Mari ikut blog ini

Friday, 25 February 2011

Malaysia - Perth - Adelaide

Salam,

It has been awhile but it is never too late to re-blogging again.


1st time naik Airasia

Sewaktu di Malaysia, banyak entry yang hanya tersimpan sebagai 'draft'. Ada sebahagian yang sudah selesai ditulis namun aku tidak menekan button 'publish post' dan sebaliknya hanya menekan button 'save now'. Kenapa? Ada banyak sebabnya, mungkin kerana masih belum tiba masanya, mungkin kerana aku malas hendak menyudahkan ceritanya dan lain-lain.


 Adelaide is like a cube of ice inside a red hot burning fire.

Ok la mungkin agak merepek disitu.

Kali ini aku ingin menceritakan pengalaman aku terbang ke Adelaide dari Malaysia buat kali ke 3, dan kali ini, ALONE.

Aku mengambil dua flight untuk tiba ke Adelaide, satu Airasia dan satu lagi Virgin Blue. Flight pertama adalah ke Perth. Dengan selamba ya ya nye tanpa secebis pengetahuan pon tentang bagaimana rupa airport Perth aku pon terbang ke terminal antarabangsa lapangan terbang Perth, Australia. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 4jam dan 30 minit. Random seat yang diberikan oleh Airasia kepada aku adalah 39g, aisle seat. Aku memang suka bangat la location seat nih, memudahkan pergerakan aku ke tandas or kemana-mana (macam la boleh pergi memana dalam flight).

Di atas flight aku hanya membawa sebatang lolipop sebagai backup sekiranya aku ttiba kelaparan. Sound ridiculous(indeed it is) tp itu la apa yang berlaku. 1st time menaiki Airasia, aku mendapati  bahawa mereka ada hobi pelik sebelum mula terbang iaitu headcount aka mengira bilangan kepala yang ada di dalam kapal terbang. Dan yang lebih menarik hati adalah mereka menggunakan alat seakan-akan tasbih counter versi mekanikal (alaa, yang tekan2 tuh, xkan xpnh tgk kot) untuk mengira bilangan kepala. Jadi sepanjang beberapa minit tu berbunyi la ketak ketak ketak (bunyi alat itu ditekan). Dan mereka akan ulang alik beberapa kali untuk confirmation.


The good news is Airasia is not as bad as what i have been told or what i have heard before. Seat kocik la, xde space untuk kaki la, tu la, ni la. Amboi banyak songel betul. Aku rasa semuanya lebih kurang je, kalau dah nama economy class. One thing that obviously missing is free in flight entertainment. Down!. Itu la benda yang penting kalau naik flight ni. Untuk menghilangkan bosan. Sape kata naik flight bosan, he is a liar. Jadi takde la tv depan mata, maka mata pon dok melilau je kiri kanan atas bawah depan belakang atau pon tertutup. Seb bek 4jam seteng je. Kalau 8 jam macam ke Adelaide direct flight tak ke mati kebosanan aku.

Di seat belakang aku pulak (aku duduk kat bahagian tengah dalam flight, dan kedudukan hujung kanan), ada tiga orang minah melayu. Students yang belajar kat Perth. Jadi at least ada lah aku punya entertainment, benda2 yang mereka borakkan. Nak tutup telinga mcm mustahil, jadi aku pon pasang je la.Cuma siaran kurang jelas kerana mereka malu aku dengar?Tapi aku dengar jugak.

Antara perkara yang i don't know what are you merepek-ing about adalah seperti :

"Kamu tak tau ke kastam tu maksud BM untuk immigration?"   -errr?

Ok fine whatever.

 Sepanjang perjalanan, aku poyo je dengan hanya memakai sehelai t-shirt berlengan pendek. Dan apabila mak aku pesan untuk pakai sweater aku lagi sekali poyo cakap, "I kan orang OZ, biasa la sejuk2 nih".

Kemudian tibalah aku di Airport Perth. Wow not bad bro. Cantik gak. design dia unik. Tapi kedai makan dia sikit, atau aku yang xjumpa? Sewaktu keluar dari kastam/sekatan/beratur panjang pekejadah/immigration aku pon mencari tempat solat. Eh orang kata sini de prayer room tapi di mana ye? Aku pon call member yang pernah gi sini. Dia pon cakap, lu gi sini, belok kiri belok kanan panjat bukit redah belukar pastu sampailah. Aku pon ikut la pe dia cakap, tup tap, eh pesal dinding je nih?


Tengah under renovation rupenye. Ceh. Aku pon solat bawah eskalator je. Pastu aku rasa agak haus jadi aku pon pergilah membeli sebotol air, satu batang muesli bar dan satu ubat sakit tekak. Settle. Bekal untuk sepanjang perjalanan+breakfast. Airporth Perth ni memang gemar menyusahkan 1st timer. Aku dah tau kalau nak amik domestic flight kena naik bas ke terminal domestic. Awat la hang bijak sangat buat jauh2. Buat la macam KLIA tu, mantop.

Keluar je dari perkarangan airport, wuuush~~ sejuk woo angin OZ. lama tol x rasa sejuk menusuk tulang. Dan hanya beberapa tiupan, ttiba aku rasa aku selesema. Barulah aku nak bawak kuar aku punye sweater.
Aku pon mencari-cari bas yang akan menuju ke domestic terminal. Tanya member, dia kata bas kaler ijau. Jenuh naa aku tunggu mau sejam, tak jugak sampai2. Pastu aku pon resah gelisah, flight pukul 7.45pagi. Sekarang da pukul 7. naye aku kalau terlepas flight. G tanya sorang akak nih yang tengah duduk tepi aku. jeng3x, "sorry i cannot speak English very well". Dui, patut la aku dok eksplen soklan aku banyak kali die dok "haa?" je. dush. Oyak la awal2 boleh den p tanyo ore lain. Pastu g tanya brother kaunter, "You won't make it on time". Errr?? R u kiddin me?

Aku pon cuak ler. dah mamat tu cakap camtu. Damn. Dia cakap xsempat ni kalau nak naik bas, kena amik teksi juga. Lerr penungguan aku hampir sejam itu adalah pembaziran? Aigoo. And 1 more thing, mana ada bas warna ijau! Yang ada oren je. Pastu tu aku pon bergegas ke tempat teksi. Amik lu kena AUD21.60. Syukur kakak aku de bagi duit untuk jadi bekalan. Aku pon bijak gak, langsung xbawak duit. huhu

Bila keluar dari Airporth, pergh sejuknya OZ. Terus aku bwk kuar sweater faveret aku. Tapi itu menjadi kali terakhir aku melihat beliau. Bila tiba di terminal domestik, teksi pon stop la. Pastu beg kawe dah la byk. Campur2 sume jenis beg, aku bawak 5 beg. Pastu trolley utk angkut beg pulak kena sewa. Gila cekik darah. Dah la AUD4. gilos.da la jarak cuma 200-300 meter je dari luar ke dalam.

Dalam kelam kabut akibat tiba agak lambat, aku pon membuka sweater kerana kekelambutan menyebabkan aku berasa panas. Pastu buat ni buat tu aku pon menjadikan aku loss. Dalam ke-loss-an tu sweater aku pon ter-loss skali in action. Waa keciwa kawe. baru pakai untuk hanya beberapa minit. wuaa. menyesal plak bwk kuar.

Naik Virgin Blue untuk ke Adelaide. Sebelum ni dah pernah naik time nak balik Malaysia dulu. Yang xbestnya, dorang memang xde bagi makanan dalam flight. semua benda kena beli. Pastu dah la kena beli, pastu mahal pulak tuh. dui. Perjalanan memakan masa lebih kurang 3jam 30 minit gitu. Sepanjang dalam Dara Biru itu, aku xdpt tidur. Pastu kapal terbang die kocik jah. Satu line tu ada 4 seats je. Pastu lagi kan, dalam flight yg sama ada pemain2 NBL Adelaide. Mak aih, tinggi bapok memasing. Bila diorg diri je, kepala cecah ceiling. Cuba kalau sume diri serentak agak2 bocor x bumbung kapal terbang?haha

wassalam.

Sudah tiba di Adelaide!

No comments:

Post a Comment