Mari ikut blog ini

Tuesday, 14 December 2010

Berbicara mengenai Fikrah

Salam,

Beberapa hari yang lepas, aku menghadiri majlis makan-makan yang bertajuk 'Makan ketam dan Tazkirah Maal Hijrah'. Majlis ni bersifat tidak formal, dan Person In Charge (PIC) adalah aku. Majlis ini adalah kesinambungan dari program menangkap ketam di Port Parham beberapa hari sebelum itu.Diadakan di Asquith (SQ), hampir kesemua pelajar undergraduate yang masih belum pulang ke Malaysia hadir. Kehadiran telah melebihi jumlah yang dijangkakan dan mereka yang hadir tidak dapat menambah nasi kerana telah habis.

Selesai tazkirah oleh Dr Duwe, maka semua orang memenuhi ruang disekeliling talam-talam yang telah disediakan oleh pihak tuan rumah. Selesai makan, aku mengambil tempat berdekatan dengan sudut belakang ruang tamu rumah berkenaan. Aku menggunakan masa yang ada untuk berbual dengan beberapa orang rakan. Selang beberapa minit, tiba-tiba aku didatangi oleh salah seorang tetamu yang hadir. Beliau seorang tabligh. Aku menghormati mereka-mereka yang terlibat dengan tabligh kerana mereka kebanyakkannya mempunyai kemahiran bercakap yang tinggi, pandai mengambil hati, berani mendekati seseorang yang tidak mereka kenali, dan sanggup pergi ke destinasi-destinasi asing untuk berdakwah. Mungkin ada banyak lagi kelebihan mereka, tapi cukup sekadar itu aku katakan.




Beliau mendekati aku dan bertanyakan mengenai peristiwa yang berlaku beberapa hari sebelum hari itu. Peristiwa itu berlaku di Facebook, dimana beliau telah mengkomen status aku dengan bertanyakan soalan yang seringkali ditanyakan kepada aktivis ISMA. Mengapa ISMA hanya menumpukan terhadap orang Melayu? Kenapa ISMA racist? Dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya,

Diantara hujah-hujah beliau adalah Usrah Rasulullah SAW pada ketika dulu tidak hanya melibatkan satu kaum sahaja, malah terdiri dari berbagai kaum seperti Yahudi, Lebanese, dan lain-lain.

Beliau menekankan mengenai usrah, kerana usrah yang dianjurkan oleh ISMA hanya melibatkan orang Melayu sahaja. Aku menjawab hujahnya dengan mengatakan mengenai bahasa komunikasi dimana bercakap dan berhujah didalam bahasa melayu adalah lebih effective, dan mereka yang menyampaikan dapat menggunakan terma-terma yang mereka tahu. Begitu juga dengan pendengar, percakapan akan lebih mudah difahami dan didalami kerana bahasa melayu adalah 'mother tongue' kita.

Kemudian beliau berkata kembali, bahasa bukan penghalang. Beliau berkata lagi, bukankah dulu ramai wakil-wakil/duta-duta Islam yang dihantar oleh Nabi SAW ke negara-negara tidak tahu bercakap dalam bahasa negara yang mereka kunjungi itu?Tapi bagaimana dakwah mereka dapat diterima?

Aku agak terkedu disitu, kerana apa yang dikatakannya benar. Aku agak kebuntuan dan tidak mampu menyampaikan hujah untuk menyokong penyataan aku.

Beliau berkata lagi, kita patut memanfaatkan masa di negara orang. Janganlah kita menyempitkan pemikiran kita dimana usrah itu patu hanya melibatkan orang melayu sahaja. Ambil kesempatan ini untuk bersama-sama dengan bangsa-bangsa lain dimana kita tidak boleh melakukannya di Malaysia.

Aku agak bersetuju dengan apa yang dibicarakan oleh beliau. Tapi tidak mengenai usrah. Aku masih lagi berpegang pada kata-kata aku sebelum itu bahawa penggunaan bahasa english didalam usrah sedikit sebanyak akan mengurangkan keberkesanan usrah itu sendiri.

Beliau menyangkal idea aku. Katanya, kita tidak perlu berbicara mengenai hal-hal yang khilaf dan perkara-perkara yang susah.Cukup sekadar berbicara mengenai perkara-perkara yang simple, asas dan mudah diterima.

Ada benarnya apa yang dikatakan, tapi adakah cukup sekadar berbicara mengenai perkara-perkara asas sahaja? Bagaimana dengan perkara khilaf itu? Adakah patut dibiarkan begitu sahaja? Aku tidak mengatakan tidak kepada bergaul dan bersama-sama dengan kaum lain (Muslim) malah aku menggalakkannya. Tapi dengan perbezaan mazhab, banyak perkara-perkara yang akan terpaksa dijauhi daripada dibangkitkan kerana bimbang akan menyakiti atau menimbulkan pertengkaran dengan mereka yang bermazhab lain. Itu pendapat aku.

Beliau menyatakan ketidakpuasan dengan usrah yang hanya melibatkan orang melayu sahaja. Pulang dari majlis malam itu, aku berfikir sendirian mengenai apa yang diperkatakan beliau. Akhirnya aku 'come-out' dengan beberapa hujah. Ok back to who we are. Kita orang Melayu, dan di Adelaide boleh dikatakan hampir semua mereka yang berusrah dibawah naungan ISMA adalah pelajar, dan akan pulang ke Malaysia suatu hari nanti. Bagaimana apabila kita pulang di Malaysia kelak? Adakah kerana kita mengatakan bahawa berusrah dengan orang melayu sahaja adalah assobiyah, maka apabila pulang di Malaysia nanti kita akan berhenti berusrah? Atau pun kita akan mencari mereka yang berlainan bangsa ? Bukankah perkara itu agak susah dicapai?

Hakikat perkara ini adalah mengenai kesinambungan usrah itu. Aku tidak anti kepada idea beliau itu, tapi aku kurang setuju dari segi keberkesanannya dan kesinambungannya.

Selain itu apakah matlamat seseorang itu? Adakah sekadar mengajak orang lain untuk pergi ke Masjid? Adakah sekadar cukup untuk kita menyampaikan dakwah kita terhadap seseorang itu dan kemudiannya meninggalkannya untuk berusaha sendirian? Dan dengan itu mengatakan aku telah menyampaikan?

Adakah berkesan usaha begitu. Bukankah pemantauan secara berterusan itu akan membantu membina sesuatu individu itu dan mengelakkannya dari akhirnya berputus asa kerana tiada orang yang mampu untuk memimpinnya? Bermulalah dari bawah.Bermula dari membentuk peribadi muslim, keluarga muslim dan masyarakat muslim. Kemudian menuju ke negara Islam dan kemudian negara-negara Islam yang wujud bersatu membentuk sistem khalifah dan dengan itu kita akhirnya akan menjadi Ustaziatul Alam yakni pendokong kepada bumi ini sebagai wakil dari Allah. Bukankah umat Islam itu adalah pemimpin?

Banyak yang ingin dibicarakan tapi cukuplah berhenti disini buat masa sekarang.

Janganlah taksub dengan sesuatu itu kerana itu boleh menyebabkan hati kamu buta, dan tidak menerima apa yang bercanggah dengan perkara yang kamu taksub itu.

"...Maka tanyalah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui"
Al-Anbiya, Ayat 7

"Pendapat yang mengatakan wajib bertaqlid kepada Imam tertentu, menerima pandangannya sahaja dan menolak pandangan yang lain adalah haram di sisi agama."

Lebih dari itu, Sheikhul Islam Ibnu Taimiah juga telah berkata:

"Orang yang berpendapat sebegini sekiranya tidak bertaubat hendaklah dibunuh."

Ini adalah kerana orang yang berkata wajib bertaqlid di dalam urusan agama kepada Imam yang tertentu, mengambil kata-katanya semata dan menolak kata-kata yang lain, seolah-olah telah menjadikan Imamnya pencipta undang-undang dan nabi yang maksum. Ini tidak dibenarkan di dalam Islam. Orang yang mengatakan kata-kata ini hendaklah bertaubat. Sekiranya dia berterusan begitu, dia telahpun terkeluar dari Islam pada pandangan Ibnu Taimiah. ( Diambil dari http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id146.html
)

Aku masih muda, dan kurang berilmu. Maka tunjukkan padaku bagaimana caranya jika aku salah, bimbing aku jika aku jatuh. Kerana aku adalah pelajar, yang belajar.

Wallahualam

Wassalam

5 comments:

  1. knp melayu??itu cuma wasilah ke arah ustaziatul alam...bukankah dalam membentuknya perlukan individu2 muslim yang mamtap,dan seterusnya masyarakat,negara,khilafah...dan akhirnya ustaziatul alam..
    melihat realiti negara malaysia, melayu bangsa yang paling berpengaruh, paling kuat.apa lagi melayu sgt2 sinonim dgn islam.jadi, perlu saja difokuskan sedikit pada melayu.seperti mana rasulullah tidak mengubah pimpinan quraish selepas fathul mekah..bukan bermaksud sma aliran dengan UMNO.
    namun perlu diingat,itu cuma wasilah fikrah ini..once pengaruh itu beralih,maka beralihlah kita...bukan tidak tetap pendirian, tapi bermatlamat...
    kita dalam berjemaah perlu ade taa'dud jamaah..(adap berjemaah)..bukan mengkritik bahkan menghormati...jemaah mana pun kita,bila sudah tertegaknya khilafah..semua skali perlu berbaiah..jgn ta'sub....nanti di mahsyar sna,pertanyaan Allah pada usahamu dalam da'wah..bukan usrah mana kamu...good work farid...nanti kita bincang lagi ye?-zul

    ReplyDelete
  2. amboi abe luh. panjang komen. :D
    Stuju. Bergerak bersama ISMA pabila matlamat itu sama. Jika sebagai contoh ISMA tidak lagi bermatlamatkan yang sama, perubahan itu perlu dengan mencari wasilah lain.
    btw npe x gune account wordpress? still guna anonymous.

    ReplyDelete
  3. betul tu.....
    tapi,apa yang cuba ana maksudkan is,jemaah menukar wasilah bukan kita menukar jemaah..( buat masa ini)
    jika betul jemaah tidak lagi relevan,then,juga perlu dditukar....^_^..
    ana ada sikit entry tentang ini..

    ReplyDelete
  4. salam3lyk..

    sokong zul..
    tp mgkin perlu lbh open.
    fikir gerak kerja d msia n kbrkesanaan n mtlmt mllaui cra y halal n baek.

    cr betul2-kamu akn jumpa~~

    barakallahufik

    ReplyDelete