sejam. Berbanding dengan memetik Cherry, $8 sebakul. Paling cepat mampu dipenuhkan sebakul adalah dalam masa sejam setengah. Aku bekerja agak lambat. Waktu bekerja adalah berdasarkan diri sendiri. Tapi aku kira paling awal adalah pada pukul 12 tengahhari. Cuba kira berapa jam? 6 pagi sampai 12 tengahhari. 6 jam minimum. Hari pertama aku bekerja sampai pukul 2 petang. Berehat sekali pada pukul 10 pagi selama setengah jam. 7jam setengah. 7.5 x $13=97.5 dollar sehari. Agak tinggi. Tapi meletihkan dan rasa macam nak patah pinggang. Itu hari pertama.
Kenapa macam nak patah pinggang? Sebab kalau tak tau, pokok strawberry tu paling tinggi pon xsampai tinggi lutu, kalau berdiri dari tanah yang sama. jadi habis letih la membongkok berjam-jam. Kenapa tak duduk je?
Xleh, sebab nanti kerja lambat. Disitu, ada supervisor yang memantau pekerjaan kami. Kalau kami duduk, confirm akan kena tinggal dengan pekerja yang lain. Kat situ bukan orang melayu je yang kerja. Majoriti adalah orang Afghanistan/India. Aku berkenalan dengan beberapa orang disitu. Kebanyakkan mereka mesra. Mudah dibawa bercakap. Kalau aku tak tegur, mesti dia akan tegur. Aku agak amuse apabila ada beberapa orang non-malay yang mampu bercakap bahasa melayu. Agak fasih. Ditanya bagaimana dia tahu berbicara bahasa melayu, jawabnya dia pernah bekerja di Malaysia untuk beberapa ketika.
Kadang-kadang mereka akan bersenda gurau, walaupun kadangkala lawaknya kurang aku faham. Tapi apabila mereka yang lain gelak, aku pon layan jela. Kang orang kata sombong pulak kan?
Pada hari pertama, seorang supervisor akan mengajar bagaimana hendak memetik buah strawberry. Berbeza dengan cherry, strawberry tidak boleh dipetik dengan tangkai attached kepada buahnya. Kalau cherry kena petik dengan tangkai. Sebab apa? aku pon tak tau. Tapi sebab dia ajar camtu, aku layan jela. Setiap seorang dari kami akan disediakan beberapa bakul. Kami perlu menyiapkan sebaris demi sebaris yang dipenuhi pokok strawberry. Both sides, kiri dan kanan. Masa yang diambil untuk menyiapkan satu barisan kiri dan kanan bergantung kepada panjang satu barisan itu, ketebal daun, bilangan buah pada satu pokok, serta semangat untuk berlumba dengan orang sebelah(hehe).
Mula-mula memang semangat, seronok kerja laju-laju. Sebab bila tengok orang lain masih tertinggal dibelakang, jadi best. Dan tak tertekan. Itu untuk section pertama. Tempat aku bekerja ni ada dua ladang, dan setiap ladang ada banyak sections. Rasanya dalam 6 sections. Dan kepadatan buah-buahnya berbeza bagi setiap sections. Ada juga jenis buah yang berlainan. Baru aku tau strawberry pon ada jenis lain. texture dia lain. Tapi tak tau apa nama jenis dia.
Dari mula-mula memetik sambil membongkok, lepas tu dah letih dah. Motivation berkurangan, mula cangkung. Pastu duduk, merangkak,berenang dan macam-macam gaya. U name it.
Lebih kurang camni r, bekas dia pon lebih kurang, cuma orang ni x merangkak
Itu hari pertama. Bila balik umah je, duduk atas kerusi pon sakit pinggang. Malam tu habis tidur nyenyak sungguh. Begitu la minggu-minggu awal cuti. Bermanfaat, kot. Dah lama nak tulis tentang benda ni, tapi sebab busy tak sempat nak tulis.
Sekarang ni dah agak lengang. Students pon dah ramai balik Malaysia. Minggu lepas, dapat gaji. hooray!
Tapi dah lama tak gi kerja balik, bila ye nak sambung kerja ni. Asyik hujan je sekarang. Pengalaman yang lain dari yang lain. Plan nak buat internship tahun ni tapi macam dah lambat je, balik Malaysia pon 1/1/2011. Kalau nak buat intern pon paling lama sebulan je. hurm.. Tengok la macam mana nanti.
Wassalam
selamat farid...
ReplyDeletepinggang ana dah patah....^_^
ohh2..kerja2...bagus2...
ReplyDeletecuti lagi...???
Armiza: best kerja, cari pengalaman. sementara masih muda ni la boleh kerja berat2. cuti sampai bulan 3 tahun 2011
ReplyDelete